Apakah itu cukai taksiran?
Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
Siapakah pembayar cukai taksiran?
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.
Bila perlu dibayar?
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
• ½ tahun pertama – 1hb Januari hingga 28hb Februari.
• ½ tahun kedua – 1hb Jul hingga 31hb Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj denda lewat seperti berikut :-
a) RM100 kebawah – denda RM2.00
b) RM101 hingga RM200 – denda RM3.00
c) RM201 hingga RM400 – denda RM4.00
d) RM401 hingga RM600 – denda RM5.00
e) RM601 dan keatas selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian darinya denda RM2.00.
Apakah yang akan terjadi jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :
Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 14 hari daripada tarikh notis.
Bayaran Notis RM3.00 dan denda seperti diatas akan dikenakan seperti di perenggan 4.
*Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas dan Waran ini membolehkan Majlis menyita barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 20% juga akan dikenakan.
Kenapa perlu membayar cukai taksiran?
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.