KUALITI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

DASAR KUALITI

“MBAS komited ke arah memberikan perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian berkualiti dengan memartabatkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015”.

OBJEKTIF KUALTI

Majlis Bandaraya Alor Setar komited ke arah memberikan perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan secara berterusan serta memperkasakan perkhidmatan berkualiti dengan memartabatkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015(QMS) dan ISO/IEC 27001:2013 (ISMS)”.

PENSIJILAN MS ISO 9001 : 2008 MBAS

Singkatan bagi International Organization for Standardization (ISO) merupakan standard bertulis yang menerangkan elemen keperluan asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan sesebuah organisasi memenuhi kehendak pelanggan.

 

Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa komited dalam memenuhi MS ISO 9001 : 2008 yang telah digunakan sejak tahun 2014 lagi.

SKOP PENSIJILAN MS ISO 9001: 2008

“Peruntukan perkhidmatan perbandaran termasuk kawalan dan pembangunan, pelesenan, kejuruteraan, penilaian dan pengurusan harta, kesihatan alam sekitar, landskap, perkhidmatan pengurusan, perkhidmatan komuniti, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat, pengurusan projek, komisen bangunan, undang-undang, penguatkuasaan, pengurusan Audit Dalaman, Pusat Setempat dan Pentadbiran ”

SIJIL PENGIKTIRAFAN MS ISO 9001:2008 MBAS

Skip to content