PROFIL DATUK BANDAR ALOR SETAR

YBHG. DATO’ HAJI MOHD YUSRI BIN HAJI MD DAUD, DSDK., SDK., AMK., BCK.

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Email:

No. Telefon: 04-7309329

YBHG. DATO’ HAJI MOHD YUSRI BIN HAJI MD DAUD, DSDK., SDK., AMK., BCK.

Latar Belakang

Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK, telah dilahirkan pada 30 Januari 1965 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada Haji Md Daud Bin Haji Md Arshad dan Wan Rodziah Binti Wan Mohamad Hanafiah.

 

Hasil perkongsian hidup Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud bersama pasangannya Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Afif Syauqi Bin Mohd Yusri, Afif Mukhlis Bin Mohd Yusri dan Aisyah Humaira Binti Mohd Yusri.

Pendidikan
  • Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar bermula pada tahun 1971 sehingga 1977.
  • Meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Abd. Halim pada tahun 1978 hingga 1984
  • Melanjutkan pengajian di UKM pada tahun 1985 hingga 1989
  • Pengajian peringkat Ijazah Sarjana Universiti Utara Malaysia.
Ringkasan Perkhidmatan

Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 01 April 1991.  Beliau seorang yang berpengalaman luas dan telah bertugas di beberapa jabatan di dalam Negeri Kedah seperti berikut:

  • Kadet Pegawai Tadbir Negeri (01/04/1991 – 31/04/1991)
  • Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kuala Muda (01/05/1991 – 15/02/1992)
  • Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Pejabat Daerah Kuala Muda (16/02/1992 – 15/06/1993)
  • Penolong Setiausaha Kerajaan (C) (16/06/1993 – 09/09/2001)
  • Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu (10/09/2001 – 13/08/2003)
  • Penolong Setiausaha Kerajaan I (BSM) (14/08/2003 – 31/10/2006)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Setar (01/11/2006 – 01/12/2007)
  • Timbalan Pengarah II UPEN (02/12/2007 – 15/08/2009)
  • Setuausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (16/08/2009 – 16/07/2011)
  • Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (17/07/2011 – 30/06/2013)
  • Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (BSM) (01/07/2013 – 04/05/2015)
  • Pegawai Daerah Yan (05/05/2015 – 14/05/2019)
  • Pegawai Daerah Kulim (15/05/2019 – 16/11/2019)
  • Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) (17/11/2019 – 31/10/2022)
  • Datuk Bandar MBAS mulai (01/11/2022)
Pengalaman

Antara kursus / seminar antarabangsa yang pernah dihadiri ialah seperti:-

  1. Kursus Cooperative Exchange Trainee
  • Intenational Affair Division, Oita Prefecture, Japan
  • 16/06/1996 – 20/12/1996
  • Anjuran CLAIR

 

  1. Seminar Japanese Corporate Culture: Changing Japanese Market And Management
  • 10/11/2003 (UUM)
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan, UUM

 

  1. Asia Metrocity World Summit: Sustainable Development Solutions For Planning And Urbanization of Cities
  • 05/04/2010 – 07/04/2010
  • Hotel Royale Chulan, KL
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 

  1. International Conference On Urban Development And Management.
  • 26/10/2010 – 27/10/2010 (Pusat Dagangan Dunia Putra)
  • SUK Kedah / INSPIN

 

  1. Commonwealth Local Government Conference 2011
  • 14/03/2011 – 22/03/2011 (Cardiff, Wales, UK)

 

  1. 58th Commonwealth Parliamentary Conference
  • 07/09/2012 – 15/09/2012 (Colombo, Sri Lanka)

 

  1. Kursus Driving Sustainable Growth Through Dynamic Performance Management
  • 14/12/2014 – 20/12/2014 (Double Tree By Hilton Hotel, Istanbul – Old Town, Turkeye)

 

  1. Kursus Building A High Peformance Organization Culture
  • 08/05/2017 – 13/05/2017 ( National Graduate Research Centre, Tokyo, Japan)
Skip to content