BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT

  • Memastikan aduan awam yang diterima akan disalurkan kepada Jabatan / Bahagian berkaitan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  • Maklumbalas jawapan di Jabatan/Bahagian berkaitan diterima dalam tempoh 5 hari bekerja.

 

      BAHAGIAN PELANCONGAN, SUKAN DAN KOMUNITI

  • Menyediakan laporan bulanan penyewaan padang sebelum 15 haribulan tiap-tiap bulan
  • Penghantaran dokumen PPKB kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Melaksanakan Program Khidmat Masyarakat  bersama pihak berkepentingan sebulan sekali.

 

  • BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
  • Penyandang jawatan-jawatan gunasama samada berstatus tetap atau kontrak perlu melalui proses pertukaran dan penempatan semula tempat bertugas tidak melebihi tempoh 5 tahun.
  • Mesyuarat Lembaga Tatatertib bagi tujuan membuat keputusan bersidang tidak melebihi tempoh 14 hari dari bermulanya aktiviti terimaan maklumbalas surat pertuduhan.
  • Penghantaran dokumen persaraan yang lengkap ke bahagian Pasca Perkhidmatan JPA diuruskan selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh persaraan wajib.
  • Aktiviti pengiklanan hingga aktiviti temuduga jawatan bagi satu jawatan diuruskan tidak melebihi tempoh 90 hari.
  • Peratusan pencapaian kehadiran 7 hari berkursus atau lebih dalam setahun di kalangan pegawai tetap Majlis adalah sebanyak 80%.
  • Aktiviti keputusan pemilihan calon kenaikan pangkat hingga aktiviti pengesahan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat MBAS dapat diuruskan tidak melebihi tempoh 60 hari.

  • BAHAGIAN PENTADBIRAN
  • Memastikan pengendalian Mesyuarat Tetap dan Majlis Penuh dilaksanakan bermula 7 hari sebelum mesyuarat sehingga 7 hari selepas mesyuarat.
  • Memastikan penyelenggaraan telah lengkap dilaksanakan dalam tempoh 10 hari selepas pengesahan Ketua Bahagian.
  • Memastikan pengumpulan semula borang Kajian Kepuasan Pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh edaran.

         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  • Penguatkuasa perniagaan tanpa kelulusan akan dijalankan 5 hari seminggu.
  • Tindakan menurunkan banting tanpa permit dijalankan dalam tempoh 24 jam dari tarikh maklumat lengkap diterima.
  • Memastikan 95% barang rampasan yang telah tamat tempoh tuntutan diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • Memastikan 80% kerosakan ICT yang tidak melibatkan alat ganti ditangani dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh borang kerosakan yang lengkap diterima oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
  • Memastikan 90% permohonan pembangunan Sistem Aplikasi Baru atau cadangan peningkatan yang diterima dari jabatan/pengguna dibuat kajian.

         BAHAGIAN AKAUN, BAYARAN DAN BELANJAWAN

  • Pembayaran kepada pembekal atau kontraktor adalah dalam tempoh (7) hari dari tarikh aktiviti no.6 iaitu penyediaan bayaran secara EFT.
  • Penyediaan belanjawan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk kelulusan Kerajaan Negeri Kedah adalah pada atau sebelum 31 Ogos tahun semasa tertakluk kepada Pekeliling atau arahan daripada SUK.

    BAHAGIAN HASIL
     

  • Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan tidak lebih 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu puncak.
  • Memastikan bil-bil cukai taksiran diserahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua.
  • Mamastikan tunggakan cukai taksiran mencapai kutipan 50% daripada baki tunggakan awal tahun.

BAHAGIAN PENILAIAN
 

  • Proses penilaian bangunan tambahan perlu disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari terima memo pelan pindaan sehingga nilaian disahkan.
  • Menyiapkan proses nilaian cukai taksiran bangunan baru dalam tempoh 30 hari bekerja bermula daripada terima Borang F hingga penyediaan laporan bangunan baru.
  • Proses penetapan penomboran perlu disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari terima surat permohonan sehingga surat kelulusan penomboran dikeluarkan.

     

    BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
     
  • Aset perlu didaftarkan dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
  • Kelulusan penyewaan premis akan diberi dalam masa 14 hari bekerja selepas temuduga dijalankan.
  • Proses sitaan ruang niaga akan dijalankan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan notis tunggakan
  • Kelulusan tempahan Kemudahan MBAS dan UTC akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Daftar profail kawasan pemajuan perlu didaftarkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong (Pemaju kepada Pembeli).
  • Badan Pengurusan Bersama ditubuhkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong.
  • Sijil pendaftaran dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh permohonan diterima.
  • Aduan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Aduan yang diterima akan diserahkan untuk tindakan Jabatan berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja.

     

    BAHAGIAN ARKITEK DAN KAWALAN BANGUNAN
     
  • Memastikan kelulusan permohonan pelan tambahan dan pindaan diperolehi dalam tempoh piagam 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memastikan kelulusan permohonan Pelan Setara (pagar dan awning) diperolehi dalam tempoh piagam 24 jam waktu bekerja bermula daripada semakan lengkap sehingga Kelulusan rasmi dikeluarkan..
  • Memastikan wang pertaruhan dikembalikan dalam tempoh piagam 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

     

    BAHAGIAN BANGUNAN BARU DAN PENGUATKUASAAN
     
  • Penyediaan ulasan kelulusan pelan bangunan kepada OSC dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.
  • Penyediaan surat kelulusan pelan bangunan dalam tempoh 7 hari daripada sempurna tunai syarat.
  • Kelulusan permit sementara bagi kerja-kerja kecil bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan lengkap.
  • Memproses kelulusan Bangunan Sementera dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
  • Memproses kelulusan Menara Telekomunikasi dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
  • Memproses kelulusan Papan Paparan Iklan (Billboard) dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas bangunan tanpa kebenaran yang tidak boleh diluluskan di kawasan pentadbiran MBAS kecuali di atas rizab atau tanah kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  •  

BAHAGIAN KEJURUTERAAN
 

  • Permohonan projek pembangunan dalam tempoh 8 minggu dari terima arahan.
  • Pengurusan projek pembangunan dalam tempoh 6 minggu.
  • Pembaikan kerosakan insfrastruktur , kemudahan awam dan aset Majlis secara sebutharga dalam tempoh 3 minggu.
  • Pembaikan kerosakan premis dan insfrastruktur awam milik Majlis secara tenaga dalaman MBAS dalam tempoh 72 jam.
  • Permit korekan jalan di dalam rizab jalan MBAS dalam tempoh 14 hari daripada terima permohonan sehingga surat permohonan Wang Pertaruhan dikeluarkan
  • Pembaikan kerosakan kenderaan Majlis dalam tempoh 5 hari bekerja bermula daripada terima arahan.
  • Kelulusan pelan lampu jalan dalam tempoh 5 minggu
  • Kelulusan pelan kerja tanah dalam tempoh 47 hari.
  • Kelulusan pelan jalan dan parit dalam tempoh 47 hari.
  • Penguatkuasaan kerja tanah dalam tempoh 48 jam.
  • Pengurusan aduan kerosakan insfrastruktur, kemudahan awam dan premis Majlis dalam tempoh 7 hari.
  • Penyelenggaraan kenderaan, mesin dan jentera MBAS dalam tempoh 3 hari.

     

    BAHAGIAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
     
  • Kertas kerja permohonan kebenaran merancang akan dikemukakan kepada Bahagian OSC Majlis Bandaraya Alor Setar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Kertas kerja permohonan Penamaan Skim Pembangunan akan dikemukakan kepada Bahagian OSC Majlis Bandaraya Alor Setar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Sokongan Ubah Jenis Kegunaan Tanah/Pecahan dikemukakan kepada Bahagian OSC Majlis Bandaraya Alor Setar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Notis bagi penguatkuasaan tanpa kebenaran merancang akan disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan pengeluaran notis.
  • Menerang kaedah bagi memproses, menyolong dan meluluskan permohonan Projek Usahasama antara Majlis Bandaraya Alor Setar dan sewasta sehingga dikemukakan kepada pihak UPEN dalam tempoh 4 bulan dari tarikh terima permohonan.

BAHAGIAN LANDSKAP & REKREASI

  • Permohonan kelulusan pelan landskap hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Tindakan memasang tag kekal di pokok yang termasuk dalam senarai inventori, dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh siap inventori bagi sesuatu lokasi. Proses inventori pokok teduhan dilaksanakan dengan kekerapan satu (1) tahun sekali.
  • Memastikan siasatan untuk setiap tindakan bagi aduan yang diterima yang melibatkan kerja-kerja pangkasan atau penebangan pokok di dalam kawasan penyelenggaraan MBAS diselesaikan dalam tempoh masa enam (6) hari bekerja.

     

    BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT DAN PROMOSI KESIHATAN
     
  • Menyelesaikan masalah berkaitan aduan anjing liar dalam tempoh 2 hari.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan aduan Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah dalam tempoh 2 hari.

     

    BAHAGIAN PERLESENAN
  • Proses kelulusan permohonan lesen komposit tidak berisiko yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses kelulusan permohonan lesen komposit berisiko yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 30 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses kelulusan lesen billboard yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses pengesahan syarat bagi premis makanan dalam tempoh 35 hari (hari bekerja) dari tarikh tamat tempoh syarat.

     

    BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA
     
  • Memproses permohonan lesen gerai Majlis dalam tempoh satu hari bekerja.
  • Memproses permohonan lesen pasar sehari/malam yang diurus dan diselia oleh Majlis dalam tempoh 14 hari bekerja.

BAHAGIAN INSPEKTORAT KESIHATAN PERSEKITARAN
 

  • Merancang dan melaksanakan operasi penguatkuasaan undang-undang kesihatan persekitaran sekurang-kurangnya 12 kali sebulan.

 

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
 

  • Memastikan kertas siasatan disemak dalam tempoh 3 minggu dari tarikh menerima daripada Jabatan/Bahagian berkaitan.
  • Memastikan dokumen perjanjian disediakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan lengkap dari tarikh penerimaan Jabatan/Bahagian.
  • Memastikan pendakwaan dijalankan dalam tempoh 2 bulan selepas kes didaftarkan di Mahkamah.
  • Memastikan draf undang-undang kecil siap dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan maklumat lengkap dari jabatan/bahagian berkaitan.

     

    BAHAGIAN AUDIT DALAM
     
  • Memastikan Laporan Pemerhatian Audit dapat dikeluarkan dalam jumlah 8 kali setahun.

     

    PUSAT SETEMPAT (OSC)
  • Memastikan kelulusan dasar permohonan diperolehi dalam tempoh piagam berikut: • 
  • Pelan kebenaran merancang 57 hari
  • Pelan serentak (Pelan bangunan,pelan jalan dan parit dan pelan kerja tanah) iaitu 80 har • 
  • Pelan bangunan 37 hari
  • Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) diadakan 2 kali sebulan.

     

    BAHAGIAN BEKALAN DAN KONTRAK
     
  • Memastikan proses pembelian terus dalam tempoh masa 7 hari bermula daripada kelulusan pembelian sehingga penyediaan permohonan perbelanjaan (KEW)
  • Memastikan prosedur sekretariat pemilihan sebutharga dalam tempoh 40 hari bermula dari pelawaan sebutharga.

     

        BAHAGIAN LANDSKAP & REKREASI
 

  • Permohonan kelulusan pelan landskap hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Tindakan memasang tag kekal pokok yang termasuk dalam senarai inventori, dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh siap inventori bagi sesuatu lokasi. Proses inventori pokok teduhan dilaksanakan dengan kekerapan satu (1) tahun sekali.
  • Memastikan siasatan untuk setiap tindkan bagi aduan yang diterima yang melibatkan kerja-kerja pangkasan atau penebangan pokok di dalam kawasan penyelenggaraan MBAS diselesaikan dalam tempoh masa enam (6) hari bekerja.