APA ITU CUKAI PINTU / CUKAI TAKSIRAN ?

Cukai Taksiran juga dikenali sebagai Cukai Pintu perlu dibayar 2 kali setahun, Bayaran ini dikenakan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966 ,  Bil Cukai taksiran berwarna Biru.

Bila waktunya untuk bayar?

2 kali setahun yang itu pada: 

  • Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) – 1 Januari hingga 28 Februari
    • Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) – 1 Julai hingga 31 Ogos

Boleh ke Cukai Pintu ni dikecualikan??

Boleh jika ianya adalah

1) Rumah Ibadat (tempat awam untuk sembahyang)
2) Tanah Perkuburan atau krematorium awam
3) Sekolah awam
4) Tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains,sastera atau seni halus
dan bukan untuk mendapatkan keuntungan

Macam mana nilai Cukai Taksiran ni dikira?

Cukai ni dikira berdasarkan Kadar Peratus ke atas Nilai Tahunan, Nilai Tahunan ni adalah “Anggaran Kasar Sewa Tahunan” yang diperoleh oleh tuan tanah/tuan rumah.

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan.

Kadar Peratusan pula adalah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

jadi ( Cukai taksiran = Nilai Tahunan x Kadar Peratusan)

Contoh:

Nilai Tahunan = RM 4,800
Kadar % = 8.8%
Cukai Taksiran = RM 422.40 se tahun ATAU RM 211.20 setiap 6 bulan 

Macam mana jika hartanah yang tidak didiami atau tidak diperoleh keuntungan??

Cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong , pemilik boleh memohon tuntutan remisi ke atas tempoh kekosongan dengan memberi notis bertulis kepada Majlis di dalam tempoh tujuh (7) hari bermula dari tarikh bangunan itu dikosongkan.

Apa akibat jika tidak membayar Cukai Taksiran nie??

Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 5% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.  Waran ini membolehkan pegawai MDY diberi kuasa melaksanakan tindakan-tindakan berikut :

  1.    a) Merampas (menyita) harta mudah alih yang ada di dalam bangunan 
       b) Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.
Skip to content