PERUTUSAN YANG DIPERTUA

Assalamualaikum wbt

Saya terlebih dahulu mengalu-alukan lawatan YB Dato’/Datin/tuan/puan ke Laman Web Majlis Daerah Padang Terap. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak MAMPU kerana menjadi penggerak kepada kewujudan Laman Web Majlis Daerah Padang Terap. Dengan ada Laman Web ini diharapkan semua maklumat dapat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat setempat khususnya penduduk di dalam kawasan perkhidmatan Majlis. Diharapkan juga agar masyarakat di Daerah Padang Terap akan dapat memanafaatkan laman ini bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan dan juga memberi maklumbalas berkaitan perkhidmatan yang disediakan. Selain dari kerjasama dalam meningkatkan dan menjaga kebersihan di daerah ini masyarakat juga diharapkan untuk memainkan peranan dalam merancang pembangunan di daerah ini dengan menggunakan laman web ini sebagai perantara.

Pewujudan jalinan perhubungan yang berkesan antara majlis dan masyarakat akan mewujudkan sebuah organisasi yang berupaya memberi perkhidmatan yang baik. Pengwujudan peluang-peluang perniagaan untuk melibatkan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. Pengwujudan suasana persekitaran yang bersih dan indah di seluruh kawasan menjadikan daerah Padang Terap sebagai sebuah daerah yang dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur, kemudahan awam dan rekreasi. Akhir kata, majulah Padang Terap. Sekian.

Y.BHG. TUAN AZMIN BIN ZAINOL ABIDIN, AMK., BCK. 

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Padang Terap

Skip to content