Majlis Daerah Pendang (MDP) memberi keutamaan tinggi dan komited untuk melindungi data peribadi pelanggan dalam mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melupuskan data peribadi anda. Notis privasi ini membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan oleh anda secara sukarela di dalam borang-borang, perjanjian dan kontrak, laman sesawang atau apa-apa dokumen lain yang sehubungan dengannya, mungkin mengandungi maklumat-maklumat termasuklah dan tidak terhad kepada nama anda, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor pendaftaran syarikat, nombor akaun bank, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, alamat emel, nombor faksimili, bangsa, jantina, pekerjaan, alamat rumah, maklumat majikan, alamat tempat bekerja, kewarganegaraan, maklumat pasangan atau keluarga atau tanggungan (seperti nama, hubungan dengan anda, nombor kad pengenalan, nombor passport, tarikh lahir, umur, jantina), maklumat kesihatan peribadi (termasuk sejarah dan maklumat perubatan), imej (seperti gambar foto), maklumat kelayakan akademik, maklumat perjanjian jual beli, maklumat perjanjian sewa dan kebenaran tuan tanah.

Data Peribadi anda mungkin juga telah diberikan kepada MDP oleh pihak ketiga yang diberi kuasa oleh anda, sebuah syarikat atau perbadanan di mana anda adalah seorang pengarah atau pengurus, pegawai atau pemegang saham atau perkongsian di mana anda adalah salah seorang rakan kongsi. Dalam konteks ini, istilah “anda” dalam Notis Privasi ini dilanjutkan untuk mana-mana individu yang Data Peribadi telah diberikan kepada MDP dan/atau telah dikumpul semasa anda membuat apa-apa urusan dengan MDP.

Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk MDP mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Berkomunikasi dengan anda;
  2. Memproses permohonan anda yang menggunakan perkhidmatan MDP;
  3. Menyediakan perkhidmatan kepada anda;
  4. Menyelesaikan aduan atau masalah perkhidmatan;
  5. Memproses transaksi pembayaran;
  6. Menguruskan penyertaan anda dalam sebarang peraduan dan/atau sebarang kempen MDP;
  7. Melakukan kaji selidik bagi meningkatkan mutu dan perkhidmatan MDP;
  8. Memenuhi keperluan pihak berwajib atau penguatkuasaan undang-undang; atau
  9. Sebarang tujuan seperti yang dinyatakan dalam mana-mana kontrak atau perjanjian di antara anda dengan pihak MDP.

Penzahiran Data Peribadi

MDP tidak menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak terlibat tanpa kebenaran daripada anda. Walaubagaimanapun, adalah dimaklumkan dalam sebarang situasi dan jika dikehendaki untuk berbuat demikian, MDP boleh menzahirkan maklumat peribadi anda:

  1. kepada mana-mana organisasi penguatkuasaan undang-undang, mana-mana pihak yang dibenarkan mengikut ketetapan undang-undang, perintah mahkamah dan/atau pihak berwajib dan kawal selia;
  2. kepada mana-mana badan profesional bagi tujuan urusan penjualan hartanah dan pendaftaran hakmilik hartanah;
  3. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta alih dan harta tidak alih milik MDP dan yang berkaitan; atau
  4. tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat dalam mana-mana kontrak dan perjanjian yang mana anda telah memberi kebenaran kepada MDP untuk menzahirkan maklumat peribadi anda.

Penyimpanan Data Peribadi

MDP hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman MDP. Jika Data Peribadi anda tidak lagi memenuhi keperluan di atas, MDP akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal Data Peribadi anda.

Perlindungan Data Peribadi

MDP komited dalam memastikan keselamatan Data Peribadi anda dan memastikan Data Peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).


Pembetulan dan Kemaskini Data Peribadi

Anda berhak untuk menyemak dan mengakses Data Peribadi anda tertakluk kepada MDP mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda. Anda juga berhak untuk membuat sebarang pembetulan atau pindaan kepada Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap dan yang tidak terkini.

Skip to content