Menyemak, meluluskan pelan – pelan bangunan, perancangan, mengenakan bayaran penyediaan pelan, mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF), lesen dan permit berkaitan.
Penyelenggaraan keseluruhan kawasan TPHTK termasuk kerja-kerja kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan jalan dan parit, lampu jalan, lampu isyarat, loji pembersihan, longkang dan lain-lain.
Pengawasan dan penguatkuasaan akta-akta dan undang-undang kecil.
Mengendali segala urusan cukai harta bagi kawasan di dalam PBT TPHTK.
Mengawasi keselamatan dan penyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti pusat komuniti, kompleks sukan, perhentian kenderaan awam dan sebagainya.