Penguatkuasaan

Operasi pematuhan SOP terhadap penjaja dan pengunjung sekitar Pekan Batu Lima

Khamis - 29 April 2021 bersamaan 17 Ramadhan 1442H

Operasi pematuhan SOP terhadap penjaja dan pengunjung telah dijalankan sekitar Dataran Batu Lima, Sik siang tadi. Agensi yang turut terlibat bagi menjayakan operasi ini adalah PDRM (IPD Sik), Pejabat Kesihatan Daerah Sik, RELA Daerah Sik, Jabatan Kesihatan Persekitaran MDS dan Jabatan Penguatkuasaan MDS. Turut serta dalam operasi pada siang tadi adalah beberapa orang Ahli Majlis, Majlis Daerah Sik.
Teruskan dengan amalan norma baharu, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial, dan kerap cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan. Bersama-sama, kita jaga kita.

Penguatkuasaan

Operasi Pematuhan SOP

Penglibatan agensi

Pejabat Kesihatan Daerah Sik, RELA, dan PDRM Sik turut turun bersama.

Skop & Prosedur SOP

Diteliti dan dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan penjaja dan pengunjung yang hadir

Tanggungjawab dipikul

Beberapa Ahli Majlis turut serta dalam operasi walaupun cuaca hujan.
Skip to content