LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

PENUBUHAN ‘SANITARY BOARD’

Hasil yang dipungut dan perbelanjaan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri. Pada masa itu, Pihak Berkuasa Tempatan dikenali dengan nama Badan Kebersihan Bandar atau ‘Sanitary Board’. Sanitary Board ditubuhkan dengan tujuan menjaga kebersihan, menjamin kesihatan rakyat dan Bandar Alor Setar. Keluasan meliputi 7.36 km persegi.

TARAF ‘SWANTARA KEWANGAN’

Sebelum tahun 1958, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) adalah ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Negeri. Semua pegawai dan Ahli Majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri. Semua hasil telah dipungut oleh Perbendaharaan Negeri.

 

Selepas tahun 1958, Pentadbiran Bandar Alor Setar telah diberi taraf ‘swantara kewangan, dan kawasan pentadbiran seluas 7.36 km persegi. Bangunan pejabat pada masa itu, adalah rumah kedai berderet 2 (dua) tingkat di Jalan Langgar (berhadapan bekas Pawagam Cathay sekarang). Pilihan bagi Pihak Berkuasa Tempatan telah diadakan pada tahun 1963, untuk memilih Ahli-ahli Majlis. Seramai 18 orang Ahli Majlis telah dipilih sebagai Ahli Majlis pada masa itu untuk membantu dan memberi nasihat. Pentadbiran ini kekal sehingga 31 Disember 1970.

PILIHANRAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pilihanraya bagi Pihak Berkuasa Tempatan telah diadakan pada tahun 1963, untuk memilih Ahli-ahli Majlis. Seramai 18 orang ahli.

 

Ahli-ahli Majlis mula dipilih dan dilantik. untuk kali pertamanya seramai 18 orang telah diplih dan diberi kuasa sebagai Penasihat.

AHLI MAJLIS MAJLIS BANDARAN ALOR SETAR

Majlis telah dipilih sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaran Alor setar untuk membantu dan memberi nasihat. Pentadbiran ini kekal sehingga 31 Disember, 1970.

 

 

PENGAMBILALIHAN PENTADBIRAN OLEH KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar dan YAB Menteri Besar Kedah diberi mandat memegang kuasa penuh mentadbir majlis. Kawasan pentadbiran telah diperluas menjadi 18 km persegi. Mulai 1 Mac 1976. Pihak Berkuasa tempatan di Negeri Kedah telah disusun semula dibawah Akta 124, Akta Kerajaan Tempatan 1973 dan mewujudkan ‘Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar’ kawasan pentadbiranya meliputi Daerah Kota Setar. Memandangkan Bandar Alor Setar adalah ibu negeri Kedah maka kerajaan telah menaikkan tarafnya kepada ‘Majlis Perbandaran Kota Setar’ mulai Februari 1978.

 

LOGO MAJLIS PERBANDARAN KOTA SETAR (MPKS)

 

       

 

PENYUSUNAN SEMULA PENTADBIRAN LEMBAGA BANDARAN KOTA SETAR

Mengikut Akta 124, Akta Kerajaan Tempatan (peruntukan-peruntukan sementara) 1973, pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar telah disusun semula pada 1 Ogos 1975. Kawasan Lembaga Bandaran Kota Setar (Simpang Empat, Kota Sarang Semut dan Kuala Kedah), Majlis Tempatan Anak Bukit, Langgar dan Pokok Sena dimasukkan ke dalam Kawasan pentadbiran  satu Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamakan ‘Majlis Kerajaan Tempatan Kota Setar’. Pentadbiran ini berlanjutan sehingga Februari 1978.

 

PETA KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN
PENGISYTIHARAN SEBAGAI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR PADA 28 NOVEMBER 2003

Tanggal 28 November 2003 bersamaan 04 Syawwal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 di Malaysia dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya  Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.

Pertukaran ejaan ‘Star’ kepada ‘Setar’ pada Logo MBAS

Kawasan Pentadbiran MBAS seluas 666 km persegi
TANGGUNGJAWAB MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Majlis Bandaraya Alor Setar adalah sebuah organisasi dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan ia bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar.

Tanggungjawab ini dijalankan berdasarkan polisi kerajaan, arahan daripada pihak kementerian Kerajaan Tempatan atau mengikut keperluan masyarakat.

 

Majlis Bandaraya Alor Setar bertanggungjawab di dalam kawasan pentadbiran yang seluas 666 kilometer persegi dengan memberi perkhidmatan yang terbaik mengikut Standard Manual Kualiti.

Skip to content