KEPADA :
SEMUA PEMEGANG LESEN/PERMIT PENJAJA KECIL SEMENTARA
PENJAJA STATIK
PENJAJA BERGERAK
PENJAJA PASAR SEHARI/PASAR MALAM/PASAR TANI
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang telah bersidang pada 15 Disember 2021 telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman BERSETUJU bayaran lesen penjaja dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemohon berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022 mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Kecil (UUK) PBT.
Sehubungan itu, Majlis Daerah Sik akan melaksanakan kutipan lesen penjaja mengikut kadar lesen sedia ada mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja Dan Gerai (Majlis Daerah Sik) 2010.
Sekian harap maklum. Terima kasih.
ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIK
1 JANUARI 2022