PERUTUSAN DATUK BANDAR ALOR SETAR

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke Laman Web Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, orang ramai dan stakeholder MBAS yang melayari laman web ini. Dengan kewujudan Laman Web ini diharapkan dapat membantu rakyat terutamanya penduduk dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar untuk mengetahui peranan dan fungsi-fungsi MBAS.

Pembangunan yang mampan dan program Bandar Selamat di Bandaraya Alor Setar ini turut akan diperluaskan lagi bukan hanya di Pusat Bandar tetapi turut merangkumi 689km persegi kawasan pembangunan MBAS bagi mencapai Kemakmuran Kedah kearah Bandaraya yang dinamik dan progresif serta dijulang. Sehubungan itu, 17 goals yang dinyatakan di dalam SDG akan di laksanakan dalam menjadikan Bandaraya Alor Setar terus memacu ke arah bandaraya yang lebih baik dan berkualiti seiring dengan PBT-PBT lain di Malaysia.

Pelbagai pencapaian telah dapat dicapai dalam menjadikan MBAS antara PBT terbaik. Penganugerahan yang diterima bukan sahaja di peringkat Kebangsaan malah MBAS turut di iktiraf diperingkat Antarabangsa. Antara anugerah yang diterima ialah The Golden Europe Award for Quality Dan Total Quality Customer Satisfaction Di France. Selain Itu, MBAS Telah Mendapat Pencapaian 5 Bintang Dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR), Persijilan ISO Dan ISMS, Pengurusan Kewangan 5 Bintang dan Persijilan 5s. Dengan itu, saya berharap MBAS akan terus berusaha dalam menjadikan MBAS sebagai PBT yang berkualiti dan mendapat pelbagai anugerah di masa akan datang.

Selaras dengan teknologi yang pantas berkembang, pelanggan bukan sahaja memerlukan perkhidmatan yang efisyen, tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa, dari mana-mana jua. Urusan dengan MBAS mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat semata-mata. Laman Web ini menyediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya seperti i-sedar (aduan), OSC Plus Online, e-borang, e-semak, Maklumbalas Laman Web, serta Pembayaran Secara Dalam Talian “Online”.

Pihak MBAS yang bergerak dalam satu pasukan akan sentiasa meletakkan kehendak penduduk Bandaraya Alor Setar di hadapan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk selaras dengan tagline MBAS, Bandaraya Berdayahuni 2035 yang akan sentiasa mendahulukan kemakmuran rakyat agar lebih dekat dihati. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan MBAS, para pelanggan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan/pandangan mengenai penyampaian perkhidmatan MBAS dan portal ini. Maklumbalas ini dapat membantu MBAS untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

Akhir kata, saya menyeru dan berharap Laman Web ini mampu menjadi satu perantaraan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan MBAS. Dengan itu, selamat melayari Laman Web rasmi MBAS dan diharapkan seluruh penduduk Bandaraya Alor Setar dan warga kerja agar dapat membantu dan memberi sokongan dalam segala aspek demi meningkatkan kegemilangan Bandaraya Alor Setar.

YBHG. DATO’ HAJI MOHD YUSRI BIN HAJI MD DAUD, DSDK., SDK., AMK., BCK.

   

 

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Skip to content