PEKELILING

Senarai pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Yan seperti pekeliling tatacara berpakaian.

Tatacara Pakaian Lelaki

Cara BetulCara Salah

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Cara berpakaian bagi majlis rasmi, pelajar lelaki disarankan berpakaian sopan atau karporat seperti memakai baju kebangsaan, berkasut kulit, baju batik ataupun baju kemeja yang bersesuaian dengan majlis yang dihadiri lengkap bertali leher. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Semasa menghadiri majlis rasmi, pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian selekeh dan tidak bersopan seperti keterangan di atas. jika pelajar berpakaian sebegitu, pelajar dianggap tidak menghormati majlis dan akan disisihkan. Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah.

Berpakaian Untuk Sukan

Untuk aktiviti sukan pula, pelajar lelaki diwajibkan memakai baju t-shirt berlengan pendek, berseluar track bottom, berkasut sukan dan lengkap bersarung kaki. Seluar pendek juga dibenarkan untuk sukan tertentu seperti badmintin dan bola sepak. Baju yang dipakai hendaklah bersesuaian dan selesa untuk aktiviti sukan. Ini kerana, untuk mengelakkan berlaku kecederaan ketika bersukan. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Untuk Sukan

Semasa bersukan, pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian selekeh dan tidak bersopan seperti berseluar pendek kecuali dibenarkan untuk sukan-sukan tertentu, berbaju t-shirt tanpa lengan tidak berkasut sukan dan tidak memakai seluar “track bottom” .Ini kerana,pihak Universiti bimbang akan keselamatan pelajar di padang.Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah semasa bersukan.

 

Tatacara Pakaian Wanita

Cara BetulCara Salah

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Cara berpakaian bagi majlis rasmi pula, pelajar perempuan disarankan berpakaian sopan atau karporat seperti memakai baju kebangsaan, baju batik, berbaju kurung atau kebaya dan baju kemeja(bukan Islam). Pemakaian yang betul akan memberikan anda keyakinan untuk menghadiri majlis tersebut. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Semasa menghadiri majlis rasmi, pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian tidak bersopan seperti pakaian yang menjolok mata dan mendedahkan sebahagian tubuh badan. Pelajar juga dinasihatkan agar tidak berpakaian selekeh. Jika pelajar berpakaian sebegitu, pelajar dianggap tidak menghormati majlis dan akan disisihkan. Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah.

Berpakaian Untuk Sukan

Untuk aktiviti sukan pula, pelajar perempuan diwajibkan memakai baju t-shirt berlengan panjang, berseluar track bottom, berkasut sukan dan lengkap bersarung kaki. Baju yang dipakai hendaklah bersesuaian dan selesa untuk aktiviti sukan. Ini kerana, untuk mengelakkan berlaku kecerderaan ketika bersukan. Gambar diatas adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Untuk Sukan

Semasa melakukan aktiviti bersukan, pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian tidak bersopan seperti berseluar pendek,berbaju t-shirt tanpa lengan dan tidak berkasut sukan.Ini kerana, pihak Universiti bimbang akan keselamatan pelajar di padang.Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah semasa bersukan.

 

PANDUAN

Panduan untuk mengelak Denda-denda

  1. Denda lewat akan dikenakan pada akhir bulan Feb. & akhir bulan Ogos. Sila bawa bil ini semasa tuan/puan hendak membuat pembayaran.
     
  2. Bayaran lewat akan dikenakan secara automatic selepas akhir bulan FEB/OGOS berkenaan dengan setengah tahun pertama/kedua tidak kira sama ada notis-notis tuntutan telah dikeluarkan.Seksyen 147 (1)
Denda Lewat Cukai Pintu/Tandas-Lot Kosong
RM100
Kebawah
RM2.00
RM100.01
RM200.00
RM4.00
RM200.01
RM400.00
RM6.00
RM300.01
RM600.00
RM8.00

* Selepas itu bagi setiap bayaran RM100.00 atau sebahagian daripadanya RM2.00

  1. 20% bayaran Waran atau kos tahunan sebenar ditanggung oleh Majlis mengikut mana-mana yang lebih tinggi akan dikenakan atas jumlah yang masih terhutang 15 hari selepas pengeluaran notis tuntutan Seksyen 148.
     
  2. Seorang tenan boleh melindungi kepunyaan-kepunyaannya sendiri dengan mengemukakan bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Kegagalan untuk membayar hasil oleh pemilik akan mengakibatkan perampasan kepunyaan tenan sendiri. Seksyen 148 (1)

 
Seseorang tenan boleh melindungi lagi kepentingannya sendiri dengan membayar sewanya kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Yan

Skip to content