PEGAWAI KESELAMATAN ICT MBAS (ICTSO)

EN. MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHIM

Ketua Bahagian Teknologi Maklumat

Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

04-7301254

PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut:

  • Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MBAS;
  • Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
  • Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MBAS kepada semua pengguna;
  • Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
  • Menjalankan pengurusan risiko;
  • Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan   MBAS   berdasarkan   hasil   penemuan   dan menyediakan laporan mengenainya;
  • Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
  • Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
  • Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT), MBAS dan ICTSO memaklumkannya kepada CIO;
  • Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; dan
  • Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
  • Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.
Skip to content