1. Merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara.
  2. Menyedia dan memberi perkhidmatan- perkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbir.
  3. Melaksanakan projek-projek prasarana, perniagaan dan separuh perniagaan dan menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan dijalankan mengikut kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru.
  4. Sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari segi mendapatkan penyertaan serta penglibatan rakyat dalam hal ehwal tempatan.
  5. Menjalankan tugas yang sempurna diperingkat tempatan melalui perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar melalui kaedah yang ditetapkan.
Skip to content