- Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang menepati seluruh kawasan Majlis dalam jangkamasa 10 tahun (2020 – 2030).
- Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas yang berkualiti.
- Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan yang berhemah tinggi kepada orang ramai.
- Menyedia dan menyelenggarakan landskap yang sesuai dan unggul.
- Memastikan pembinaan bangunan selaras dengan pembangunan persekitaran yang teratur.
- Mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, indah dan selesa.
- Memberi kerjasama dan sokongan kepada agensi-agensi lain dalam usaha pembangunan Bandar Sik.
- Mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan bertanggungjawab serta berkesedaran sivik yang tinggi.
- Memastikan penduduk menikmati kualiti hidup yang sempurna.
- Menyediakan keperluan kesihatan, kebersihan dan pengindahan yang secukupnya untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni.