Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh-NYA kepada semua Warga Kerja Majlis Daerah Pendang, Kedah Darul Aman yang telah menjayakan Laman Web Majlis ini selari dengan pembangunan ICT yang semakin pesat dewasa kini.
Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam Laman Web Majlis ini.
Kewujudan Laman Web Majlis ini adalah sebagai alat penghubung secara “maya” yang bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk di sekitar Daerah Pendang dengan Warga Kerja Majlis, tetapi turut menjadi penyumbang dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar serta penuntut di pusat pengajian tinggi.
Selain itu, maklumat yang disampaikan sentiasa tepat dan padat dari masa ke semasa supaya semua warga penduduk tidak akan ketinggalan dalam sebarang aktiviti atau program yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis.
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web Majlis ini akan terus berkembang dan menyampaikan maklumat terkini supaya kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup semua penduduk selaras dengan moto Majlis iaitu

“Bersih, Indah, Maju Dan Selamat”.

Wassalam…

Nasrun Bin Dato’ Mohd Sheriff AMK., BCK.
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pendang,
Kedah Darul Aman.

Skip to content