Jabatan Kejuruteraan

Komponen Jabatan
Jabatan Kejuruteraan dibahagikan kepada 6 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pembangunan & Kerja Am
  • Bahagian Jalan & Lalulintas dan Perparitan
  • Bahagian Mekanikal & Elektrikal
  • Unit Pentadbiran

 

Objektif

  • Merancang, mengurus, memantau,dan melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur bandaraya Alor Star dengan jayanya bagi menghasilkan projek yang berkualiti, berfaedah dan meningkatkan keselesaan warga kota dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memastikan kerja perolehan, bekalan dan perkhidmatan diagih kepada pembekal dan kontraktor dengan mengambil kira kos untuk nilai setara wang.
  • Mereka bentuk secara pratikal dengan kos yang ekonomik dan berkualiti yang terbaik dan menyyiapkan dlam tempoh yang ditetapkan.
  • Mengambil tindakan pada aduan-aduan dan arahan-arahan bagi pembaikan pada aset-aset Majlis yang berkaitan dengan ativiti Jabatan Kejuruteraan.
  • Kawalan dan pegawasan sistem lalulintas di dbawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Alor Star.
  • Membantu agensi swasta dan kerajaan bagi kawalan dan pengawasan perlaksanaan sesuatu projek dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Star.
  • Penguatkuasaan terhadap pengorekan jalan tanpa kebenaran dan pembinaan bonggol jalan dalam taman perumahan tanpa kebenaran.
  • Membuat perancangan pembelian kenderaan majlis berdasarkan keperluan Jabatan pengguna dalam Majlis Bandaraya Alor Star dan memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik.
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas aset-aset Majlis termasuk medan selera, pasar, bangunan arked, pejabat, setor MBAS dan perhentian bas dalam Kawasan Bandaraya Alor Star.
  • Merancangan, mengelola projek dan menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan dari kerajaan Persekutuan melalui Peruntukan BP. 1 dan BP. 6 dari KPKT dan Kerajaan Negeri melalui peruntukan Tahap serta melaporkan kembali status kedudukan projek.

 

 

Misi & Visi 

 

Visi
Memastikan pembangunan fisikal dilaksanakan selaras dengan Fungsi jabatan ke arah merealisasikan inspirasi Majlis bandaraya Alor Star

Misi
Amalan kecemerlangan Pengurusan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik akan menjadi budaya kerja kami dengan bersikap amanah, cekap, teliti, menghargai kualiti dan menjamin kos yang optimum

 

Piagam Pelanggan

  1. Komited untuk mengambil tindakan dalam masa 6 minggu untuk membaikpulih longkang-longkang dan sistem perparitan berdasarkan kepada aduan yang diterima setelah mendapat kelulusan pentadbitran.
  2. Komited bagi mengambil tindakan segera pada aduan yang diterima berkaitan kerosakan infastruktur parit, jalan dan aset-aset Majlis dengan memberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari.
  3. Komited bagi memastikann setiap penutupan jalan akan diumumkan kepada media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan pembaikan dan memastikan papan tanda keselamatan yang secukupnya serta jelas.
  4. Komited untuk memberi ulasan jabatan, khidmatan nasihat berkaitan pembangunan jalanraya, bangunan dan permohonan lampu jalan dalam tempoh 14 hari.
  5. Komited untuk memberi ulasan pada permohonan pelan parit dan jalan dalam tempoh 14 hari.
  6. Komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh 28 hari bagi penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan aset-aset Majlis yang melibatkan yang Jabatan Kejuruteraan.

 

Fungsi Bahagian Pembangunan & Kerja Am

  1. Membantu Jurutera di dalam kerja-kerja yang berkaitan.
  2. Melakukan kerja merancang keperluan projek pembangunan.
  3. Menyediakan kerja siasatan kesesuaian tapak dan persiapan yang perlu disediakan.
  4. Menyediakan lukisan kerja serta butiran pelan untuk projek-projek Majlis.
  5. Menyedia dan menaip dokumen tender dan sebutharga.
  6. Melakukan kerja mencetak pelan (plan printing).
  7. Membuat anggaran kos projek pembangunan sosio-ekonomi, infrastruktur dan penyelenggaraan.
  8. Menjalankan kerja-kerja siasatan tapak mengenai aduan kerosakan untuk kerja-kerja pembaikan.
  9. Menyediakan dokumen perjanjian kontrak untuk kerja-kerja tender dan sebutharga.
  10. Menjalankan kerja-kerja pengawasan, pemeriksaaan dan kelulusan sebelum sesuatu projek dimulakan atau dibaiki.
  11. Melakukan penilaian peratus kemajuan kerja sesuatu projek untuk pembayaran kemajuan
  12. Menyediakan laporan dan butir-butir untuk pembayaran kemajuan dan penyelenggaraan pembaikan.
  13. Melakukan kerja penyerahan peralatan dan bangunan.
  14. Menghadiri mesyuarat jabatan dan mesyuarat bulanan di tapak projek mengikut arahan jurutera.

 

Fungsi Bahagian Jalan & Lalulintas
Selaras dengan pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan juga Akta Pengangkutan Jalan 1987, fungsi utama Bahagian adalah seperti berikut :-

  1. Kawalan dan pengawasan pembangunan jalan.
  2. Mengkaji sistem lalulintas dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai
  3. Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek Majlis di dalam pengkhususan jalan dan lalulintas.
  4. Menyelenggara jalan-jalan dan perabot jalan Taman Perumahan di seluruh kawasan perkhidmatan Majlis Bandaraya Alor Star
  5. Mengawal aktiviti di atas rezab jalan dan jalan terhadap :
  • Pengorekan jalan
  • Pembinaan bonggol jalan dalam taman perumahan
  • Halangan terhadap lalulintas
  • Pencemaran jalan

 

Fungsi Bahagian Parit & Saliran

  1. Bahagian Parit & Saliran bertanggungjawab dalam menguruskan pembaikan ke atas kerosakan aset-aset Majlis. Perlaksanaan kerja-kerja pembaikan berkenaan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik Majlis melalui proses tender, sebutharga dan pesanan terus.

 

Fungsi Bahagian Mekanikal & Elektrikal
Bahagian Mekanikal & Elektrikal merupakan salah satu dari unit-unit di Bahagian Penyelenggaraan yang berperanan di dalam menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan bidang mekanikal dan elektrikal. Fungsi Bahagian :

  1. Menguruskan pembelian kenderaan, jentera dan mesin baru.
  2. Membaiki kenderaan yang rosak.
  3. Membaiki unit-unit elektromekanikal.
  4. Menyediakan inventori kenderaan untuk tujuan hapuskira.
  5. Menyediakan pengangkutan untuk segala aktiviti Majlis.
  6. Pengeluaran harian minyak diesel dan petrol untuk kenderaan-kenderaan Majlis.
  7. Memastikan semua kenderaan digunakan dengan sempurna.
  8. Menyelenggara rumah pam milik MBAS.
  9. Menyelaras dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan perkhidmatan mekanikal.
  10. Menyelenggara bengkel MBAS Mergong.
  11. Menyelenggara lampu jalan dan kerja elektrik aset Majlis (kecuali Kompleks MBAS).
  12. Bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan lampu jalan di taman perumahan.
  13. Merancang , mengkaji dan memberi khidmat teknikal dalam menguruskan projek pembangunan.
  14. Pemasangan lampu jalan dan lampu-lampu hiasan sempena perayaan dan keceriaan malam.
  15. Menyelenggara dan membaiki kerosakan peralatan eletrikal di premis-premis Majlis.

 

Fungsi Bahagian Pentadbiran

  1. Penyediaan surat-menyurat.
  2. Proses pengurusan aduan.
  3. Proses kursus dan latihan anggota
  4. Proses tindakan tatatertib anggota.
  5. Proses permohonan & kelulusan cuti anggota.
  6. Proses permohonan peralatan pejabat.
  7. Proses permohonan kew 1 ( Perakuan pembayaran/ baucer pembayaran).
  8. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa kecil projek-projek kecil MBAS
  9. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa teknikal projek pembangunan.
  10. Proses pengurusan mesyuarat luaran Majlis.
  11. Proses pengurusan mesyuarat dalaman Majlis.
  12. Penyediaan laporan kertas kerja.
  13. Penyediaan laporan today on line.
  14. Penyediaan laporan tahunan.
  15. Penyediaan laporan bulanan.
  16. penyediaan laporan berita semasa.
  17. Proses penyediaan maklumbalas mesyuarat jawatankuasa tetap MBAS.
  18. Proses penyediaan anggaran belanjawan tahunan.
  19. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa tetap pembangunan dan Infrastruktur. 20. Proses penyediaan maklumbalas mesyuarat penuh MBAS
Jabatan Perancangan Pembangunan

Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Matlamat Jabatan

Merancang dan mengawal pembangunan kawasan Bandaraya dengan mempertimbangkan sebaik mungkin aspek-aspek fizikal, sosial dan ekonomi sejajar dengan dasar Majlis dan Kerajaan Negeri serta menjalankan aktiviti-aktiviti perancangan selaras dengan Akta 172 (Akta Perancangan Bandar Desa 1976)

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan bermutu sepanjang masa

 

Permohonan Kebenaran Merancang bagi semua jenis pembangunan kecuali:

– Projek-projek di luar kawasan pembangunan

– Projek-projek kerajaan

– Projek-projek keagamaan / persatuan

Kelulusan akan diberi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan MBAS.

 

Kawasan Pentadbiran

1.  Kawasan perancangan meliputi keseluruhan Daerah Kota Setar iaitu seluas 666 km persegi.

2.  Ia meliputi kawasan gabungan Bandar Alor Setar seluas 92 km persegi dan 7 penempatan pekan-pekan kecil iaitu:

  • Kuala Kedah
  • Pokok Sena
  • Bukit Pinang
  • Simpang Empat
  • Kota Sarang Semut
  • Alor Janggus

 

Komponen Jabatan

Jabatan Perancangan Pembangunan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Kawalan Perancangan
  • Bahagian Kawalan Pembangunan
  • Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Rancangan Pembangunan

1.  Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan:

2.  Rancangan Struktur

3.  Rancangan Tempatan

4.  Pelan Tindakan

5.  Projek Khas

6.  Pengambilan balik tanah

 

Fungsi Bahagian Kawalan Pembangunan

1.  Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan:

2.  Permohonan Kebenaran Merancang

3.  Permohonan Ubahjenis Kegunaan Tanah/Pecah Sempadan (Rujukan PTKS)

4.  Permohonan Pelan Bangunan (Rujukan Bahagian Bangunan, MBAS)

5.  Permohonan Tanah Kerajaan (Rujukan PTKS)

6.  Permohonan Lesen Perniagaan (Rujukan Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Kesihatan Awam, MBAS) 

7.  Permohonan Lesen Paparan Iklan (Rujukan Bahagian Kesihatan Awam, MBAS)

8.  Nama Taman dan Jalan

 

Fungsi Bahagian GIS

Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan:

1.  Penyediaan bahan taklimat

2.  Penyediaan bahan pameran

3.  Sistem maklumat geografi (GIS)

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Piagam Pelanggan

1. Kelulusan pindahmilik pegangan akan diberikan dalam tempoh 1 minggu.

2. Keputusan pulangan balik cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.

3. Keputusan rayuan atau bantahan cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 4 minggu.

 

Komponen Jabatan
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keb.erkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

* Bahagian Penilaian

* Bahagian Pengurusan Harta

* Unit COB

* Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Penilaian

Bahagian Penilaian adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dalam suatu Majlis Banda.raya. Ia merupakan nadi penggerak yang terpenting dalam menentukan pendapatan dalam bentuk cukai kepada sesuatu Majlis di mana ia memainkan peranan penting dari sudut Cukai Taksiran dan Caruman Bantu Kadar. Pendapatan ini adalah merupakan pendapatan terbesar sesuatu Majlis.

Bahagian Penilaian bergerak berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain daripada dasar-dasar yang dibubarkan oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 1 dan XV dari Akta 171, adalah merupakan bab yang terpenting dan perlu diikuti oleh Bahagian Penilaian. Selain itu, Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan juga perlu dalam proses Caruman Bantu Kadar.

 

Penyediaan Salinan Nilaian

Proses menyediakan satu nilaian untuk tujuan Cukai Taksiran di bawah Sek. 127 Akta 171 bagi tiap-tiap pegangan berkadar. Senarai Nilaian atau Penilaian Semula hendaklah dibuat tiap-tiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Sek. 137(4), Akta 171.

 

Cara-cara penilaian

Penilaian disediakan berdasarkan kepada cara-cara penilaian yang ditetapkan di dalam Akta 171, seperti berikut :

1. Berasaskan kadar sewa yang dipungut ke atas pegangan-pegangan yang berkenaan

2. Berasaskan kadar sewa yang dipungut atas pegangan-pegangan yang serupa/sebanding

3. Berasaskan kos atau keuntungan bagi pegangan-pegangan seperti stesen minyak dan hotel

4. Berasaskan maksima 10% daripada harga pasaran terbuka bagi lot-lot kosong

Cara-cara penentuan nilai tahunan ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan kepada kadar sewa pasaran pada sekaki persegi setahun (skp). Dalam penetapan nilaian tahunan ini Majlis berpandukan kepada perakuan sewa yang diterima daripada pemunya/penduduk pegangan-pegangan berkenaan serta kadar sewa semasa yang boleh diperolehi berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan tempat serta jenis pegangan-pegangan tersebut.
Bagi melicinkan proses penilaian semula Majlis telah membahagikan kawasan dan pegangan seperti tersebut di bawah dan pembahagian ini adalah menurut Seksyen 129, Akta171.

 

1. Bahagian Kediaman

– Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan

– Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

 

2. Bahagian Perniagaan

– Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan

– Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

 

3. Bahagian Perindustrian

– Bahagian dalam kawasan Perindustrian

– Bahagian luar kawasan Perindustrian

 

4. Bahagian Rumah Pangsa

– Bahagian Kediaman

– Bahagian Perniagaan

 

5. Bahagian Lot Kosong

– Syarat Kediaman

– Syarat Perniagaan

– Syarat Kediaman & Perniagaan

– Syarat Industri

– Syarat Kampung

 

Catitan

Lot kosong bersyarat pertanian adalah dikecualikan daripada kadar / cukai

Erti atau taksiran Nilai Tahunan dapat dirujuk di bawah Seksyen 2, Akta 171

 

Kadar Peratus

Dalam penentuan kadar peratus pihak Majlis telah mengkaji dari beberapa aspek yang tertentu supaya cukai taksiran 1993 lebih elastik dan lebih aktif lagi. Didapati kadar peratus yang digunapakai sekarang masih realistik dan fleksibel lagi. Aspek-aspek yang diambilkira di dalam penentuan kadar peratus ini adalah seperti berikut :

– Keupayaan membayar oleh pembayar cukai

– Kegunaan bangunan dan tanah (actual land usage)

– Aspek ekonomi dan sosial

– Spekulasi tanah

– Pembangunan sektor perniagaan dan perindustrian

– Pembangunan di luar bandar Alor Setar (Town Centre)

– Mempastikan ianya tidak membebankan kepada orang ramai

– Faktor alam sekeliling dan perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang telah dijalankan dengan baik dan menyeluruh oleh Majlis selama ini

-Keperluan Kewangan Majlis

 

Pernomboran Dan Penilaian Ke Atas Pegangan Baru (O.C)

Memberi nombor pegangan ke atas bangunan-bangunan yang baru ketika proses pengeluaran O.C. Menyediakan penilaian ke atas pegangan-pegangan baru untuk tujuan Cukai Taksiran sebelum O.C dikeluarkan. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Bahagian Penilaian memberi sokongan untuk O.C:

Mengisi borang “Penyata Maklumat” untuk setiap unit bangunan yang dipohon pengeluaran O.C

Membayar wang pendaftaran nombor sebanyak RM5 bagi setiap unit bangunan

Membayar pendahuluan Cukai Taksiran untuk tempoh enam (6) bulan pertama (bagi skim perumahan sahaja)

 

Pulangan Balik Cukai (Pegangan Tidak Diduduki)

Memproses dan meluluskan permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran bagi pegangan-pegangan yang tidak diduduki atau kosong mengikut Sek. 162, Akta 171.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi

1.  Mengisi Borang Pulangan Balik Cukai

2.  Membuktikan

     -bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki

     -bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa (tenant) telah dibuat

     -bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah

     -bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut

     -bagi permohonan pulang balik yang dituntut untuk sesuatu tempoh dalam masa bangunan itu sedang dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula “bona fide” maka tidaklah perlu dibuktikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas

3.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan kembalikan resit asal pembayaran cukai tersebut

4.  Membuat “Akuan Sumpah” pembayaran Cukai Taksiran sekiranya nama pemohon dan nama dalam bil. Cukai Taksiran berlainan.

5.  Membuat tuntutan Pulangan Balik pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis iaitu :

    -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal pertama (Jan-Jun) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Julai tahun yang sama

    -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal kedua (Julai-Dis) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya

Permohonan Pulangan Balik yang lengkap akan diproses dan diluluskan. Permohonan yang lulus akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk Proses Pulangan Balik Cukai sebanyak 75% dari cukai yang dibayar untuk tempoh kekosongan tersebut

 

Pindahmilik Harta

Iaitu menjalankan proses pindahmilik harta bagi pihak Majlis di bawah Sek. 160, Akta 171
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi :

1.  Memberi notis pindahmilik melalui “Borang I” atau “Borang J” mengikut mana yang berkenaan

2.  Memberi satu salinan “Borang 14-A” yang dikeluarkan oleh Pejabat tanah

3.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti bayaran

4.  Menjelaskan bayaran pindahmilik sebanyak RM20.00 untuk setiap unit yang dipohon

 

Penilaian ke atas pegangan pindaan

Iaitu membuat semakan penilaian atau pindaan penilaian ke atas pegangan-pegangan yang menjalankan apa-apa kerja yang melibatkan ubahsuai, diubah, diruntuhkan sebahagian atau dibina semula atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun. Pada kebiasaannya Bahagian Penilaian akan menerima maklumat ini dari Bahagian Bangunan atau pemilik bangunan sendiri.

 

Pembatalan Cukai Taksiran (Pegangan Roboh) Sek. 161, Akta 171

Iaitu membuat pengesahan dan meluluskan pembatalan Cukai Taksiran ke atas pegangan yang telah roboh atau pegangan yang dikecualikan dari Cukai Taksiran mengikut undang-undang atau polisi-polisi Majlis.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :

1.  Memberi notis roboh kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya pegangan berkenaan

2.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran Cukai Taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran

 

Penilaian Ke Atas Tanah Kosong

Iaitu membuat nilaian ke atas tanah-tanah kosong yang belum dimajukan di dalam kawasan Majlis bagi maksud Cukai Tanah Kosong di bawah Sek. 127, Akta 171. Tatacara dan prosedurnya adalah sama dengan nilaian untuk pegangan-pegangan yang mempunyai bangunan.

 

Penilaian Untuk Tujuan Caruman Bantu Kadar

Iaitu mengikut Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan. Penilaian dibuat ke atas bangunan-bangunan :

1.  Milik Kerajaan Persekutuan

2.  Milik Kerajaan Negeri

3.  Milik Badan-badan Berkanun

 

Perkhidmatan Maklumat

Iaitu memproses permohonan mendapatkan maklumat harta dari peguam atau pemohon individu. Antara maklumat yang lazimnya dipohon adalah seperti nama pemilik berdaftar, nombor lot, nombor geran, alamat pemilik atau lain-lain maklumat berkaitan dengan harta tersebut.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :

1.  Permohonan bertulis

2.  Bayaran perkhidmatan maklumat sebanyak RM10.00 bagi setiap unit yang dipohon

 

Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran

Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap bantahan bertulis di bawah Sek. 142, Akta 171
Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap rayuan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan di bawah Sek. 145, Akta 171

Sila muat turun borang dibawah:

.borang_penyata_pemilik.pdf

.borang_i_b.pdf

.borang_j.pdf

 

Fungsi Bahagian Pengurusan Harta
Pada 29 April 2001, Mesyuarat Majlis Penuh MPKS telah meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Pengurusan Harta yang diketuai oleh YM Tunku Rizal Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Penolong Akauntan Kanan MBAS dengan dipertanggungjawabkan kepada 5 unit iaitu:

1.  Unit Perolehan Dan Setor

2.  Unit Pentadbiran Dan Keselamatan

3.  Unit Kompleks MBAS

4.  Unit Kompleks Sukan MBAS

5.  Unit Tempat Letak Kereta Dan Terminal

 

Fungsi Bahagian

1.  Merancang, mengurus, memproses, menyemak dan mengawal segala pesanan pengeluaran barang-barang serta bekalan secara berpusat (centralised) dengan tepat dan kemaskini.

2.  Memastikan setiap rekod harta dan inventori majlis dikemaskini dan bersamaan dengan rekod di Bahagian Kewangan bagi penyediaan akaun Majlis.

3.  Bertanggungjawab di dalam pengurusan pembelian dan perolehan dengan merujuk kepada tatacara pengurusan setor dan arahan perbendaharaan.

4.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan setor dalam menerima, merekod, menyimpan, mengeluar, mengangkut dan melupus aset dan stok Majlis.

5.  Memastikan keselamatan aset dan stok Majlis berada di dalam keadaan terkawal.

6.  Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan individu, firma dan syarikat bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan Majlis.

7.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks sukan (kolam renang) MBAS

8.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks dan tempat letak kereta.

 

UNIT SEWAAN

Fungsi:

  • Menguruskan harta-harta Majlis dari segi tawaran sewaan, perjanjian sewaan, operasi sitaan dan sebagainya.
  • Menyelia dan mengurus kutipan semasa dan tunggakan sewaan harta MBAS.

Permohonan Sewa

  • Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan sewa gerai (unit kosong sahaja)  di Unit Sewaan Bahagian Pengurusan Harta, Aras 2, Bangunan UTC Kedah, Jalan Kolam Air dan bawa bersama dokumen:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Penyata bank tiga (3) bulan terkini
  • Borang permohonan akan diproses dan panggilan temuduga akan diadakan sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) permohonan.
  • Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan beserta dengan syarat-syarat kemasukan penyewaan.
  • Pemohon hendaklah mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
  • Kegagalan mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran akan menyebabkan surat tawaran terbatal dan tawaran baru akan dikeluarkan kepada pemohon kedua yang berjaya.

 

Jabatan Kewangan

Pejabat MBAS,
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.
Tel : 604-7332499
Fax : 604-7320622
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

PIAGAM PELANGGAN

a. Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 15 minit.
b. Memastikan bil-bil cukai pintu diserahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua.
c. Pembayaran segala bil, invois serta pesanan tempatan adalah berlandaskan kedudukan kewangan Majlis.

MISI & VISI JABATAN

MISI

Untuk meletakkan Majlis di suatu tahap kedudukan kewangan yang teguh dan stabil bagi mentadbir dan melaksanakan pembangunan dengan cekap dan berkesan

VISI

Untuk mencapai kecemerlangan sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan ekonomi Pihak Berkuasa Tempatan.

Komponen Bahagian Jabatan Kewangan

Bahagian Akaun, Bayaran & Belanjawan
Bahagian Hasil
Unit Pentadbiran

Fungsi Bahagian Pentadbiran/Gaji

  • Bertanggungjawab terhadap pembayaran semua jenis perbelanjaan Majlis termasuk  emolumen, elaun dan potongan-potongan gaji,
  • Perekodan surat, memo dan aduan,
  • Penyimpanan sistem fail dan dokumen jabatan,
  • Penyediaan dan pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman berkaitan Jabatan,
  • Pengurusan stor dan bilik fail,
  • Penyediaan laporan/ kertas kerja,
  • Penyimpanan dan pemakluman pekeliling-pekeliling terkini,
  • Pengurusan kakitangan jabatan – cuti, kebajikan, latihan, kursus dan lain-lain,
  • Mengurus aktiviti bahagian dan perhubungan awam,
  • Memelihara persekitaran ruang pejabat jabatan,

Fungsi Bahagian Hasil

  • Bertanggungjawab menerima semua bayaran hasil Majlis dan memastikan ianya terkawal
  • Menyemak kod-kod terimaan, resit pembayaran, penyata pemungut harian, audit roll dan penyata bil setempat
  • Menyelenggara lebih kurang 80000 akaun taksiran, lesen, sewaan dan lain-lain
  • Menguruskan penghantaran bil-bil cukai taksiran dan lot kosong pada awal Januari dan pertengahan bulan Jun setiap tahun
  • Menyemak dan menyelaras rekod-rekod penghutang Majlis
  • Bertanggungjawab mengutip tunggakan cukai pintu serta mengemaskini rekod-rekod Bahagian Penilaian dan Unit Terimaan Hasil supaya selaras
  • Mengklasifikasikan penyerahan notis mengikut dasar-dasar yang diluluskan oleh Majlis
  •  Melaksanakan penyerahan Notis E dan tindakan mensita harta alih bagi pegangan yang tidak menjelaskan tunggakan
  • Mengadakan perbincangan dengan pemilik untuk kes-kes ansuran dan menyediakan laporan pemantauan untuk setiap tindakan yang dilakukan di dalam menangani tunggakan cukai
  • Mengemaskini rekod pegangan dengan serta-merta bagi membolehkan tindakan diambil
  • Memantau dan mengambil tindakan susulan (Follow-up) ke atas penghutang-penghutang cukai pintu yang tertunggak
  • Memantau dan mengawal semua proses terimaan hasil di lain-lain Bahagian Majlis
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan untuk kutipan hasil-hasil Majlis kepada Pihak Pengurusan
  • Pemantauan kutipan hasil Majlis agar telus dan tidak berlaku kebocoran
  • Mengawal pemantauan kutipan hasil bahagian selaras dengan anggaran belanjawan yang diisytiharkan oleh bahagian

Fungsi Bahagian Akaun

Unit Bayaran Dan Belanjawan

  • Menentukan segala pembayaran yang dibuat adalah teratur di dalam lingkungan peruntukan yang telah diluluskan,
  • Memastikan pembayaran adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan mengikut arahan ketua jabatan, pekeliling dan akta yang ditetapkan,
  • Bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,
  • Menyediakan serta menyelenggarakan maklumat-maklumat anggaran belanjawan untuk semakan dan pelaporan,
  • Bertanggungjawab memproses pengeluaran pesanan kerajaan (L/O) untuk bahagian dan jabatan MBAS,
  • Bertanggungjawab terhadap kawalan perbelanjaan, vot dan tanggungan Majlis,
  • Bertanggungjawab memproses permohonan peruntukan KEW 1,
  • Bertanggungjawab memproses permohonan pindahan peruntukan viremen. 

Fungsi Unit Akaun

  • Bertanggungjawab menyediakan penyata hasil dan perbelanjaan (mengurus dan pembangunan), penyata aliran wang tunai.
  • Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan.
  • Memproses bayaran secara EFT ataupun cek.
  • Mengawal aliran tunai Majlis
  • Mengurus pelaburan simpanan tetap dan pinjaman dari institusi-institusi  Kewangan.

 

Aktiviti Bahagian

1. Aktiviti bulan 10

Jabatan Khidmat Pengurusan

Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Komponen Jabatan

Jabatan Khidmat Pengurusan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Sumber Manusia
  • Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan
  • Unit Pentadbiran

 

Mewujudkan sistem kualiti dalam pengurusan kerja.
Menyelaras dan mengawal hal ehwal pentadbiran Majlis, pentadbiran am, pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman Majlis serta perkara yang berkaitan dengan logistik dan bekalan dan sebagainya.

 

Fungsi Bahagian Sumber Manusia

  1. Bertanggungjawab terhadap pembangunan pengurusan sumber manusia MBAS dalam hal-hal keperluan perjawatan dan perkhidmatan untuk kakitangan.
  2. Memastikan setiap kakitangan diberi kursus dan latihan untuk memajukan diri dan mempertingkatkan produktiviti dari penghasilan tugas dengan cekap, bersih, amanah dan berkualiti. Memberikan ilmu dan kemahiran kepada kakitangan dalam menangani semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
  3. Bertanggungjawab dalam membangunkan organisasi Majlis meliputi kajian perjawatan sedia ada dan keperluan pengwujudan jawatan baru, penentuan skim perkhidmatan serta penempatan dan pertukaran kakitangan.
  4. Melaksanakan perkara yang berkaitan dengan pencen, gaji dan elaun, cuti, pinjaman, tuntutan elaun pemangkuan, tangggung kerja dan sebagainya.
  5. Melaksanakan hal ehwal yang berkaitan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti peperiksaan, kursus dan latihan yang berkaitan.
  6. Memberikan khidmat nasihat, kaunseling dan khidmat teknikal pengurusan kepada kakitangan di semua jabatan dan bahagian Majlis

 

PERJAWATAN

  1. Permohonan Perjawatan
  2. Pengemaskinian rekod perjawatan
  3. Pengambilan Kakitangan baru
  4. Urusan lantikan peg. kontrak
  5. Pengesahan / perlanjutan tempoh percubaan
  6. Perakuan Taraf Pencen
  7. Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
  8.  Tanggung Kerja
  9. Gaji dan Elaun
  10. Mewarta Kakitangan
  11. Pertukaran dan penempatan
  12. Penempatan Pegawai Tadbir Negeri
  13. Penyediaan Anggaran Belanjawan  – Bajet Emolumen induk Tahunan
  14. Semakan keperluan tenaga kerja  / beban tugas /  prestasi selepas tambahan kakitangan ( melaui kaedah Naziran dll )                                                                                                             

PERKHIDMATAN

  1. Persaraan Wajib,Pilihan,pencen terbitan Atas Sebab Kesihatan
  2. Mengambillkira perkhidmatan Lepas
  3. Bayaran Gantian Cuti Rehat
  4. Pengurusan rekod cuti
  5. Tuntutan kos rawatan /perubatan
  6. Tuntutan Perkeso
  7. Pengeluaran surat GL 
  8. Tuntutan bayaran lesen pemandu
  9. Pengeluaran wang KWSP
  10. Tuntutan Perpindahan
  11. Permohonan Pinjaman Perumahan / Arahan Potongan Gaji
  12. Pengemaskinian Buku Rekod  perkhidmatan dan Semakan Kakitangan
  13. Pendaftaran  & Pengemaskinian fail peribadi / proses kerja
  14. Kawalan Bilik Fail dan Bilik Setor Bahagian
  15. Permohonan jawatan melalui Jabatan
  16. Mengurus penganugerahan Bintang
  17. Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan dan Perjawatan
  18. Pemeriksaan Kesihatan ( Umur 40 thn ke atas.)

 

LATIHAN

  1. Menyediakan pelan operasi latihan tahunan
  2. Mengatur urus Latihan Dalaman
  3. Mengatur urus Latihan Luaran
  4. Pemantauan pencapaian 7 hari berkursus dan pemakluman rekod kepada bahagian
  5. Mengemaskini rekod kehadiran kursus melalui E-PSM
  6. Kemaskini rekod kursus di Buku Perkhidmatan dan penyimpanan sijil penyertaan
  7. Menguruskan permohonan dan penempatan pelajar praktikal / peralihan
  8.  Jawatankuasa Latihan ( 3 Kali Setahun )
  9. Menyelaras peperiksaan perkhidmatan untuk pengesahan jawatan
  10. Kursus Tranformasi INSPIN  ( Induksi  Umum)
  11. Kursus Tranformasi  Dalaman (Induksi Khusus )            

HERMIS

  1. Mengurus dan memantau sistem HRMIS MBAS
  2. Kemasukan rekod Pengistiharan Harta  melalui HRMIS
  3. Kemasukan Rekod SKT dan Nilaian prestasi melalui HRMIS
  4. Kemasukan rekod perkhidmatan cuti  melalui HRMIS
  5. Kemasukan rekod Data Perjawatan, rekod peribadi dan profil perkhidmatan
  6. Menyedia laporan status pencapaian pengemaskinian rekod HRMIS kepada SUK Negeri .
  7. Menyelaras aktiviti bengkel  dalaman HRMIS
  8. Kawal selia Bilik Makmal ICT MBAS
  9. Memantau kemudahan infrastruktur bagi penggunaan sistem HRMIS
  10. Point of reference kepada pengguna HRMIS di MBAS.
  11. Tapisan Keselamatan pegawai baru dan Tapisan Keutuhan SPRM

INTEGRITI & PRESTASI

  1. Aduan Salahlaku Kakitangan
  2. Mengatur urus sesi kaunseling
  3. Proses Tatatertib ( JK Teknikal Displin & Salahlaku dan Lembaga Tatatertib ) 
  4. Kad Perakam Waktu, Laporan dan Anallisa ( Bulanan )
  5. Ujian  Mengejut  Urine Test
  6. Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan
  7. Panel Pembangunan Sumber Manusia
  8. Penyediaan Laporan  Nilaian Prestasi  Tahunan
  9. Penyediaan Laporan  Prestasi Piagam Pelanggan  (Sukuan)
  10. Laporan Prestasi  Tahunan Bahagian
  11. Semakan Rekod Pengistiharan Harta
  12. Laporan Pengelibatan parti Politik
  13. Pemantauan pencapaian kriteria SSR / Pelan Strategik MBAS
  14. Teguran Audit Dalam  dan Audit Indeks Akauntabiliti
  15. Majlis Bersama Jabatan
  16. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  17. Audit MS ISO  / Audit ISMS
  18. Audit 5s
  19. Audit Pejabat Keselamatan ( JPM)
  20. Audit  Arkib Negara

 

Fungsi Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan

Penguatkuasaan adalah satu tindakan undang-undang oleh kerajaan, agensi kerajaan, badan berkanun dan penguasa tempatan terhadap pelaku kesalahan.

Jawatan Penguatkuasa diwujudkan pada tahun 1971 dan kini diletakkan dibawah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS. Tugas utama mereka ialah di bahagian tempat letak kereta dan penjaja.

 

Tugas Penguatkuasa

  • Menjalankan tugas mengikut arahan secara berkumpulan di zon yang ditetapkan.
  • Mengawasi pasar-pasar Majlis pada hari Cuti Minggu dan Cuti Am.
  • Menjalankan operasi-operasi Majlis yang diarahkan oleh Bahagian Undang-Undang.
  • Menyerahkan laporan harian Buku Laporan Penguatkuasa (Buku Hijau) setiap hari Khamis

 

Komponen Bahagian

Bahagian ini dibahagikan kepada 5 unit kecil mengikut tugas/aktiviti masing-masing seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Perniagaan
  2. Unit Tempat Letak Kereta
  3. Unit Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi
  4. Unit Kesihatan Awam
  5. Unit Pentadbir & Pengiring

 

AKTIVITI BAHAGIAN

Tajuk: Operasi Binaan Tokong Tampa kebenaran di Taman Anggerik
Tarikh: 29 Julai 2018
Masa: 9.30 pagi

 

Unit Pengurusan Perniagaan

Kumpulan ini diwujudkan selaras dengan pewujudan Bahagian Pengurusan Perniagaan Majlis. Tugas utama kumpulan ini ialah membantu bahagian ini dari segi penguatkuasaaan peraturan yang bersangkutan dengan perlesenan dan kebersihan premis makanan. Aktiviti kumpulan ini melibatkan tindakan penguatkuasaan ke atas perkara-perkara seperti berikut :

  1. Penjaja termasuklah penjaja roda tiga dagangan, van, motosikal, basikal dan penjaja statik.
  2. Roda tiga dagangan (barangan).
  3. Beca.
  4. Penarik.
  5. Permit sementara.
  6. Sewa petak/gerai/bangunan.
  7. Lesen setol.
  8. Kilang dan gudang makanan.
  9. Kedai kopi/makanan.

 

Unit Tempat Letak Kereta

Kumpulan TLK ini menjalankan tugas utama menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perletakan kenderaan di dalam kawasan Majlis. Aktiviti di bawah kumpulan ini hanya ada dua iaitu tindakan penguatkuasaan ke atas perkara-perkara berikut :

  1. Tempat letak kereta bermeter
  2. Tempat letak kereta tidak bermeter

Kumpulan ini adalah kumpulan yang terbanyak sekali mengeluarkan notis kompaun setiap bulan. Malah bayaran kompaun TLK merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan Majlis.

 

Unit Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi

Seperti kumpulan pengurusan perniagaan, kumpulan ini diwujudkan selaras dengan pewujudan Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Bahagian Taman dan Rekreasi Majlis. Kumpulan ini membantu dua bahagian tersebut dari segi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Majlis yang bersangkutan dengannya. Aktiviti kumpulan ini adalah meliputi tindakan penguatkuasaaan ke atas perkara yang bersangkutan seperti berikut :

  1. Pembuangan sampah
  2. Kebersihan tandas awam
  3. Projek-projek daripada kontraktor
  4. Kaki lima dan bahu jalan
  5. Taman-taman awam dan taman permainan
  6. Taman perumahan
  7. Tanah lapang
  8. Penebangan pokok
  9. Kecurian/kerosakan serta salah guna

 

Unit Kesihatan Awam

Kumpulan ini diwujudkan untuk membantu Bahagian Kesihatan Awam dari segi penguatkuasaan peraturan yang bersangkutan dengannya. Kumpulan ini akan berganding bahu dengan bahagian berkenaan dalam menjalankan tugas seharian mereka. Antara aktiviti kumpulan ini ialah tindakan penguatkuasaan mengenai hal yang bersangkutan dengan perkara-perkara tersebut di bawah :

  1. Iklan dan sepanduk
  2. Pasar awam dan swasta
  3. Kedai gunting/kerinting rambut dan Unisex
  4. Bengkel dan industri
  5. pencemaran
  6. Bazar malam dan pagi
  7. Jualan buah bermusim
  8. Haiwan merayau
  9. Rumah urut
  10. Perniagaan kereta baru/terpakai
  11. Perniagaan barang lusuh

 

Unit Kesihatan Awam

Sebenarnya kumpulan ini dikhaskan kepada dua kakitangan di Bahagian Penguatkuasa dan membuat tugas penyeliaan. Di samping tugas penyeliaan, mereka juga membuat tugas-tugas pentadbiran yang lain serta membantu apabila tugas memerlukan khidmat mereka. Dua orang Penguatkuasa Rendah Gred (N9) menjalankan tugas-tugas ini. Selain dari tugas pengiring juruwang Majlis, tugas mereka ialah :

  1. Jadual tugas bulanan anggota
  2. Laporan bulanan
  3. Mengatur operasi rampas/pemeriksaan, dll.

 

Zon Penguatkuasa

Kawasan-kawasan di bawah penguatkuasaan MBAS dibahagikan kepada zon-zon tertentu untuk memudahkan pengurusan.

ZON A

  • Jalan Putra hingga Alor Janggus.
  • Jalan Gangsa hingga Jalan Suka Menanti.
  • Jalan Pantai Johor hingga Gunung Keriang.
  • Jalan Sultanah dan Sultanah Sambungan.
  • Jalan Tunku Abd. Rahman hingga Jalan Dato’ Syed Omar.
  • Pasar Peremba dan Pasar Kampong Berjaya.

ZON B

  • Jalan Sultan Badlishah.
  • Jalan Stadium, Jalan Pintu Sepuloh, Jalan Tambang Badak.
  • Lebuhraya Darul Aman hingga Pantai Johor.
  • Pasar Jalan Tunku Abdul Halim dan Jalan Tun Razak

ZON C

  • Jalan Langgar hingga Pokok Sena.
  • Jalan Hutan Kampong hingga Bukit Pinang.
  • Pantai Johor hingga Kepala Batas.
  • Jalan Datuk Kumbar.
  • Jalan Tanjung Bendahara hingga Alor Mengkudu.
  • Jalan Tunku Ibrahim.
  • Pasar Pokok Sena dan Langgar

ZON D

  • Jalan Raja, Lebuhraya Sultan Abdul Halim hingga Kota Sarang Semut.
  • Jalan Pegawai, Pekan Melayu, Pekan Cina, Jalan Nagore.
  • Pekan Simpang Kuala hingga Kuala Kedah.
  • Pasar Simpang Kuala, Pasar Kuala Kedah dan Pasar Simpang Empat
  •  
Jabatan Kesihatan Persekitaran

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

Komponen Jabatan

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

1. Bahagian Perkhidmatan Bandar

2. Bahagian Pelesenan

3. Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja

4. Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan

5. Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran

6. Unit Pentadbiran

 

OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

  1. Meningkatkan pengurusan pelupusan sisa pepejal.
  2. Meningkatkan pengurusan dan pembangunan tapak pelupusan sisa pepajal.
  3. Meningkatkan pengurusan pembersihan sungai, alor dan parit / longkang.
  4. Meningkatkan pembangunan, pengindahan dan pembersihan tandas-tandas awam.
  5. Memperbanyakkan program kesedaran masyarakat.
  6. Memodenkan kemudahan dan peralatan kerja.
  7. Meningkatkan program pembangunan tenaga manusia.
  8. Meningkatkan pengurusan lot kosong / kawasan lapang.
  9. Memelihara alam sekitar agar bersih, selamat dan nyaman.
  10. Membentuk masyarakat cintakan alam sekitar yang bersih dan selamat.

VISI

MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DENGAN KOS YANG EFEKTIF DAN BERKESAN BAGI MEWUJUDKAN SUASANA SIHAT, SELAMAT, SELESA DAN SEJAHTERA

MISI

MENINGKATKAN MUTU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DENGAN PENDEKATAN MESRA RAKYAT DISAMPING PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA KE ARAH SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG BERKESAN

 

FUNGSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

UNIT PENGURUSAN/ KAWAL SELIA SISA PEPEJAL

1. FUNGSI UNIT KAWAL SELIA

  1. Memantau kerja-kerja pemungutan sampah dan pembersihan awam yang dilakuan oleh  Syarikat E-Idaman Sdn Bhd.
  2. Memantau kerja-kerja pemotongan rumput  yang dibuat oleh  Syarikat  E-Idaman Sdn Bhd disekitar kawasan seliaan Majlis.
  3. Memantau kerja-kerja pembersihan parit / longkang  yang dibuat oleh Syarikat 

           E-Idaman Sdn Bhd.                         

  1. Memantau kerja-kerja pembersihan di Pasar-Pasar Malam,PasarPagi dan di tapak-tapak karnival.

 

2.  FUNGSI UNIT SETOR

  1. Menyelenggara dan membekal peralatan kerja hal-hal berkaitan program gotong  

           royong.          

     b) Memasang dan memunggah khemah untuk acara-acara anjuran Majlis dan pihak               

         Kerajaan Negeri.

     c) Memasang dan memunggah khemah yang disewa untuk Majlis kenduri dan 

         sebagainya oleh pihak perseorangan dan swasta.

     d) Membaikpulih dan menyelenggara peralatan kerja.

     e)  Membantu kerja-kerja operasi Majlis serta jabatan luar.

     f) Memasang bendera sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan

        Kedah Darul Aman dan  Sambutan Hari Kemerdekaan.         

     g) Membekal tong  sampah 120Liter dan 240Liter  untuk acara keramaian oleh agensi-

        agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan sekolah-sekolah.

    h) Membantu kerja-kerja pemindahan peralatan pejabat dan pengubahsuaian pejabat.

    i) Membantu kerja-kerja pelupusan peralatan pejabat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

       Majlis,Jabi.

   j) Membantu kerja-kerja pembersihan dalam pejabat.

   k) Mengurus penghantaran minyak diesel ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis,Jabi.

   l) Mengurus dan menyelia pembahagian minyak mesin bush cutter.

  m) Terlibat dengan Bantuan Bencana

 

3. FUNGSI UNIT PELUPUSAN SISA PEPEJAL

  1. Menyelia dan memantau kerja-kerja pelupusan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis, Jabi.
  2. Merekod timbang berat muatan pungutan sampah bagi setiap  lori yang masuk/keluar keTapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis.
  3. Memantau dan menentukan lokasi pembuangan sampah di tapak pelupusan.
  4. Menerima dan merekodkan bayaran pembuangan sampah mengikut trip

( RM10.00 @ satu trip ).

  1. Menyediakan surat kebenaran melupuskan aset-aset jabatan

           kerajaan dan lain-lain agensi.

 

UNIT KAWALAN PERSEKITARAN

4. FUNGSI UNIT SUNGAI / TERUSAN

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai dan  terusan.
  2. Memantau dan membersihkan sampah sarap di tebing  sungai dan  terusan.
  3. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput ditebing sungai dan terusan.
  4. Mengendalikan bot Majlis untuk acara Lumba Perahu / Temasya  Sukan Sungai dan membantu kerja-kerja pembersihan sungai.
  5. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

5. FUNGSI UNIT PEMBERSIHAN TEMPAT AWAM

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di hentian-hentian bas dan Terminal Bas Shahab Perdana.
  2. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi pusat-pusat pelancongan.
  3. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di pusat-pusat rekreasi.
  4. 4.Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

6. FUNGSI UNIT GERAK CEPAT / LOT KOSONG

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di  kawasan  lot-lot kosong secara berkala.
  2. Memantau dan menjalankan kerja pembersihan kolam  tadahan di kawasan taman perumahan secara berkala.
  3. Menjalankan siasatan dalam menangani aduan  lot kosong yang  terbiar dan menyebabkan kacau ganggu.
  4. Terlibat dengan program gotong royong anjuran Majlis  dan agensi- agensi luar.
  5. Terlibat dengan Bantuan Bencana

 

UNIT FASILITI SANITARI                                                                    

7. FUNGSI UNIT TANDAS AWAM

  1. Memantau kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan  oleh operator tandas awam  milik Majlis.
  2. Memantau kerja-kerja pembersihan bilik air pejabat Majlis oleh operator yang dilantik oleh Majlis.
  3. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kutipan di  Tandas Awam Terminal Bas Shahab.
  4. Menerima kutipan sewaan tandas awam dari operator- operator tandas awam milik Majlis.
  5. Menyediakan perkhidmatan sewaan tandas bergerak bagi acara-acara majlis anjuran kerajaan / swasta serta karnival.
  6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kutipan Tandas  Awam Pasar Telok Wan Jah.
  7. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

8. FUNGSI UNIT PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN BANGUNAN MAJLIS

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan  bangunan-bangunan milik Majlis.
  2. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan   kompleks-kompleks perniagaan milik Majlis.
  3. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

9. FUNGSI UNIT PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN PEJABAT MAJLIS

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan didalam dan luar kawasan bangunan pejabatMajlis.
  2. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

Fungsi Bahagian Pelesenan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan kerja-kerja berkaitan sosial kemasyarakatan dan menjana hasil kepada Majlis. Di antara kerja-kerja sosial adalah seperti mengawal kacau ganggu, pencemaran, haiwan merayau disamping kesihatan sosial seperti kawalan wabak dan juga kawalan mutu makanan. Kutipan hasil kepada Majlis adalah melalui kutipan hasil daripada Lesen Tred, Iklan, Sewa Pasar dan lain-lain.

  1. Merancang segala aspek mengenai perlesenan premis tred dan perindustrian dan kawalan kualiti makanan
  2. Pemeliharaan taraf kebersihan dan taraf kesihatan ruang / tempat perniagaan
  3. Menentukan semua perniagaan mempunyai lesen premis
  4. Menyelaras aktiviti kawalan kualiti makanan dan pencemaran alam sekitar
  5. Menguruskan kualiti perkhidmatan bahagian
  6. Mengawal serta mengambil tindakan terhadap premis / peniaga tanpa lesen
  7. Memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan di tempat yang diluluskan
  8. Memperluaskan skop perlesenan bagi meningkatkan pulangan hasil

Bahagian Kesihatan Persekitaran bertanggungjawab terhadap pengurusan aktiviti kutipan hasil pelbagai jenis lesen seperti berikut:

  • Lesen Tred
  • Lesen Pasar / Sewa
  • Lesen Iklan / Kebenaran Sepanduk / Paparan Iklan

Antara bidang tugas lain yang bukan bentuk hasil adalah dari segi keselamatan sosial, kesihatan dan ketenteraman awam khasnya yang berada dibawah kawalan kawasan perkhidmatan Majlis seperti:

  • Menubuhkan ‘Unit Vektor’ untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh nyamuk
  • Kawalan mutu makanan untuk memastikan kualiti makanan yang dipasarkan untuk orang ramai adalah selamat
  • Haiwan merayau adalah antara tugasan yang akan melibatkan pegawai penguatkuasa dan pekerja am bagi tujuan menagkap haiwan yang merayau yang boleh menyebabkan kacauganggu kepada orang awam
  • Menghapuskan kacauganggu dan halangan lain yang boleh mnyebabkan gangguan bising, pencemaran dll. 

Kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam pasaran

1. ASPEK BAHAYA KESIHATAN

  • Kandungan mikrobiologi
  • Pencemaran industri dan alam sekitar
  • Residu racun perosak
  • Aditif makanan
  • Bahan asing
  • Residu dadah

2. ASPEK PENIPUAN

  • Mutu makanan
  • Label bungkusan makanan
  • Iklan makanan
  • Akuan

 

Panduan Membeli Makanan Bekaleng

1. SEBELUM MEMBELI
Elak dari membeli makanan-makanan yang berkeadaan seperti:

  • Kemek yang teruk
  • Karat atau kakisan yang meluas
  • Bonjol atau menggelembung
  • Bocor atau berlubang
  • Tanda atau tompok hitam

2. SEBELUM MEMAKAN
Elak dari memakan makanan-makanan yang berkeadaan seperti :

  • KELIHATAN berbuih, pekat, berkulat atau berdadih
  • BERBAU busuk dan masam
  • RASA tangik, pahit dan berlainan dari biasa

 

Apakah hak anda sebagai pengguna?

  • Pastikan makanan yang anda beli berkualiti, bersih dan bermutu.
  • Pastikan makanan berkaleng tidak berkarat, menggelembung atau kemek.
  • Pastikan makanan yang dijual mempunyai tarikh luput.
  • Pastikan botol-botol minuman keras atau tin-tin/botol-botol minyak masak tidak diguna semula untuk mengisi makanan.
  • Elakkan dari membeli makanan yang mana pembalut atau bungkusannya telah pecah ataupun terbuka.

 

Tindakan anda sebagai pengguna
Sekiranya anda ingin membuat aduan, sila nyatakan butiran berikut :

  • Nama Pengadu
  • Alamat
  • Jenis Makanan
  • Tempat Dibeli
  • Resit Pembelian
  • Tarikh Pembelian
  • Masa Pembelian
  • Saksi (jika ada)

 

Fungsi Bahagian Perlesenan
Bahagian Perlesenan dipertanggungjawab dalam hal perlesenan dan kawalan perniagaan berkaitan dengan makanan didalam kawasan pentadbiran MBAS. Bahagian ini mengeluarkan serta mengendalikan lesen-lesen seperti Lesen Penjaja, Lesen Kedai Kopi / Makanan, Lesen Gerai, Lesen Rumah Tumpangan, Lesen Kantin, Lesen Establisymen Makanan, Lesen Kedai Runcit serta mengendalikan kutipan sewa bagi Harta-harta Majlis (Bangunan, Gerai dan Petak Penjaja).

  1. Keputusan untuk lesen penjaja akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  2. Keputusan permohonan lesen perniagaan makanan akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  3. Keputusan permohonan sewaan ruangniaga akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi segala kemudahan/perkhidmatan yang berkaitan dengan perlesenan dari segi mendapatkan lesen baru, memperbaharui lesen, pindahmilik lesen, penyewaan ruangniaga dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan perniagaan yang boleh dilesenkan dibawah Undang-Undang MBAS.

 

Komponen Bahagian

Terdapat ( 2 ) unit utama dalam menyokong fungsi bahagian ini:

  1. Unit Establisymen Makanan
  2. Unit Perniagaan Kecil.

 

Unit Establisymen Makanan

Unit Kedai Makanan

  • Memproses permohonan lesen kedai makanan dan minuman.
  • Memproses permohonan ubah milik lesen Kedai Kopi/Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kedai Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Rumah Tumpangan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Rumah Tumpangan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kedai Makanan dan Rumah Tumpangan.

Unit Kilang Makanan

  • Memproses permohonan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Kilang Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Kantin.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen kantin.
  • Memproses permohonan lesen Kedai Runcit.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kilang Makanan, lesen Kantin dan lesen Kedai Runcit.

Unit Perniagaan Kecil

Unit penjaja

    • Memproses permohonan lesen-lesen penjaja.
    • Memproses permbaharuan lesen-lesen penjaja.
    • Memproses permohonan ubahmilik lesen-lesen penjaja.
    • Pemeriksaan dan kawalan penjaja.
    • Memproses permohonan lesen penjaja sementara Musim Perayaan.
    • Memproses permohonan menyewa pusat-pusat menjaja.
    • Memeriksa dan mengawal pusat-pusat menjaja.
    • Memeriksa aduan-aduan berkaitan dengan penjaja

Unit Gerai/ruangniaga

    • Memproses permohonan lesen gerai makanan.
    • Memproses permohonan ubahmilik gerai makanan.
    • Memproses permohonan pembaharuan lesen Gerai Makanan.
    • Memproses permohonan menyewa ruangniaga.
    • Memeriksa dan mengawal ruangniaga.
    • Memeriksa aduan-aduan berkaitan dengan lesen gerai makanan dan ruangniaga Majlis

 

Jenis-jenis Lesen Yang Dikeluarkan

SEMUA JENIS PERNIAGAAN MAKANAN PERLU MEMPUNYAI LESEN
MBAS bertanggungjawab untuk mengawal semua aktiviti yang dijalankan di kawasan pentadbirannya. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukkan kuasa kepada MPKS menggubal undang-undang kecil pelesenan dan menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut dalam kawasannya.

Lesen Penjaja

  • Kereta Tolak
  • Roda Tiga
  • Basikal
  • Motosikal
  • Statik
  • Van

 

Lesen Gerai Makanan

Lesen Establisymen Makanan

  • Kedai Kopi
  • Kedai Makanan
  • Kedai Kek / Roti
  • Kilang-kilang makanan
  • Kantin-kantin
  • Gudang makanan

Lesen Penjaja Sementara

  • Pada musim-musim perayaan

Lesen

  • Beca
  • Roda Tiga Dagangan

 

Lesen Rumah Tumpangan

Cara Mendapatkan Lesen

  • Dapat dan isikan borang permohonan lesen dengan lengkap
  • Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Hantarkan/Serahkan permohonan
  • Dapatkan akuan penerimaan dan nombor pendaftaran
  • Tunggu temuduga/pemeriksaan tempat perniagaan
  • Tunggu keputusan
  • Lulus
  • Tunaikan syarat-syarat
  • Sediakan gambar dan bayaran lesen
  • Dapatkan lesen yang sah untuk mula berniaga

 

Tujuan Melesenkan Perniagaan

  • Untuk maklumat rekod bagi mengawal dan merancang pembangunan perniagaan di kawasan pentadbiran MBAS.
  • Mengawal mutu kesihatan awam.
  • Memastikan mutu dan keselamatan barang atau makanan yang diniagakan terjamin.
  • Mengawal daripada kacauganggu dan pencemaran alam sekitar.
  • Memastikan tapak perniagaan selamat dan sesuai dari segi kesihatan dan persekitaran.

 

Perniagaan Tanpa Lesen Satu KESALAHAN

Di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 menjalankan perusahaan tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan berikut :

  • Kompaun tidak lebih dari RM 500.00
  • Merampas barang-barang perniagaan.
  • Mendakwa peniaga di mahkamah.

 

Mempunyai Lesen Tidak Semestinya Terlepas Dari Tindakan

Anda dikehendaki mematuhi segala undang-undang berkaitan yang lain. Contoh kesalahan yang boleh didenda seperti :

  • Tidak menjaga kebersihan diri, makanan premis.
  • Tidak memakai tutup kepala dan apron.
  • Membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

 

Tapak Pembuangan Sampah MBAS

Sampah Perindustrian Pemilik industri hendaklah membuang sampahnya sendiri (jika sampah biasa) di tapak pembuangan sampah MBAS. Sekiranya bahan buangan ini mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tapak pelupusan/pembuangan sampah MBAS seluas 40 ekar terletak di Jabi iaitu 17 km dari Alor Setar. Pihak kami mengamalkan sistem ‘sanitary landfill’ untuk memberi keselesaaan dan kesejahteraan kepada orang ramai.
MBAS menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana sektor swasta untuk membuang melupuskan sampah sama ada menggunakan perkhidmatan lori yang disediakan oleh MBAS ataupun menggunakan lori sendiri. Untuk memohon perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengisi borang yang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan Perbandaran di Ibu Pejabat MBAS.

 

Larangan Membuang Sampah

Setiap pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya :

  • Membuang sampah merata-rata
  • Melonggokkan sampah di bahu jalan, tanah lapang atau di perkarangan bangunan
  • Membakar sampah di tempat-tempat awam

 

  • BAHAGIAN INSPEKTORAT KESIHATAN PERSEKITARAN 

    OBJEKTIF

    Merancang dan melaksanakan operasi penguatkuasaan undang-undang persekitaran sekurang-kurangnya 12 kali sebulan

    FUNGSI

    PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN PERSEKITARAN

    i) Merancang dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan          persekitaran.
    ii) Menyediakan dokumentasi untuk pendakwaan di mahkamah.
    iii)Merekod dan menyimpan bahan-bahan kes dengan selamat.
    iv)Menjalankan kerja-kerja pendakwaan di mahkamah.
    v) Memberi latihan dan khidmat nasihat berkenaan undang-undang kesihatan persekitaran kepada    kakitangan.
    vi)Mengumpul , mengemaskini dan menilai data dan maklumat untuk penambahbaikan.
    vii)Koordinasi operasi bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.
     

    PELAN BANGUNAN

    i)Membuat ulasan bagi pelan kebenaran  merancang dan kebenaran merancang sementara.
    ii)Membuat ulasan kehendak sanitari bagi pelan bangunan.
    iii)Menjalankan pemeriksaan tapak bagi sokongan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO/CCC)
    iv)Mengumpul dan mengemaskini rekod.

     

    KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN

    i)Merancang, melaksana dan menilai aktiviti persampelan makanan ke atas pencemaran:
    a) Kimia
    b) Fizikal
    c) Biologikal
    d) Antibiotik
    e) Pestisid

    ii)  Menjalankan operasi sitaan makanan yang melanggar akta dan peraturan makanan.
    iii) Menjalankan aktiviti “Food Alert” dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.
    iv) Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dalam aktiviti pemantauan sekolah latihan pengendali   makanan.
    v)  Merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengambilan contoh air minuman dari stesen –      stesen percontohan bagi mematuhi Program Kualiti Air minuman Kebangsaan.
    vi) Menyediakan reten bulanan, suku tahun dan tahunan kepada Jabatan Kesihatan Negeri.
     

    KACAUGANGGU & KAWALAN PENCEMARAN

    i) Pemeriksaan dan laporan serta tindakan ( notis, kompaun, tindakan mahkamah) ke atas           kacauganggu pencemaran udara, debu dan habuk dari premis perniagaan, perindustrian ,    perdagangan tapak binaan dan kawasan perumahan.

    ii) Pemeriksaan dan laporan ke atas kacauganggu astetik seperti bangunan using, terbakar, kotor
    dan bangunan yang ditumbuhi dengantumbuhan menjalar.

    iii) Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua aduan-aduan yang berkaitan dengan          kacauganggu  kepada persekitaran (semak samun, ayam , lembu, khinzir dan lain-lain).

    iv) Mengambil tindakan ke atas perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang beroperasi tanpa kebenaran bertulis dari pihak Majlis.

    v)Pemeriksaan dan laporan ke atas pencemaran air saliran dan parit awam yang melibatkan bahan buangan aktiviti perniagaan, perindustrian dan perdagangan.

    vi)Memantau kualiti efluen dari sistem rawatan kumbahan.
     

    KEKALKAN KEBERSIHAN KE ARAH KEINDAHAN PERSEKITARAN

Kebersihan asas kesihatan. Oleh itu kekalkan kebersihan Bandaraya Alor Setar. Hindarkan dari tabiat membuang sampah merata-rata. Sikap mengotorkan alam sekitar akan hanya mencemarnya dan bakal menimbulkan penyakit. Bantulah diri anda dengan membantu MBAS. Amalkan kebersihan ke arah kehidupan yang selesa dan sejahtera!

Jabatan Perancangan Korporat Dan kemasyarakatan

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti sepanjang masa kepada semua pelanggan dengan memastikan semua aduan dilayani dengan mesra dan saksama serta merealisasikan perlaksanaan Sistem Aduan Berkomputer seiring pembangunan IT.
  • Memastikan dasar MBAS difahami pelanggan, memelihara hubungan baik dengan masyarakat dan menanamkan semangat kerja berpasukan.
  • Membantu kearah pembangunan yang seimbang dalam aspek sosial, rohani, ekonomi dan pembangunan fizikal serta mesra alam sekitar selaras dengan taraf Bandaraya.
  • Membantu dalam mencapai pembangunan sukan, rekreasi, kebudayaan dan pelancongan dan seterusnya menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai pusat tarikan pelancong bagi aktiviti sukan, kebudayaan dan rekreasi.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan masyarakat dengan menitikberatkan pembangunan seimbang di dalam aspek sosial.
     

Misi & Visi

Misi
Memberi perkhidmatan yang cemerlang dari segi perancangan, kualiti, inovatif, penggerak media dan perkhidmatan pelanggan selaras dengan Pelan Strategik MBAS

Visi
“ Memacu Kecemerlangan Dalam Mencapai Taraf Perkhidmatan Yang Berkualiti Untuk Warga Bandaraya Alor Setar Selaras Dengan Visi MBAS”
 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan aduan awam yang diterima akan disalurkan kepada Jabatan/Bahagian berkaitan dalam tempoh 1 hari
  2. Maklumbalas jawapan di Jabatan/Bahagian berkaitan diterima dalam tempoh 5 hari bekerja,

FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI KOPRAT

  1. Mengurus dan pengawalan hal ehwal Pelan Perancangan Strategik, Dasar Korporat dan Penarafan Bintang Star Rating (SSR)
  2. Menyelia Dasar Koprat dan hal ehwal percetakan/penerbitan Majlis.
  3. Menguruskan hal ehwal hubungan antarabangsa (International Nettworking), program hubungan ‘ Twin Cities’ (konsep bandaraya berkembar dan sebarang program korporat serta Pengurusan Aduan Awam.
  4. Mengurus dan mengawal selia pelaksanaan implimentasi MS ISO 9001:2015, ISO/IEC 27000:2013 dan lain – lain standard kualiti.
  5. Mengawal selia Program Kualiti, Dasar Kualiti dan Pelan Integriti.
  6. Menyelaras komunikasi korporat MBAS dan media.
  7. Menyelaras dan mengawal segala aduan – aduan yang diadukan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar.

DASAR KUALITI

Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat telah mewujudkan dasar kualiti selaras dengan dasar kualiti Majlis Bandaraya Alor Setar.

“ Kami wargakerja Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat beriltizam memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti dan Perancangan Strategik serta pelaksanaan dasar dan peraturan Majlis, serta bersikap professional melalui penerapan budaya kerja berkualiti secara berterusan untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi kepada warga Bandaraya selaras dengan Pelan Tindakan 5 Tahun Kualiti

Komponen Jabatan
Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pelancongan, Sukan & Komuniti
  • Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat 
  • Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Pembangunan Komuniti & Perhubungan Awam

Peranan utama MBAS adalah untuk memberi perkhidmatan yang menyeluruh dan terbaik kepada seluruh warga Alor Setar. Peranan ini akan bertambah mencabar dengan perluasan kawasan pentadbiran Majlis kepada 950 km persegi. Selain itu, MBAS juga berperanan untuk mencapai negeri maju yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial, pembangunan, ilmu dan keagamaan. Peranan ini mencakupi aktiviti-aktiviti yang berteraskan khidmat kemasyarakatan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya.

 

Fungsi Bahagian Sukan & Kebudayaan

Peranan utama bahagian ini mencakupi aktiviti-aktivi yang dapat membantu meningkatkan sektor sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya.

Bahagian Undang-undang

Bahagian Undang-Undang MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS Jalan Kolam Air 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7349293
Fax : 604-7320622
E-Mel : perundangan@mbas.gov.my

Pengenalan

Bahagian Undang-Undang  diwujudkan dengan fungsi utamanya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang diperuntukkan kepada Majlis disamping menggubal undang-undang dan peraturan baru mengikut keperluan semasa.

Berikut adalah unit-unit di bawah Bahagian Undang-Undang:-

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Sivil dan Pendakwaan
  3. Unit Penggubalan

Visi

  1. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami dan mematuhi undang-undang Majlis.
  2. Memastikan tindakan undang-undang diambil dengan tegas dan adil.

Misi

  1. Mengkaji dan menggubal undang-undang mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.
  2. Memberi khidmat nasihat berkaitan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Majlis kepada kakitangan supaya dapat menjalankan tugas penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

    Pengenalan

    Bahagian Undang-Undang telah diwujudkan dengan fungsi utamanya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang diperuntukkan kepada Majlis disamping menggubal undang-undang dan peraturan baru mengikut keperluan semasa.

    Berikut adalah unit-unit di bawah Bahagian Undang-Undang:-

  3. Unit Pentadbiran
  4. Unit Sivil dan Pendakwaan
  5. Unit Penggubalan
  6. Visi

  7. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami dan mematuhi undang-undang Majlis.
  8. Memastikan tindakan undang-undang diambil dengan tegas dan adil.
  9. Misi

  10. Mengkaji dan menggubal undang-undang mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.
  11. Memberi khidmat nasihat berkaitan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Majlis kepada kakitangan supaya dapat menjalankan tugas penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

 

Objektif Bahagian

  1. Memberi khidmat nasihat kepada Majlis berkaitan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai.
  2. Menyemak, mengkaji dan meminda undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis.
  3. Menggubal undang-undang kecil yang baru untuk digunapakai oleh Majlis.
  4. Menyediakan dokumen perjanjian yang dibuat antara Majlis dan pihak berkenaan.
  5. Mengambil tindakan pendakwaan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang Majlis.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan kertas siasatan disemak dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penerimaan daripada Jabatan / Bahagian berkaitan.
  2. Memastikan dokumen perjanjian disediakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan lengkap dari tarikh Jabatan / Bahagian berkaitan.
  3. Memastikan pendakwaan dijalankan dalam tempoh 2 bulan dari selepas kes didaftarkan di Mahkamah.
  4. Memastikan draf undang-undang kecil siap dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan maklumat lengkap dari Jabatan / Bahagian berkaitan.
  5. Bertanggungjawab untuk menyedia dan mengkaji perjanjian yang melibatkan Majlis.
  6. Bertanggungjawab untuk menyelaras kursus-kursus perundangan bagi anggota-anggota penguatkuasa Majlis.

Fungsi Bahagian

  1. Bertindak sebagai penasihat kepada Majlis dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan undang-undang.
  2. Bertanggungjawab ke atas urusan-urusan mengenai penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
  3. Bertanggungjawab dalam hal pendakwaan dan urusan mahkamah serta kes-kes bersangkutan dengan Majlis.
  4. Bertanggungjawab dalam perkara seperti denda dan kompaun terhadap pesalah yang melanggari undang-undang dan peraturan Majlis.
  5. Bertindakan menggubal, ubahsuai dan meminda undang-undang kecil yang bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan semasa untuk digunapakai oleh Majlis.

Fungsi Unit Pentadbiran

  1.      Mentadbir Bahagian Undang-Undang.
  2.      Menyediakan kertas kerja.
  3.      Menyediakan laporan bulanan.
  4.      Menyediakan minit mesyuarat.
  5.      Menyedia dan menyelenggara belanjawan bahagian.
  6.      Menyimpan dan merekod undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

Fungsi Unit Sivil dan Pendakwaan

  1.     Menyemak aduan/fail yang dikemukakan untuk tindakan mahkamah.
  2.     Menyediakan kertas saman dan pertuduhan untuk didaftarkan di mahkamah.
  3.     Membawa kes-kes ke Mahkamah.
  4.     Menyiapkan laporan kes mahkamah.
  5.     Mewakili Majlis dalam perbicaraan jika Majlis disaman.
  6.     Merekod saman/waran tangkap/surat berkaitan dengan fail kes mahkamah.

Fungsi Unit Penggubalan

  1.     Menyemak, mengkaji, merangka, mengubahsuai dan menggubal  perundangan Majlis.
  2.      Menyemak draf perjanjian yang disediakan oleh pihak swasta/peguam.
  3.      Merangka draf perjanjian untuk Majlis.
  4.      Menyelaras kursus, latihan dan taklimat berkaitan perundangan.

 

Akta

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
  3. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  5. Akta Keterangan 1950
  6. Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
  7. Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
  8. Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
  9. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

Akta: Halaman 2 dari 4

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Akta: Halaman 3 dari 4

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia, dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Akta: Halaman 4 dari 4

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

 

Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Kecil yang digunapakai di MBAS adalah seperti berikut:

  1.       Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2017
          (Tarikh Warta : 6 Julai 2017 – KPU 11)
  2.       Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah) 2016
          (Tarikh Warta : 13 April 2017 – KPU 6)
  3.       Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari (Majlis Bandaraya Alor Setar) 2013
          (Tarikh Warta : 5 Disember 2013 – KPU 9)
  4.       Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kenderaan Persendirian 
          (Majlis Bandaraya Alor Star) 2011
          (Tarikh Warta : 10 Mei 2012 – KPU 6)
  5.       Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing
          (Majlis Bandaraya Alor Star) 2011
          (Tarikh Warta : 18 Ogos 2011 – KPU 30)
  6.       Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Bandaraya Alor Star) 2010
          (Tarikh Warta : 7 Julai 2011 – KPU 28)
  7.       Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan
          Perindustrian (Majlis Bandaraya Alor Star) 2010
          (Tarikh Warta : 31 Mac 2011 – KPU 20)
  8.       Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Bandaraya Alor Star) 2010
          (Tarikh Warta :31 Mac 2011 – KPU 19)
  9.       Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Bandaraya Alor Star) 2010
          (Tarikh Warta :31 Mac 2011 – KPU 13)
  10.        Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (Majlis Bandaraya  Alor Star) 2010
           (Tarikh Warta :3 Mac 2011 – KPU 12)
  11.        Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah  (Pindaan) 2007
           (Tarikh Warta : 25 Oktober 2007 – KPU 10)
  12.        Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1991 (Tarikh Warta : 1       
           November 1992 – KPU 21)
  13.        Undang-Undang Kecil Rumah Urut (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1991 (Tarikh Warta : 9 April
          1992 – KPU 1)
  14.        Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1990 
          (Tarikh Warta: 15 November 1990 – KPU 28)
  15.        Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) Majlis  Perbandaran Kota Setar 1990
           (Tarikh Warta : 11 Oktober 1990 – KPU 15)
  16.        Undang-Undang Kecil  Bangunan (Bayaran-Bayaran) Majlis Perbandaran Kota Setar 1988
           (Tarikh Warta : 16 November 1989 – KPU 21)
  17.         Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1989 (Tarikh Warta : 19 Oktober
           1989 – KPU 20)
  18.        Undang-Undang Kecil Bangunan (Caj Pembersihan Tangki Najis dan Tangki Imhoff) Majlis       
           Perbandaran Kota Setar 1988(Tarikh Warta : 7 September 1989 – KPU 17)
  19.        Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Perbandaran Kota
           Setar) 1989
           (Tarikh Warta : 29 Jun 1989 – KPU 16)
  20.        Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1989
           (Tarikh Warta : 29 Jun 1989 – KPU 15)
  21.        Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Kota Setar1989
           (Tarikh Warta : 29 Jun 1989 – KPU 13)
  22.        Undang-Undang Kecil Bangunan (Kemudahan-Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Bagi
           Pawagam, Panggung-Panggung dan Bangunan BesaR Yang Lain) (Majlis Perbandaran Kota Setar)
          1988 (Tarikh Warta: 29 Jun 1989 – KPU 12)
  23.        Undang-Undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap) Pihak-Pihak
          Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983(Tarikh Warta : 12 April 1984 – KPU 6)
  24.        Undang-Undang Kecil Kolam Renang (Majlis Perbandaran Kota Setar)1983
          (Tarikh Warta : 1 Mac 1984 – KPU 4)
  25.        Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983
          (Tarikh Warta : 1 Mac 1984 – KPU 3)
  26.        Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan
           Negeri Kedah 1983 (Tarikh Warta : 12 Mei 1983 – KPU 5)

       Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Dalam Panggung) Kedah 1978 (Tarikh Warta : 3 Ogos
       (1978 – KPU 19)

Enakmen

Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003 (Enakmen 16) (Disemak 2012) (Tarikh Warta : 26 April 2012)
 

Perintah

  1.     Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Alor Setar) 2016     (Tarikh Warta : 12 Mei 2016 – KPU 5)
  2.     Perintah Kenderaan-Kenderaan Berat (Sekatan Penggunaan Jalan) (Majlis Bandaraya Alor Setar)
        2016 (Tarikh Warta : 6 Julai 2017 – KPU 12)
  3.     Perintah Had Laju (Majlis Perbandaran Kota Setar) 1992 (Tarikh Warta : 1992 – KPU 12 )

Kaedah

1.         Kaedah-Kaedah Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Bandaraya Alor Setar 2013
            (Tarikh Warta : 8 Mei 2014)

2.         Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) Negeri Kedah 1995 (Tarikh Warta : 1995)

3.         Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) Negeri Kedah 1995 (Pindaan) 2015
           (Tarikh Warta : 20 Mei 2015)

4.         Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Kedah 2015 (Tarikh Warta : 27 Ogos 2015)

5.         Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) Negeri Kedah 1995 (Pindaan) 2018
           (Tarikh Warta : 29 Mac 2018)

 

Lembaga Rayuan

  • Ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen (36) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Ditugaskan bagi menyelaraskan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri Kedah dengan persetujuan Menteri telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah.

Fungsi Lembaga Rayuan

  • Bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuashati dengan keputusan pihak berkuasa perancangan tempatan dan seterusnya menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, dimana;
    • Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian diantara Perayu dengan pihak berkuasa perancangan tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana Perayu itu sama ada sebagai pembantahan, permohonan, pemilik atau pengguna merasa terkilan.
    • Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Jenis-Jenis Rayuan

  1. Notis Permintaan
    • Jika Tuanpunya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti:-
      • Minta supaya dihentikan penggunaan itu.
      • Mengenakan apa-apa syarat-syarat bagi penggunaan tanah itu yang bertujuan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu atau
      • Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.
         
  2. Rayuan oleh Pemohon terhadap keputusan Majlis. (Seksyen 23(1)(a) dan (b))
    • Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
    • Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut seksyen 21(6).
       
  3. Amaun Pampasan (Seksyen 25(9))
    • Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan melulus pelan bangunan.
       
  4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan (Seksyen 30(7))
    • Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan Pihak Berkuasa Tempatan.
       
  5. Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)
    • Jika seseorang itu terkilan dengan suatu Perintah Pemeliharaan Pokok.
    • Mana-mana peruntukan dalam surat perintah pemeliharaan pokok.
    • Penolakan pemberian kebenaran secara bertulis.
    • Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan 35A(2)(a).
    • Surat perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b).
       
  6. Pampasan Di Bawah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D)
    • Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang diawardkan, membuktikan bahawa dia mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, akibat daripada mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35(c).
       
  7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)
    • Bilamana orang yang didapati bersalah di bawah subseksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Perintah Pemeliharaan Pokok yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam sesuatu pokok yang lain.
Jabatan Kawalan Bangunan

Jabatan Bangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Piagam Pelanggan

  • Kelulusan pelan bangunan akan diberikan dalam tempoh 12 minggu.
  • Kelulusan pelan jalan & parit, pembentungan, kerja tanah akan diberikan dalam tempoh 9 minggu.
  • Pengeluaran ‘Sijil Layak Menduduki Bangunan’ ( CFO ) akan dibuat dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen lengkap dikemukakan.
  • Kelulusan pelan kerja-kerja pembaikan, pindaan atau tambahan bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen dan pelan yang dikemukakan lengkap dan seterusnya tidak dirujuk kepada Jabatan Teknikal.

 

Komponen Jabatan
Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Bangunan Baru Dan Penguatkuasaan
  • Bahagian Arkitek Dan Kawalan Bangunan
  • Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Bangunan Baru

  1. Memeriksa dan memproses untuk kelulusan semua pelan bangunan yang dipermasukkan oleh pemaju bagi memastikan kehendak dan keperluan Undang-undang yang berkaitan.
  2. Memeriksa dan memproses pelan jalan dan parit dengan kerjasama Jabatan Teknikal seperti JKR dan JPS untuk memastikan keperluan teknikal dipatuhi.
  3. Memeriksa dan memproses pelan bagi sistem sanitary najis dan peralatan kebersihan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  4. Memeriksa tapak pembinaan dan kemajuan kerja pembinaan untuk dipastikan pembinaan yang dijalankan mengikut syarat-syarat kejuruteraan yang telah diluluskan.
  5. Memeriksa bangunan, sistem jaringan jalan dan parit dan yang berkaitan dengan infrastruktur bagi tujuan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan.
  6. Memberi bantuan nasihat secara teknikal, kepada pemaju berkaitan dengan pembinaan bangunan, jalan/parit dan pembetungan najis sejajar dengan berbagai keperluan/dasar/polisi majlis.
  7. Merancang, memanggil, tawaran, menyelaras, menyelia dan menyelenggara projek-projek khas yang dijalankan oleh Majlis.
  8. Mengawasi kerja-kerja tambun tanah dengan kerjasama Bahagian Undang-undang Majlis, selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerja Tambun Tanah.

 

Fungsi Bahagian Kawalan Bangunan

  1. Menguatkuasa Undang-Undang/Akta Bangunan.
  2. Memeriksa serta memproses semua permohonan untuk tambahan dan pindaan bangunan.
  3. Memeriksa dan memproses permohonan untuk membina bangunan sementara, bangsal wayang dan lain-lain.
  4. Mengawal binaan dan tambahan tanpa kebenaran.
  5. Memeriksa dan membuat laporan bersabit dengan aduan tentang binaan yang dibina tanpa kebenaran.
  6. Memproses permohonan bagi bekalan air dan elektrik.
  7. Memberi nasihat mengenai kesesuaian ke atas premis-premis bagi mengeluarkan lesen untuk snooker, video games dan pusat-pusat hiburan lainnya.
  8. Memberi pandangan dan nasihat mengenai kesesuaian ke atas premis-premis sebelum dikeluarkan lesen oleh Bahagian Perlesenan dan Penjaja MPKS.
  9. Mengambil tindakan kompaun yang berkaitan dengan binaan.

 

Fungsi Bahagian Arkitek

  1. Merancang dan merekabentuk bangunan projek-projek Majlis dan pengawasan kerja-kerja binaan.
  2. Menyediakan lukisan kerja dan memberi cadangan dalam permohonan kelulusan pelan untuk mendirikan bangunan iaitu meliputi bangunan baru dan bangunan lama.
  3. Menyelia dan mengawasi projek-projek usahasama MPKS dengan lain-lain agensi.
  4. Penyediaan sebutharga/tender bagi menjalankan projek – projek Majlis.
Bahagian OSC

BAHAGIAN OSC

PROFIL :

  • Dibawah pakej strategi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
  • Pakej Meransang Ekonomi, kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara dalam era yang bersaing.
  • Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, supaya diwujudkan Pusat Setempat pada dua peringkat iaitu Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan menduduki sepertimana yang disarankan di bawah Langkah 70(a) dalam Pakej Meransang Ekonomi.
  • Bagi memastikan pelaksanaan dan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif, mesyuarat MNKT Ke-56 telah bersetuju untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat sedia ada kepada memproses permohonan Kebenaran Merancang, permohonan pelan bangunan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah

KRONOLOGI :

MAC 2004
Pusat Setempat di bawah tanggungjawab MBAS ditubuhkan. OSC berfungsi sebagai penyelaras pelan-pelan pembangunan yang sedia ada di MBAS merangkumi permohonan pelan bangunan dan CFO.

JUN 2006 
Di bawah peruntukan KPKT, OSC MBAS diperkukuhkan dengan dua kakitangan lantikan kontrak (seorang pembantu teknik awam dan seorang kerani).

12 APRIL 2007 
YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan penubuhan OSC secara rasmi di seluruh Semenanjung Malaysia.

16 MEI 2007 
OSC di MBAS mula beroperasi secara rasmi dengan kemasukan lebih ramai pegawai terdiri dari seorang Pegawai Perancang Bandar (J44), seorang Pembantu Teknik Seni Bina(J29), dua orang juruteknik (J17) dan Pembantu Am (N1) dengan peluasan fungsi OSC untuk menguruskan permohonan pembangunan secara serentak.

21 JUN 2007 
Mesyuarat pertama jawatankuasa OSC di MBAS.

16 JULAI 2007 
KPKT telah menempatkan kesemua pegawai yang dilantik dibawah Jabatan Kerajaan Tempatan di PBT-PBT yang berkenaan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan OSC di PBT dengan lebih berkesan. Kemasukan dua pegawai OSC terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar (J41) dan Pembantu Teknik Awam (J29).

FUNGSI :

  1. Berfungsi untuk menerima permohonan seterusnya menyelaras dan memantau proses kelulusan permohonan pembangunan tanah secara serentak.
  2. permohonan pembangunan tanah secara serentak bermaksud mengemukakan permohonan ubah syarat dan pecah sempadan bersekali permohonan kebenaran merancang juga permohonan pelan bangunan .
  3. Bertindak untuk memastikan kelulusan pemajuan tanah diperolehi dalam masa yang ditetapkan iaitu antara 4 hingga 6 bulan.
  4. Secara perincian, skop perkhidmatan Bahagian OSC adalah :
  • Menerima cadangan pembangunan ;
  • Meneliti cadangan pemajuan memenuhi syarat-syarat ditetapkan ;
  • Mengedar cadangan pemajuan kepada agensi teknikal ;
  • Memantau edaran permohonan dan mendapat maklum balas daripada agensi teknikal ;
  • Menerima kertas perakuan terhadap cadangan pemajuan dan pelan pra perhitungan ;
  • Menjadi urusetia mesyuarat setiap 2 kali sebulan ;
  • Memaklum kepada j/kuasa OSC berkaitan cadangan pemajuan yang diterima ;
  • Mengedar perakuan j/kuasa OSC kepada pentadbir tanah ;
  • Menyedia kertas perakuan kelulusan untuk dibawa ke Majlis Penuh PBT ;
  • Menyedia dan memaklumkan keputusan permohonan kepada pemaju ; dan
  • Menyedia maklum balas kepada KPKT berkaitan progres kerja.

 

PEMAKAIAN MANUAL PEMOHON BAGI PELAKSANAAN OSC 3.0

 

Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-57 yang bersidang pada 4 MAc 2014 telah bersetuju untuk menguatkuasakan pemakaian OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OSC 3.0, agensi teknikal dalaman, luaran dan pemohon akan dibekalkan dengan manual pelaksanaan sebagai rujukan dan panduan melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing. Penyediaan kedua-dua manual ini adalah selaras Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman Dan Luaran yang telah diperkenalkan mulai tahun 2009.

Sila klik untuk maklumat lanjut

Bahagian Audit Dalam

BAHAGIAN AUDIT DALAM

Tel       :604-7304887

Fax      :604-7334377

E-mail : audit@mbas.gov.my

Alamat : Ting. 4-7 Bangunan UTC, MBAS, Jalan Kolam Air 05675, Alor Setar, Kedah Darul Aman

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dengan efisien, efektif dan sistematik mengikut arahan kerja yang ditetapkan.
  • Membantu pihak pengurusan Majlis mengawasi dasar dan system perakaunan , kawalan dalaman, laporan kewangan dan etika kerja dipatuhi.
  • Membantu Majlis mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  • Menentukan sumber-sumber kewangan majlis diuruskan dengan seberapa cekap dan efektif.

 

FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Di samping itu, Bahagian Audit Dalam juga berperanan membantu Majlis mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Berikut adalah fungsi-fungsi utama Bahagian Audit Dalam:

  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  3. Mengkaji aktiviti organisasi supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewenggan.
  5. Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  6. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam.

Bahagian Bekalan Dan Kontrak

Bahagian Bekalan & Kontrak telah ditubuhkan dan berkuatkuasa pada 15 Mac 2009.

Bahagian Bekalan & Kontrak asalnya daripada Bahagian Ukur Bahan di bawah Jabatan Kejuruteraan. Bahagian Ukur Bahan telah diwujudkan pada 2 Februari 2001 dengan seorang Jurukur Bahan yang dilantik secara tetap.

Pengambilan kakitangan sokongan hanya bermula pada 1 Januari 2002 dengan pengambilan seorang Penolong Jurukur Bahan Gred 29 dan 2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 17 bagi membantu Jurukur Bahan menjalankan proses kerja pentadbiran dan teknikal.

Pada 9 Februari 2010, terdapat pertambahan kakitangan di Bahagian Bekalan Bekalan & Kontrak. Seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 22, seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 17 dan seorang Pekerja  Awam Gred R1. Pada 02 Oktober 2011, pertambahan 3 orang kakitangan iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Sehingga kini kakitangan pada tahun 2012 telah berjumlah 9 orang melibatkan seorang pegawai Pengurusan & Profesional dan 8 orang pegawai tetap sokongan dengan pembahagian tugas kepada 3 unit utama iaitu :

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Kontrak
  3. Unit Perolehan & Stor

Namun begitu, untuk memenuhi keperluan tersebut sebanyak 6 jawatan ingin ditambah pada tahun 2013. Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti berikut :

i)       Penolong Jurukur Bahan (J29)                    –           1 orang

ii)      Juruteknik Ukur Bahan (J17)                       –           2 orang

iii)     Penolong Pegawai Tadbir (N27)                  –           1 orang

         v)      Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)(N17)  –           2 orang

 

Bahagian UTC
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Optio, neque qui velit. Magni dolorum quidem ipsam eligendi, totam, facilis laudantium cum accusamus ullam voluptatibus commodi numquam, error, est. Ea, consequatur.
Cawangan Pokok Sena

BAHAGIAN CAWANGAN POKOK SENA

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
(Cawangan Pokok Sena)
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Tel       : 04-7823786
              04-7821840

E-mel  : pokoksena@mbas.gov.my

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan dan layanan yang terbaik serta berikrar bahawa rahsia kerajaan akan terpelihara sepanjang masa. Kami berjanji akan melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berusaha untuk memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan :

Unit Pentadbiran :
1. Semua pelanggan akan dilayan dengan layanan yang mesra dan cepat.

Unit Hasil :
1. Mencetak bil-bil semasa dan tunggakan untuk bayaran
2. Menerima bayaran cukai pintu dan bayaran lesen perniagaan

Unit Penguatkuasaan
1. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang
diperuntukkan kepada MBAS
2. Menggalakkan masyarakat berperaturan dan betertib dalam semua aktiviti
3. Keselamatan harta MBAS diutamakan
4. Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut
peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
5. Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai 

Objektif

  • Membantu melicinkan urusan pentadbiran serta pelaksana program-program MBAS di Daerah Pokok Sena
  • Meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan demi kesejahteraan warga Daerah Pokok Sena
  • Menjadi penggerak untuk mendapatkan hasil yang berpotensi di Daerah Pokok Sena

Misi

  • Menjadi pusat pentadbiran yang unggul bagi menjana hasil dan pembangunan fizikal
    ke arah cawangan yang maju, makmur dan sejahtera.

Visi

  • Menyediakan infrastruktur asas yang lengkap dan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan

Maklamat

  • Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga daerah Pokok Sena dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Fungsi Bahagian

  • Menerima bayaran cukai pintu
  • Memperbaharui lesen perniagaan, MBAS

Antaranya :-

  1. Lesen kedai / premis perniagaan (termasuk iklan)
  2. Lesen kantin sekolah
  3. Lesen rumah tumpangan
  • Menerima aduan awam

Waktu Urusan Pejabat

Waktu Urusan Kaunter Bayaran

(setiap hari bekerja kecuali cuti umum)

 Ahad hingga Rabu (8.00 Pagi hingga 4.00 petang)

 

 

Bahagian Landskap dan Rekreasi

Fungsi Bahagian Lanskap & Rekreasi

1.  Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan:

  • Merancang program pembangunan fizikal landskap jangka pendek/ panjang.
  • Merekabentuk dan melaksanakan aktiviti pembangunan landskap.
  • Mengurus dan menyelenggara komponen landskap lembut dan kejur dengan lebih berkesan.
  • Menggalakkan perkembangan aktiviti landskap yang sihat dan berkekalan.
  • Menghasilkan bahan tanaman bagi menjurangi gantungan kepada sumber bekalan luar.
  • Menguruskan perkhidmatan jualan & sewaan pokok bunga. (Untuk keterangan lanjut, sila lawati menu perkhidmatan jualan & sewaan pokok bunga di mana anda dapat melihat album pokok-pokok yang dijual & untuk disewakan serta jadual harga yang telah ditetapkan oleh pihak MBAS.
Bahagian Teknologi Maklumat

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

VISI 

 

PEMANGKIN KEPADA MERIALISASIKAN VISI MBAS MENERUSI KAEDAH YANG UNIK
DAN INOVASI SESUAI DENGAN PERSEKITARAN MBAS

 

Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat

  1. Bahagian ini membantu mendapatkan maklumat yang terkini dalam usaha mengkomputerisasikan keseluruhan fungsi-fungsi Majlis melalui penggunaan teknologi berasaskan komputer.
  2. Mewujudkan sistem maklumat bersepadu dengan keadaan penyaluran yang berkesan.
  3. Membantu dalam pengwujudan dan pungutan hasil Majlis dan proses-proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan di peringkat negeri .
  4. Bertanggungjawab memastikan supaya Sistem Bersepadu Majlis dapat berjalan dengan lancar dan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera.
  5. Bertanggungjawab memastikan kesahihan data-data di dalam pangkalan data bagi data taksiran, sewaan, perlesenan dan sebagainya.
  6. Mengeluarkan bil-bil masa yang ditetapkan oleh bahagian-bahagian yang terlibat.
  7. Menyediakan laporan-laporan mengikut format-format yang telah ditentukan oleh bahagian-bahagian yang terlibat.
  8. Memberikan khidmat nasihat dan khidmat teknikal kepada kakitangan di semua bahagian di dalam Majlis.
  9. Mengawal dan membekalkan stok bekalan peralatan tulis komputer dan bil di Majlis.
  10. Memasukkan dan mengemaskini data kutipan serta taksiran melalui borang input yang diserahkan oleh bahagian berkenaan.
Skip to content