Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini.

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 1357.0 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Jumlah penduduk di Daerah Padang Terap adalah seramai 70,800 orang iaitu 36,100 orang lelaki dan 34, 700 orang perempuan (sumber rujukan https://www.dosm.gov.my).

Produk-produk Pelancongan Padang Terap

Pelan Sempadan Mukim Daerah Padang Terap

Skip to content