PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN

    1. Pemohon hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Lesen Perniagaan di kaunter pembayaran Majlis Daerah Sik.
    2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Kesihatan & Pelesenan Majlis Daerah Sik berserta dokumen-dokumen berikut:-
      1. Gambar berukuran passport (2 keping)
      2. Salinan kad pengenalan depan & belakang (1 keping)
      3. Salinan maklumat hak milik tanah/sewa tanah/ perjanjian ( 1 keping)
      4. Salinan kad suntikan TY2 (bagi pengendali makanan dan minuman sahaja)
      5. Lakaran pelan lokasi premis perniagaan (1 salinan dalam saiz A4)
      6. Gambar premis perniagaan – pandangan hadapan, belakang, dan dapur premis perniagaan
      7. Bayaran wang proses sebanyak RM20.00

 

  1. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Bahagian Kesihatan Dan Pelesenan Majlis Daerah Sik.
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)