Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Tel : 604-7332499 Fax : 604-7334377 E-Mel : mbas@mbas.gov.my |
Piagam Pelanggan
1. Kelulusan pindahmilik pegangan akan diberikan dalam tempoh 1 minggu.
2. Keputusan pulangan balik cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.
3. Keputusan rayuan atau bantahan cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 4 minggu.
Komponen Jabatan
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keb.erkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:
* Bahagian Penilaian
* Bahagian Pengurusan Harta
* Unit COB
* Unit Pentadbiran
Fungsi Bahagian Penilaian
Bahagian Penilaian adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dalam suatu Majlis Banda.raya. Ia merupakan nadi penggerak yang terpenting dalam menentukan pendapatan dalam bentuk cukai kepada sesuatu Majlis di mana ia memainkan peranan penting dari sudut Cukai Taksiran dan Caruman Bantu Kadar. Pendapatan ini adalah merupakan pendapatan terbesar sesuatu Majlis.
Bahagian Penilaian bergerak berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain daripada dasar-dasar yang dibubarkan oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 1 dan XV dari Akta 171, adalah merupakan bab yang terpenting dan perlu diikuti oleh Bahagian Penilaian. Selain itu, Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan juga perlu dalam proses Caruman Bantu Kadar.
Penyediaan Salinan Nilaian
Proses menyediakan satu nilaian untuk tujuan Cukai Taksiran di bawah Sek. 127 Akta 171 bagi tiap-tiap pegangan berkadar. Senarai Nilaian atau Penilaian Semula hendaklah dibuat tiap-tiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Sek. 137(4), Akta 171.
Cara-cara penilaian
Penilaian disediakan berdasarkan kepada cara-cara penilaian yang ditetapkan di dalam Akta 171, seperti berikut :
1. Berasaskan kadar sewa yang dipungut ke atas pegangan-pegangan yang berkenaan
2. Berasaskan kadar sewa yang dipungut atas pegangan-pegangan yang serupa/sebanding
3. Berasaskan kos atau keuntungan bagi pegangan-pegangan seperti stesen minyak dan hotel
4. Berasaskan maksima 10% daripada harga pasaran terbuka bagi lot-lot kosong
Cara-cara penentuan nilai tahunan ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan kepada kadar sewa pasaran pada sekaki persegi setahun (skp). Dalam penetapan nilaian tahunan ini Majlis berpandukan kepada perakuan sewa yang diterima daripada pemunya/penduduk pegangan-pegangan berkenaan serta kadar sewa semasa yang boleh diperolehi berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan tempat serta jenis pegangan-pegangan tersebut.
Bagi melicinkan proses penilaian semula Majlis telah membahagikan kawasan dan pegangan seperti tersebut di bawah dan pembahagian ini adalah menurut Seksyen 129, Akta171.
1. Bahagian Kediaman
– Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan
– Bahagian luar kawasan Taman Perumahan
2. Bahagian Perniagaan
– Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan
– Bahagian luar kawasan Taman Perumahan
3. Bahagian Perindustrian
– Bahagian dalam kawasan Perindustrian
– Bahagian luar kawasan Perindustrian
4. Bahagian Rumah Pangsa
– Bahagian Kediaman
– Bahagian Perniagaan
5. Bahagian Lot Kosong
– Syarat Kediaman
– Syarat Perniagaan
– Syarat Kediaman & Perniagaan
– Syarat Industri
– Syarat Kampung
Catitan
Lot kosong bersyarat pertanian adalah dikecualikan daripada kadar / cukai
Erti atau taksiran Nilai Tahunan dapat dirujuk di bawah Seksyen 2, Akta 171
Kadar Peratus
Dalam penentuan kadar peratus pihak Majlis telah mengkaji dari beberapa aspek yang tertentu supaya cukai taksiran 1993 lebih elastik dan lebih aktif lagi. Didapati kadar peratus yang digunapakai sekarang masih realistik dan fleksibel lagi. Aspek-aspek yang diambilkira di dalam penentuan kadar peratus ini adalah seperti berikut :
– Keupayaan membayar oleh pembayar cukai
– Kegunaan bangunan dan tanah (actual land usage)
– Aspek ekonomi dan sosial
– Spekulasi tanah
– Pembangunan sektor perniagaan dan perindustrian
– Pembangunan di luar bandar Alor Setar (Town Centre)
– Mempastikan ianya tidak membebankan kepada orang ramai
– Faktor alam sekeliling dan perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang telah dijalankan dengan baik dan menyeluruh oleh Majlis selama ini
-Keperluan Kewangan Majlis
Pernomboran Dan Penilaian Ke Atas Pegangan Baru (O.C)
Memberi nombor pegangan ke atas bangunan-bangunan yang baru ketika proses pengeluaran O.C. Menyediakan penilaian ke atas pegangan-pegangan baru untuk tujuan Cukai Taksiran sebelum O.C dikeluarkan. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Bahagian Penilaian memberi sokongan untuk O.C:
Mengisi borang “Penyata Maklumat” untuk setiap unit bangunan yang dipohon pengeluaran O.C
Membayar wang pendaftaran nombor sebanyak RM5 bagi setiap unit bangunan
Membayar pendahuluan Cukai Taksiran untuk tempoh enam (6) bulan pertama (bagi skim perumahan sahaja)
Pulangan Balik Cukai (Pegangan Tidak Diduduki)
Memproses dan meluluskan permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran bagi pegangan-pegangan yang tidak diduduki atau kosong mengikut Sek. 162, Akta 171.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi
1. Mengisi Borang Pulangan Balik Cukai
2. Membuktikan
-bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki
-bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa (tenant) telah dibuat
-bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah
-bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut
-bagi permohonan pulang balik yang dituntut untuk sesuatu tempoh dalam masa bangunan itu sedang dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula “bona fide” maka tidaklah perlu dibuktikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas
3. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan kembalikan resit asal pembayaran cukai tersebut
4. Membuat “Akuan Sumpah” pembayaran Cukai Taksiran sekiranya nama pemohon dan nama dalam bil. Cukai Taksiran berlainan.
5. Membuat tuntutan Pulangan Balik pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis iaitu :
-Permohonan Pulangan Balik untuk penggal pertama (Jan-Jun) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Julai tahun yang sama
-Permohonan Pulangan Balik untuk penggal kedua (Julai-Dis) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya
Permohonan Pulangan Balik yang lengkap akan diproses dan diluluskan. Permohonan yang lulus akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk Proses Pulangan Balik Cukai sebanyak 75% dari cukai yang dibayar untuk tempoh kekosongan tersebut
Pindahmilik Harta
Iaitu menjalankan proses pindahmilik harta bagi pihak Majlis di bawah Sek. 160, Akta 171
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi :
1. Memberi notis pindahmilik melalui “Borang I” atau “Borang J” mengikut mana yang berkenaan
2. Memberi satu salinan “Borang 14-A” yang dikeluarkan oleh Pejabat tanah
3. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti bayaran
4. Menjelaskan bayaran pindahmilik sebanyak RM20.00 untuk setiap unit yang dipohon
Penilaian ke atas pegangan pindaan
Iaitu membuat semakan penilaian atau pindaan penilaian ke atas pegangan-pegangan yang menjalankan apa-apa kerja yang melibatkan ubahsuai, diubah, diruntuhkan sebahagian atau dibina semula atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun. Pada kebiasaannya Bahagian Penilaian akan menerima maklumat ini dari Bahagian Bangunan atau pemilik bangunan sendiri.
Pembatalan Cukai Taksiran (Pegangan Roboh) Sek. 161, Akta 171
Iaitu membuat pengesahan dan meluluskan pembatalan Cukai Taksiran ke atas pegangan yang telah roboh atau pegangan yang dikecualikan dari Cukai Taksiran mengikut undang-undang atau polisi-polisi Majlis.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
1. Memberi notis roboh kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya pegangan berkenaan
2. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran Cukai Taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran
Penilaian Ke Atas Tanah Kosong
Iaitu membuat nilaian ke atas tanah-tanah kosong yang belum dimajukan di dalam kawasan Majlis bagi maksud Cukai Tanah Kosong di bawah Sek. 127, Akta 171. Tatacara dan prosedurnya adalah sama dengan nilaian untuk pegangan-pegangan yang mempunyai bangunan.
Penilaian Untuk Tujuan Caruman Bantu Kadar
Iaitu mengikut Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan. Penilaian dibuat ke atas bangunan-bangunan :
1. Milik Kerajaan Persekutuan
2. Milik Kerajaan Negeri
3. Milik Badan-badan Berkanun
Perkhidmatan Maklumat
Iaitu memproses permohonan mendapatkan maklumat harta dari peguam atau pemohon individu. Antara maklumat yang lazimnya dipohon adalah seperti nama pemilik berdaftar, nombor lot, nombor geran, alamat pemilik atau lain-lain maklumat berkaitan dengan harta tersebut.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
1. Permohonan bertulis
2. Bayaran perkhidmatan maklumat sebanyak RM10.00 bagi setiap unit yang dipohon
Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran
Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap bantahan bertulis di bawah Sek. 142, Akta 171
Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap rayuan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan di bawah Sek. 145, Akta 171
Sila muat turun borang dibawah:
borang_penyata_pemilik.pdf
borang_i_b.pdf
borang_j.pdf
Fungsi Bahagian Pengurusan Harta
Pada 29 April 2001, Mesyuarat Majlis Penuh MPKS telah meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Pengurusan Harta yang diketuai oleh YM Tunku Rizal Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Penolong Akauntan Kanan MBAS dengan dipertanggungjawabkan kepada 5 unit iaitu:
1. Unit Perolehan Dan Setor
2. Unit Pentadbiran Dan Keselamatan
3. Unit Kompleks MBAS
4. Unit Kompleks Sukan MBAS
5. Unit Tempat Letak Kereta Dan Terminal
Fungsi Bahagian
1. Merancang, mengurus, memproses, menyemak dan mengawal segala pesanan pengeluaran barang-barang serta bekalan secara berpusat (centralised) dengan tepat dan kemaskini.
2. Memastikan setiap rekod harta dan inventori majlis dikemaskini dan bersamaan dengan rekod di Bahagian Kewangan bagi penyediaan akaun Majlis.
3. Bertanggungjawab di dalam pengurusan pembelian dan perolehan dengan merujuk kepada tatacara pengurusan setor dan arahan perbendaharaan.
4. Bertanggungjawab ke atas pengurusan setor dalam menerima, merekod, menyimpan, mengeluar, mengangkut dan melupus aset dan stok Majlis.
5. Memastikan keselamatan aset dan stok Majlis berada di dalam keadaan terkawal.
6. Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan individu, firma dan syarikat bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan Majlis.
7. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks sukan (kolam renang) MBAS
8. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks dan tempat letak kereta.
UNIT SEWAAN
Fungsi:
- Menguruskan harta-harta Majlis dari segi tawaran sewaan, perjanjian sewaan, operasi sitaan dan sebagainya.
- Menyelia dan mengurus kutipan semasa dan tunggakan sewaan harta MBAS.
Permohonan Sewa
- Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan sewa gerai (unit kosong sahaja) di Unit Sewaan Bahagian Pengurusan Harta, Aras 2, Bangunan UTC Kedah, Jalan Kolam Air dan bawa bersama dokumen:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Penyata bank tiga (3) bulan terkini
- Borang permohonan akan diproses dan panggilan temuduga akan diadakan sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) permohonan.
- Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan beserta dengan syarat-syarat kemasukan penyewaan.
- Pemohon hendaklah mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
- Kegagalan mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran akan menyebabkan surat tawaran terbatal dan tawaran baru akan dikeluarkan kepada pemohon kedua yang berjaya.