![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2021/05/phonto-5-1-1024x768.png)
Antara tarikan untuk ke Pendang adalah Pendang Waterfront. Tempat riadah bagi penduduk Pendang yang terletak di penjuru kawasan Tasik Pendang. Gerai makanan pelbagai dan kolam mandi kanak-kanak disediakan untuk kemudahan pengunjung
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2021/05/DJI_0051-1024x768.jpg)
Tasik Pendang merupakan tarikan utama penduduk di sekitar Pendang untuk beriadah. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di kawasan tasik seperti memancing dan berlari. Terdapat juga kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak, laluan pejalan kaki dan juga terdapat Mini Stadium bersebelahan dengan Tasik Pendang tersebut.