Mengikut Seksyen 5, Akta 171, Majlis Daerah Padang Terap sebagai sebuah PBT berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan tadbirnya
- Memantapkan jentera pentadbiran Majlis dari segi produktiviti yang berkualiti.
 - Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infra struktur.
 - Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.
 - Memperkukuhkan kewangan Majlis.
 - Menyelia perkhidmatan kebersihan dan sisa pepejal.
 - Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.
 - Pengindahan kawasan.
 - Menimbang dan meluluskan lesen-lesen premis perniagaan.
 - Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.
 - Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang.