Terap Inn

Terap Inn yang terletak di atas Bukit Gedung iaitu kawasan berbukit-bukau seluas 3 ekar,menyediakan pelbagai kemudahan prasarana yang lengkap kepada orang ramai.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:

  • 1 bilik VIP 
  • 16 bilik biasa
  • 1 Dorm ( 8 katil – double decker )
  • 1 Dorm ( 12 katil – double decker )
  • Surau
  • 2 Dewan tertutup ( aircond )
  • 1 Dewan terbuka ( kipas siling )
  • 1 kafeteria
  • Menara Pandang

MAKLUMAT LANJUT : 

Hubungi Terap Inn di talian 04-7903737 / 04-7903636

 

HOMESTAY FELCRA D’BELIMBING

Kampung ini telah dibangunkan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia secara rasmi sabagai Homestay pada 10 November 2008.Tarikan lain yang terdapat berhampiran dengan perkampungan ini adalah Taman Rekreasi Puncak Janing yang mana merupakan kawasan air terjun yang nyaman dengan tumbuhan hijau. Selain itu, terdapat kolam ikan hiasan milik anak syarikat FELCRA Berhad yang terletak bersebelahan dengan perkampungan ini. Keluasan kawasan kolam ini berukuran lebih kurang 20 ekar. Terdapat pelbagai spesis ikan hiasan yang berwarna-warni yang dijadikan tempat pembenihan dan dipasarkan ke dalam dan luar negara.

LOKASI :

Terletak di Jalan Tualak, 06300 Kuala Nerang

KEMUDAHAN :

–    17 buah Homestay telah disediakan
–    Pengangkutan seperti bas, motosikal, dan kereta
–    Dewan Orang Ramai
–    Kolam Ikan
–    Taman Rekreasi

AKTIVITI :

–    Kebudayaan seperti permainan Kompang, Gendang Silat,
      Tarian Inang
–    Program Anak Angkat
–    Program Sukaneka

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Roslan Bin Ahmad ditalian 010-3007262 /  04-7866276

DUSUN RESORT

Dusun Resort adalah satu tempat Penginapan dan pelancongan persendirian yang dimiliki oleh Datuk Bari Bin Abdullah. Tempat tersebut telah dibina sejak tahun 2004 lagi, dan beroperasi pada hujung tahun 2004. Keluasan yang meliputi kawasan Dusun Resort tersebut adalah sekitar 165 ekar. Kini Dusun Resort tersebut diuruskan oleh Roslan Bin Tahir. Pelabagai aktiviti dan Program dijalankan di kawasan tersebut. Dusun Resort ini popular dengan Program PLKN dan Program berbentuk Kursus/Motivasi.

LOKASI :

3KM dari Pekan Kuala Nerang ( KM4 Jalan Padang Sanai, 06300 Kuala Nerang, Kedah )

KEMUDAHAN :

  • Bilik Tidur bertaraf hotel
  • Hostel
  • Kawasan perkhemahan dalam dusun dan hutan
  • Kawasan Flying Fox
  • Kawasan Abseiling
  • Kawasan Repelling
  • Gelanggang Badminton, Takraw, Bola Jaring
  • Padang Bola Sepak
  • Kawasan Golf Driving Range
  • Gymnasium
  • Hutan untuk jungle tracking
  • Tasik untuk aktiviti lasak

AKTIVITI :

  • Permainan Bola Sepak, Takraw, Badminton, Bola Jaring
  • Flying Fox
  • Abseilling
  • River Crossing
  • Postman Walk
  • Berkayak
  • Jungle Tracking
  • Communication Rape

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Roslan ditalian 04-7864388/04-7864377 atau info@dusunresort.com atau www.dusunresort.com

CAMP PERIK

Camp perik telah ditubuhkan sejak tahun 1998 lagi, Dato Syed Sobri Bin Syed Hashim adalah pengasas dan pemilik kem tersebut. Sejak setahun yang lalu, Kem tersebut telah diuruskan oleh Syarikat MUDA IMPIAN. Keluasan kem ini adala sekitar 2.0 ekar. Tujuan untama pengwujudan kem ini adalah untuk dijadikan center bagi aktiviti 4×4 yang sentiasa dijalankan bagi setiap tahun di Daerah Padang Terap. Selaian itu, Kem ini mula berkembang menjadi tempat Kursus dan tempat berkhemahan. Seramai 10 kakitangan bekerja bagi menguruskan kem tersebut.

LOKASI :

Terletak di Lot 1376, Kampung perik, Mukim Kurung Hitam 06300 Kuala Nerang, Kedah.

KEMUDAHAN :

  • Menyediakan 2 buah Dom bagi lelaki dan perempuan yang mampu memuatkan 200 orang peserta.
  • Bilik yang berhawa dingin dan kipas.
  • Tandas yang selesa
  • Stage untuk malam kebudayaan
  • Surau yang memuatkan 100 orang
  • Bilik Kuliah yang memuatkan 200 orang
  • Dewan untuk orang ramai.
  • Tempat untuk aktiviti Flying Fox, Abseiling,
  • Komando cross
  • Tempat aktiviti LDK
  • Tapak Perkhemahan
  • Hutan untuk Jungle Tracking
  • Sungai Perik
  • Menyediakan Fasilitator yang bertauliah
  • Menyediakan Kem Komandan
  • Peralatan Kursus

AKTIVITI :

  • Flying Fox
  • Abseiling
  • Komando Cross
  • Kompas Matching
  • Robe Learning
  • Survivot Challenge
  • Linght Tracking
  • Perkhemahan di Paya Terap
  • Kursus Jati Diri, Kepimpinan

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Rizan Bin Romli di talian 019-5598823

BELANTARA ELIT CAMPSITE

Belantara Elit Campsite tubuhkan sejak 10 tahun lalu Encik Ahmad Shukri dengan keluasan sekitar lebih kurang 15 ekar berhampiran sawah padi. Kawasan dikelilingi dengan pokok-pokok getah dan terletak 7km dari Bandar Kuala Nerang.

LOKASI :

Kampung Genting Palas, 06300, Kuala Nerang, Kedah.

KEMUDAHAN

  • Asrama/Dom 250 orang
  • 5 bilik biasa
  • 8 Challet
  • Dewan 250 orang
  • Dewan makan 250 orang
  • Surau
  • Padang untuk aktiviti
  • Pondok LDK
  • Tempat BBQ
  • Tapak perkhemahan
  • Tandas
  • Pakar-pakar motivasi
  • Perkhidmatan konsultan untuk kursus-kursus

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Shukri (Pengurus) di talian 012-4741652 atau e-mail : kembelantaraelit@yahoo.com.my/ atau Website :http://kembelantaraelit.blogspot.com

SERI JULUK RESORT

Mula beroperasi pada 01 Januari 2010, pengasasnya adalah pasangan suami isteri iaitu Encik Ahmad Shabri dan Puan Hazita. Seri Juluk Resort diberi nama sempena nama Kampung Kubang Julok. Sesuai untuk tapak perkhemahan, kem motivasi, rekreasi, homestay, percutian keluarga/ hari keluarga dan riadah. Terletak di dalam dusun seluas 15 ekar seperti dokong, durian, manggis, rambutan, limau dan naga. Mengekalkan nilai-nilai senibina tradisional dan suasana kampung.

LOKASI :

Kampung Kubang Julok, 06350 Naka, Kedah.

KEMUDAHAN :

  • Terdapat 3 tapak untuk perkhemahan
  • Dom untuk 150 orang
  • Dewan terbuka untuk 200 orang
  • Surau
  • Challet
  • Tandas dan bilik mandi
  • 2 kolam memancing
  • Bengkel batik

MAKLUMAT LANJUT :

Encik Ahmad Shabri (019-5036665) dan Puan Hazita (013-4622147) atau www.serijulukresort.com

Skip to content