Piagam Pelanggan Jabatan Khidmat Pengurusan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Memastikan tempahan percetakan dalaman disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  2. Menguruskan edaran surat-surat luaran yang lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  3. Menguruskan tuntutan bayaran perubatan yang lengkap berdasarkan Pekeliling Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bilangan 21/2009 dalam tempoh (3) hari bekerja
  4. Memastikan kakitangan menghadiri kursus / latihan sekurang-kurangnya tujuh (4) hari setahun
  5. Mengeluarkan Surat Pengesahan Perubatan (Guarantee Letter) dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  6. Memaklumkan keputusan temuduga pada calon selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh temuduga
  7. Mengurus, menyedia serta mengemaskini rekod-rekod buku perkhidmatan dari tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh menerima perubahan yang lengkap
  8. Hari Bertemu Pelanggan dalaman diadakan satu (1) kali setahun
Piagam Pelanggan Jabatan Perbendaharaan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERBENDAHARAAN

 

Bahagian Hasil

  1. Memastikan semua hasil kutipan (tunai) di bawah kendalian jabatan dibankkan pada hari yang sama manakala kutipan waktu malam / hari cuti dibankkan pada keesokan hari bekerja dalam tempoh satu (1-2) hari bekerja
  2. Memastikan data-data cukai taksiran dihantar ke vendor yang dilantik untuk proses cetakan dan penghantaran bil cukai taksiran ke pejabat pos tidak lewat pada 15 Januari bagi penggal pertama dan pada 15 Julai bagi penggal kedua setiap tahun
  3. Memastikan Borang E cukai pintu dikeluarkan 2 kali setahun iaitu sebelum bulan April dan Oktober setiap tahun
  4. Memastikan permohonan untuk menggunakan petak letak kereta diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

 

Bahagian Akaun, Perolehan & Stor

  1. Memastikan Penyata Kewangan Tahunan Majlis disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara selewat lewatnya pada 30 April setiap tahun berikutnya
  2. Memastikan dokumen sebut harga/ tender disediakan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap daripada Jabatan/ Bahagian untuk diiklankan
  3. Menyediakan surat setuju terima dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima keputusan muktamad Jawatankuasa Sebut Harga / Tender
  4. Memastikan pengeluaran barang dari stor dalam tempoh 1 hari bekerja setelah menerima borang permohonan yang lengkap (untuk item sedia ada di stor)
  5. Menyediakan Pesanan Tempatan/ Kerajaan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap dan diluluskan diterima

 

Bahagian Pembayaran

  1. Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap di Jabatan Perbendaharaan (tanpa ‘query)’
  2. Menyediakan Bajet Tahunan Majlis dan menyerahkan ke Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman sebelum atau pada 30 November setiap tahun
Piagam Pelanggan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

  1. Penilaian pegangan baru dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang F
  2. Pindaan nilaian tambahan bangunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh lawat siasat
  3. Permohonan pindahmilik yang mematuhi syarat dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  4. Permohonan yang diterima melalui pos atau secara berkelompok dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  5. Pendaftaran aset (dokumen lengkap) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  6. Pemeriksaan aset dalam masa setahun sekali
  7. Merekod permohonan sewaan gerai dalam tempoh lima (5) hari bekerja
  8. Pengeluaran surat tawaran sewa dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja selepas keputusan temuduga
  9. Memproses permohonan tuntutan balik pertaruhan (borang lengkap) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  10. Proses pemfailan jadual petak (permohonan lengkap) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  11. Mengeluarkan sijil pendaftaran badan pengurusan bersama (JMB) (borang lengkap) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
Piagam Pelanggan Jabatan Perancangan Bandar

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR

  1. Menyelaras penyediaan rancangan pemajuan dari semasa ke semasa
  2. Kelulusan kebenaran merancang dalam tempoh lima puluh tujuh (57) hari bekerja
  3. Perlanjutan kelulusan kebenaran merancang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
  4. Kelulusan kebenaran merancang terhad dalam tempoh lima puluh tujuh (57) hari bekerja
  5. Perlanjutan kelulusan kebenaran merancang terhad dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
  6. Khidmat nasihat perancangan (perkhidmatan kaunter) dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  7. Permohonan pembelian pelan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  8. Permohonan ulasan pengesahan gunatanah (zonning) dalam tempoh satu (1) hari bekerja
Piagam Pelanggan Jabatan Kejuruteraan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEJURUTERAAN

  1. Kelulusan permohonan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit dalam tempoh lima puluh tujuh (57) hari bekerja dengan syarat mematuhi Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan, Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan dan garis panduan teknikal yang telah ditetapkan
  2. Kelulusan permohonan pelan lampu jalan untuk pemajuan baru dalam tempoh lima puluh tujuh (57) hari bekerja dengan syarat mematuhi Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan garis panduan teknikal lampu jalan MPSPK
  3. Permohonan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan majlis diuruskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk dihantar ke bengkel panel atau pusat servis
  4. Menguruskan pendaftaran kontraktor dan pembekal dengan MPSPK dalam tempoh satu (1) hari bekerja dengan syarat menyediakan dokumen lengkap dan membuat pembayaran pada hari yang sama
Piagam Pelanggan Jabatan Kesihatan Persekitaran

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN

BAHAGIAN PERLESENAN & IKLAN
1.Permohonan lesen premis perniagaan yang berisiko akan diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
2.Permohonan lesen premis perniagaan yang tidak berisiko akan diluluskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja
3.Permohonan lesen iklan di premis perniagaan akan diluluskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja
4.Permohonan lesen iklan sementara akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
5.Permohonan lesen iklan luar (billboard) akan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
6.Permohonan lesen penjaja bergerak, penjaja statik, pasar malam akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
BAHAGIAN KESIHATAN AM
1.Menjalankan kerja-kerja kawalan haiwan merayau mengikut zon dalam tempoh lima (5) hari bekerja
2.Menjalankan kerja-kerja berkaitan kawalan vektor dalam tempoh lima hari (5) hari bekerja
3.Aduan mengenai masalah keselamatan mutu makanan akan disiasat dan diambil tindakan dalam masa tiga hari (3) hari bekerja
BAHAGIAN INSPEKTORAT
1.

Membuat pemantauan / kawal selia perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam setiap hari kepada Syarikat e-Idaman Sdn. Bhd.

  • Kawasan komersial / pasar (13 lokasi)
    • Kutipan sisa pepejal dilakukan enam (6) kali seminggu
    • Penyapuan dilakukan setiap hari
  • Kawasan perumahan (583 kawasan)
    • Kutipan sisa domestik dilakukan dua (2) kali seminggu
    • Kutipan sisal pukal / kebun dilakukan satu (1) kali seminggu
  • Pemotongan rumput dua (2) kali sebulan taman perumahan
  • Pembersihan longkang sekali sebulan untuk taman perumahan
2.Pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan tapak pelupusan sampah tujuh (7) hari seminggu supaya mematuhi SOP yang ditetapkan mengikut perjanjian
3.Menyiasat dan menyediakan laporan kacau ganggu awam (semak samun) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasaan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENGUATKUASAAN

  1. Menyelesaikan setiap pertanyaan kompaun dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  2. Memberi maklumbalas kepada aduan awam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  3. Memberi maklumbalas terhadap notis amaran dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  4. Menyediakan Bil Am dalam tempoh satu (1) hari bekerja
Piagam Pelanggan Jabatan Pembangunan Masyarakat

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

  1. Melaksanakan program-program mesra rakyat yang merangkumi aspek-aspek kemasyarakatan dan sosial, belia sukan, kebudayaan dan pelancongan ke arah Sungai Petani Bandar Berdaya Huni dalam tempoh lima belas (15) kali setahun
  2. Memproses permohonan serta merta (walk in / telefon) bagi tempahan dewan-dewan, operasi bot dan kompleks sukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  3. Permohonan secara surat menyurat akan dijawab dalam tempoh satu (1) minggu
  4. Memastikan kawasan pelancongan dijaga dan diselenggara dengan baik supaya dapat dijadikan kawasan tarikan pelancong dalam tempoh satu (1) kali sebulan
Piagam Pelanggan Jabatan Bangunan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN BANGUNAN

 PERKARATEMPOH MASA
1.

Permohonan Pelan Bangunan Baru

  • Dewan Orang Ramai
  • Hotel
  • Institusi
  • Masjid / Surau
  • Perniagaan
  • Rumah Ibadat Bukan Islam
  • Rumah Kediaman
  • Skim Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesyen Minyak
37 hari bekerja
2.

Permohonan Pelan Bangunan Bagi Cadangan Tambahan dan Pindaan

  • Hotel
  • Institusi
  • Masjid / Surau
  • Perniagaan
  • Rumah Ibadat Bukan Islam
  • Rumah Kediaman
  • Skim Industri
  • Skim Perumahan
  • Stesyen Minyak
  • Pelan Setara Majlis
37 hari bekerja
3.

Permohonan Bagi Pelan Permit Sementara

  • Industri
  • Ladang Solar
  • Ladang Ternakan Ayam
  • Menara / Struktur Telekomunikasi
  • Papan Dendeng / Rumah Pekerja / Stor
  • Papan Iklan
  • Perniagaan
  • Pondok Pengawal
  • Semurup (Awning)
  • Stesyen Minyak
  • Struktur Terbuka di Atas Tanah Kerajaan
37 hari bekerja
4.

Permohonan Pelan Sokongan

  • Pelan Konkrit Tetulang (R/C)
  • Pelan Kelengkapan Sanitari (S/I)
  • Pelan Penamaan Taman, Nama Jalan dan Nombor Premis
21 hari bekerja
5.

Notis Memulakan Kerja (Borang B)

  • Pemakluman atau teguran akan diberikan
14 hari bekerja
6.

Proses Pemantauan Semasa Pembinaan

  • Pemakluman atau teguran akan diberikan
14 hari bekerja
7.

Permohonan Borang F (Sijil Siap & Pematuhan)

  • Pemakluman Pendepositan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC)
10 hari bekerja
Piagam Pelanggan Jabatan Landskap & Rekreasi

PIAGAM PELANGGAN JABATAN LANDSKAP & REKREASI

  1. Kelulusan permohonan pelan lanskap dalam tempoh lima puluh tujuh (57) hari dari tarikh permohonan
  2. Memastikan tindakan atas aduan pokok / alatan permainan dilaksanakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
  3. Perkhidmatan / penyewaan hiasan pokok bunga disediakan kepada jabatan kerajaan, swasta, institusi pendidikan, NGO dan awam. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh majlis
Piagam Pelanggan Bahagian Pejabat Yang Dipertua & Hal Ehwal Ahli Majlis

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PEJABAT YANG DIPERTUA & HAL EHWAL AHLI MAJLIS

 PERKARATEMPOH MASA
1.Mengurus semua Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan Mesyuarat Persidangan Majlis Penuh8 kali sebulan
2.Memastikan surat jemputan bagi mesyuarat anjuran jabatan diurus dengan teratur dan efisyen3 hari sebelum majlis
3.Menguruskan semua baucar bayaran dengan lengkap dan teratur14 hari dari penerimaan bil dan tuntutan
Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN AUDIT DALAM

  1. Menyediakan rancangan tahunan audit yang telah diluluskan oleh Yang Dipertua sebelum atau pada 31 Januari tahun berkenaan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 1 tahun berkenaan
  2. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit empat (4) kali setahun
Piagam Pelanggan Bahagian Perhubungan Awam & Korporat

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM & KORPORAT

  1. Maklumbalas penerimaan aduan dijawab dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  2. Mesyuarat Pengurusan Aduan dibuat dua belas (12) kali setahun
  3. Soal selidik kepuasan pelanggan dibuat dua (2) kali setahun
Piagam Pelanggan Bahagian Undang-Undang

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

  1. Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan selaras dengan perundangan dan dasar kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan tidak memerlukan perbincangan lanjut
  2. Menyediakan dan/atau menyemak deraf perjanjian, memorandum Persefahaman dan dokumen perundangan yang lain dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan tidak memerlukan perbincangan lanjut
  3. Menggubal atau menyemak Undang-Undang Kecil, Perintah dan Kaedah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas semua isu perundangan dasar diselesaikan
  4. Menyemak kertas siasatan dan memfailkan dokumen pendakwaan di mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kertas siasatan yang lengkap dan izin dakwa daripada Pejabat Timbalan Pendakwaraya diperolehi
  5. Memproses penyampaian saman dan waran tangkap dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Mahkamah
  6. Melantik peguam, mengemukakan dokumen dan kertas kausa bagi kes sivil kepada peguam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap diterima
  7. Menyemak deraf notis atau surat yang dikemukakan oleh jabatan dalaman dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan
Piagam Pelanggan Bahagian Teknologi Maklumat

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Memastikan permasalahan sistem / ralat diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima
  2. Penambahbaikan / perubahan ke atas sistem sedia ada diselesaikan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  3. Pengurusan kandungan laman web dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  4. Memastikan semua permasalahan email diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima
  5. Penambahbaikan perkakasan dalaman / cawangan oleh pegawai dalaman diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan
  6. Proses ‘backup’ data SBPBT (Oracle) dilakukan secara harian
Piagam Pelanggan Bahagian Pusat Setempat (OSC)

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (OSC)

  1. Memberi layanan kaunter dengan berbudi bahasa dan waktu menunggu dalam tempoh 5 minit
  2. Menerima dan mengedar permohonan (dengan syarat disertakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap) :-
    *  Kebenaran Merancang
    *  Laporan Ketidakpatuhan Sistem CCC
    *  Notis Penyiapan Berperingkat (G1-G21)
    *  Pelan Bangunan
    *  Pelan Jalan dan Pelan Perparitan dan Pelan Lampu Jalan
    *  Pelan Jalan dan Perparitan
    *  Pelan Kejuruteraan
    *  Pelan Kerja Tanah
    *  Pelan Kerja Tanah + Pelan Jalan dan Perparitan
    *  Pelan Konkrit Tetulang
    *  Pelan Lampu Jalan
    *  Pelan Lanskap
    *  Pelan Nama Taman
    *  Pelan Sanitari
    *  Pendepositan CCC dan Borang G
    *  Permit Pembinaan Kecil
    *  Permit Sementara Bangunan
    *  Permohonan CFO
    *  Serentak : KM + PJ – Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan
    *  Serentak : KM + PB – Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan
    *  Serentak : PB + PJ – Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
    *  Serentak : KM + PB + PJ – Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
  3. Menerima dan mengedar permohonan :-
    *  Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
    *  Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
  4. Mengedarkan permohonan yang diterima lengkap dalam tempoh dua (2) hari bekerja
  5. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dua (2) kali sebulan
  6. Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari bekerja
  7. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh lima (5) hari bekerja
Skip to content