Perkhidmatan Buang Sampah Di Tapak Perlupusan Sampah Jabi

   

Pemilik Industri hendaklah membuang sampah perindustrian (jika sampah biasa) di Tapak Pembuangan MBAS yang terletak di Jabi. Sekiranya bahan buangan ini mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tapak Pelupusan / Pembuangan Sampah MBAS yang terletak di Jabi iaitu 17 km dari bandaraya Alor Star mempunyai keluasan seluas 40 ekar. Pihak MBAS mengamalkan sistem ‘sanitary landfill’ untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada orang ramai.
 Pihak MBAS memberi kemudahan kepada sektor swasta yang terlibat dalam bidang perindustrian untuk membuang sampah industri di Tapak Pelupusan Sampah di Jabi dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.  

Kadar Bayaran Perkhidmatan  

Jenis Perkhidmatan Kadar Bayaran
Pembuangan Sampah
RM 10.00 / trip

Bayaran perlulah dibayar terlebih dahulu di kaunter bayaran Majlis Bandaraya Alor Star dan dapatkan resit bayaran sebagai bukti pembayaran. Resit pembayaran tersebut perlulah diserta dengan borang permohonan dan diserahkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter tapak perlupusan sampah, Jabi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Bahagian Perkhidmatan Bandar
Majlis Bandaraya Alor Star
Jalan Kolam Air, Alor Star
Talian : 04-7332499 Sambungan : 124

Skip to content