PBT TPHTK RAIH TEMPAT KETIGA STATE INNOVATION AWARD DI IGEM 2026
9 Oktober 2026, Kuala Lumpur; Satu pencapaian membanggakan buat PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) apabila berjaya meraih Tempat Ketiga bagi State Innovation Awards sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2026.
Anugerah tersebut telah diterima oleh YBhg. Puan Sunita binti Abdul Aziz, Yang Dipertua PBT TPHTK, dan disampaikan oleh Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Mariam Zaharah binti Almarhum Sultan Iskandar, Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), bersama YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) NRES, serta YBhg. Datin Sri Stella Bolkin.
Pencapaian ini menjadi pengiktirafan terhadap usaha PBT TPHTK dalam mengetengahkan pelbagai inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar, bandar pintar, teknologi hijau dan pembangunan perbandaran mampan di Kulim Hi-Tech Park.
Tahniah kepada seluruh warga kerja PBT TPHTK atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi dan komitmen ke arah perbandaran yang lebih pintar, hijau dan berdaya huni.
𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡.
