APLIKASI iKedah

Pengenalan Aplikasi iKedah
Aplikasi iKEDAH merupakan satu inovasi baharu KEDAH DIGITAL oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah untuk menjadikan Kedah paling ke depan dalam migrasi kepada Masyarakat Digital dan e-Ekonomi. iKEDAH akan menggantikan KedahApps sedia ada dengan pelbagai menu perkhidmatan baru dan pantas kepada rakyat melalui platfom mudah alih.
Perkhidmatan BAHARU dalam aplikasi iKEDAH :
 
iWartaKedah  |  iPengumuman  |  iDirektori  |  iMarketKedah  |  iTender/Sebut Harga  |  iBayaq  |  iCutiKedah  |  iMajlis  |  iAduan  |  iNegeri  |  iRating  |  iJabatan
 
Ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi iKEDAH :
1.Pengguna akan mendapat notifikasi bagi sebarang informasi terkini daripada Jabatan secara percuma.
2.Pengguna boleh menghubungi terus dengan Jabatan/Agensi dan Kakitangan di nombor perhubungan iDirektori dan iJabatan.
3.iDirektori menyediakan capaian pantas daripada Google Maps bagi radius 100km dari lokasi sebenar pengguna
4.Pengguna iMajlis boleh menggunakan Google Map atau Waze untuk menjejaki lokasi majlis/acara.
5.Menyediakan capaian pantas pengguna kepada pelbagai perkhidmatan online Kerajaan.
 
 
Panduan Daftar dan Log Masuk App iKedah
Skip to content