Warna kuning | Daerah Sik terletak didalam Negeri Kedah dan sangat mentaati KDYMM Tuanku Sultan Kedah. |
Warna Hijau Dan Lambang 2 Daun | Daerah Sik adalah Daerah Pertanian (IAT) |
Warna Merah | Melambangkan keberanian dan usaha-usaha yang jitu dan berterusan yang dijalankan oleh Pentadbiran Majlis Daerah Sik demi kemajuan dan kesejahteraan penduduk. |
Bentuk Bumbung Kilang | Melambangkan Daerah Sik sedang mempergiatkan usaha untuk menjadi Daerah IKS sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi daerah. |
Bukit Berwarna Hijau dan Air Terjun Berwarna biru Muda. | Melambangkan Daerah Sik masih kaya dengan sumber alam semulajadi sebagai salah satu dari daya tarikan pelancongan ‘Agrotourism’. |