REKREASI

Taman Rekreasi Air Darul Aman

Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu.

Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.

Rimba Rekreasi Bukit Wang

Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya.

Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

Bukit Kodiang

Bukit Mokcun atau dikenali sebagai Bukit Kodiang ini berada di mukim Kodiang. Nama asalnya Bukit Hantu yang suatu masa lalu sepi dari pendaki kini mendapat sambutan dari semua pendaki di Kedah. Bukit  Mokcun menjanjikan satu panorama Jelapang padi Negeri Kedah. 

Bagi kaki mendaki dan para pencinta alam semulajadi, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk mendaki sambil menikmati panorama indah sawah padi yang luas terbentang.

Bayangkan semua rasa letih dan penat mendaki anda hilang begitu sahaja apabila disajikan dengan pemandangan sawah pagi menguning atau menghijau yang terhampar bagaikan karpet gergasi.

Sambil berehat menghilangkan penat, disapa pula oleh tiupan angin yang adakalanya lembut sepoi-sepoi bahasa dan adakalanya sedikit kencang.

Bukit DarulAman

Darulaman Trails terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Jitra atau sejauh 4.5km. Terletak dilokasi strategik kawasan penempatan Bandar Darulaman Jitra. Ia dikelilingi oleh Taman perumahan seperti Taman Tunku Sarina, Taman Tunku Intan Safinaz dan Darulaman Golf Country Club (DGCC). Bukit Darulaman dinaiktaraf ke taman basikal dengan trek yang disambungkan ke landasan tertentu untuk mewujudkan laluan lengkap untuk aktiviti berbasikal, percubaan, aktiviti mendaki dan berjalan kaki. Terdapat peningkatan 365 meter dari bawah (GATE 2) ke Dataran yang merupakan ruang terbuka di atas bukit. 

Bukit Malau

Bukit Malau Trail adalah jalan raya sederhana dan trail belakang 1.6 kilometer yang terletak berhampiran Jitra, Kedah, Malaysia yang mempunyai bunga liar yang cantik dan bagus untuk semua tahap kemahiran. Jejak ini terutamanya digunakan untuk mendaki, berjalan kaki, dan perjalanan semula jadi dan boleh diakses sepanjang tahun. 

Daerah Kubang Pasu tidak memilikki banjaran bukit yang tinggi walaupun kawasan tanah tingginya adalah kaitan dengan Banjaran Titiwangsa. Namun untuk tujuan rekreasi saya telah cuba mendaki sebuah bukit kecil yang setinggi lebih kurang 130 meter dari paras laut. Ianya Bukit Malau yang terletak dalam Mukim Malau. 

PAUTAN DALAMAN

WebMail
E-Mesyuarat

HUBUNGI KAMI

Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel  : 604-9183300
Fax : 604-9174057

Hakcipta Terpelihara 2024 © Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Skip to content