WhatsApp Image 2023-10-10 at 13.01.44_166acb71

PUAN  MAZNIM BINTI ISMAIL, AMK., BCK.
Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan

Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera. 

 Selamat datang ke Daerah Yan: Yan Daerah Pelancongan Desa. Kami, warga Majlis Daerah Yan (MDY) mengucapkan terima kasih  dan mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi MDY.

Portal ini merupakan antara usaha berterusan MDY sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan,  memanafaatkan ledakan teknologi ICT dalam usaha menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan penghantaran sistem pengurusan jentera pentadbiran kerajaan. Justeru diharapkan profil MDY khasnya dan maklumat Daerah Yan amnya yang dipaparkan melalui portal ini akan membantu rakyat sekitar Daerah Yan serta  pengunjung-pengunjung yang berminat dan berkepentingan  memperolehi maklumat berauthoriti berhubung dengan MDY dan Daerah Yan berdasarkan realiti dan prospek. Semoga maklumat yang dipaparkan bermanafaat dan dimanafaatkan.

Fungsi utama portal ini adalah sebagai jambatan penghubung mendekatkan MDY dengan pelbagai kategori pelanggan dan stakeholders.Dalam konteks ini, saya ingin menghargai dan  mengalu-alukan input-input cadangan bagi tujuan  penambahbaikan dari pengunjung-pengunjung  dalam usaha memaksimakan manafaat portal ini kepada pelanggan, juga faedah kepada MDY.

Yan Daerah Pelancongan Desa

Sekian,Wassalam..

Skip to content