MAJLIS PEMBUKAAN FASILITY MFMY SDN. BHD.

27 November 2025 – KHTP: Yang Berbahagia Puan Sunita binti Abdul Aziz, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kilang MFMY Sdn. Bhd., sebuah fasiliti pembuatan komponen elektronik berteknologi tinggi yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Penubuhan kilang baharu ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi kawasan Hi-Tech sebagai hab industri yang strategik dan berdaya saing, sekaligus menyokong aspirasi negeri ke arah pembangunan ekonomi berasaskan teknologi.

Dalam ucapannya, Yang Dipertua menzahirkan penghargaan kepada pihak syarikat atas komitmen untuk melabur dan mengembangkan operasi di kawasan ini. Beliau turut menekankan bahawa kehadiran MFMY akan memberi impak positif kepada ekosistem industri melalui pewujudan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta peningkatan rantaian nilai tempatan.

 

PBT TPHTK akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan ekosistem pelaburan yang kondusif, teratur dan mesra industri bagi memacu pertumbuhan mapan. Diharapkan penubuhan Kilang MFMY ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak pelaburan baharu seterusnya memperkukuh kedudukan kawasan Hi-Tech sebagai destinasi pilihan pelabur dalam sektor teknologi tinggi.

 

 

mfmy5
Skip to content