PBT TPHTK RANGKUL ANUGERAH PLATINUM SEMPENA PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KARENAH BIROKRASI 2026
29 OKTOBER 2026 | SHAH ALAM – Satu lagi pencapaian membanggakan buat Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) apabila berjaya merangkul Anugerah Platinum sempena Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi (PNRKB) 2026.
Pengiktirafan ini diberikan menerusi projek “Mempercepatkan Proses Kelulusan Kebenaran Merancang Melalui Pelaksanaan Fast Track Approval (FTA) daripada 99 Hari kepada 7 Hari”, yang mencerminkan usaha PBT TPHTK dalam mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memudah cara urusan pelanggan melalui penambahbaikan proses kerja.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd. Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC).
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Muhammad Mahazi bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Negeri Kedah, dan YBrs. Puan Balkhis binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan usaha berterusan dalam menjayakan agenda Reformasi Karenah Birokrasi Negeri Kedah.
