Merupakan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menggalakkan kemajuan seluruh kawasan Padang Terap selaras dengan dasar , objektif, strategi serta program Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah. Kawasan perkhidmatan majlis Daerah padang Terap meliputi sebahagian daripada Padang Terap yang merangkumi Kuala Nerang, Naka, Pedu, Padang Sanai dan pintu masuk Malaysia, Thailand iaitu Durian Burung.

Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 136226.29 hektar bersamaan 332266.49 ekar atau 1362.26 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

 

Skip to content