PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN
- Pemohon hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Lesen Perniagaan di kaunter pembayaran Majlis Daerah Sik.
 - Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Kesihatan & Pelesenan Majlis Daerah Sik berserta dokumen-dokumen berikut:-
- Gambar berukuran passport (2 keping)
 - Salinan kad pengenalan depan & belakang (1 keping)
 - Salinan maklumat hak milik tanah/sewa tanah/ perjanjian ( 1 keping)
 - Salinan kad suntikan TY2 (bagi pengendali makanan dan minuman sahaja)
 - Lakaran pelan lokasi premis perniagaan (1 salinan dalam saiz A4)
 - Gambar premis perniagaan – pandangan hadapan, belakang, dan dapur premis perniagaan
 - Bayaran wang proses sebanyak RM20.00
 
 
- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Bahagian Kesihatan Dan Pelesenan Majlis Daerah Sik.