RINGKASAN MAKLUMAT
PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR

PERKARA PENERANGAN
Kriteria Kelayakan
  • KIR / AIR yang menetap di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (kawasan bandar);
  • Disahkan status kemiskinan dalam sistem eKasih sama ada miskin tegar / miskin / terkeluar (kumpulan B40 sahaja);
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR / AIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah dan satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan;
  • Sebarang kelulusan bagi program ini perlu diperaku oleh Jawatankuasa Perumahan di peringkat Kementerian terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada pihak PBT;
  • Rumah yang didiami mengalami kerosakan teruk yang tidak ekonomik untuk dibaiki atau ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir, ribut atau tanah runtuh;
  • Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah; dan
  • Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR / AIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah / waris sebelum membina rumah di tapak yang dikenal pasti
Jenis Rumah
  • Rumah sesebuah / rumah berkembar/ teres (landed property sahaja)
Permohonan yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan
  • Pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada;
  • KIR / AIR mendiami rumah setinggan;
  • KIR / AIR telah menerima bantuan bina baru / baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana Agensi Kerajaan lain kecuali yang terlibat dengan musibah; dan
  • Permohonan tidak disertakan dokumen sokongan yang lengkap
Jumlah Permohonan
  • Pegawai penyelaras PPKB di PBT dimohon untuk mendapatkan pengesahan daripada Unit Penyelarasan Projek di Jabatan masing-masing sebelum mengemukakan permohonan ke KPKT bagi mengelakkan kos pembinaan yang melebihi kadar bantuan dan jumlah permohonan melebihi keupayaan pelaksanaan oleh Jabatan
Kaedah Permohonan
  • Melengkapkan Borang PPKB 4a mengikut kriteria yang ditetapkan dan disertakan dokumen sokongan seperti berikut :-

a) Salinan Kad Pengenalan KIR / AIR;
b) Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar);
c) Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan);
d) Satu salinan geran / carian rasmi di Pejabat Daerah dan Tanah; dan
e) Borang PPKB 4b sekiranya KIR / AIR tidak memiliki tanah sendiri

  • Mengemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut :-

Majlis Perbandaran Sungai Petani,
Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Aras 4, Jalan Patani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 04 – 429 6774
Faks : 04 – 429 6655

Borang
Skip to content