One Stop Centre

1.    Permohonan cadangan pemajuan yang lengkap bagi pemaju yang memilih Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), kelulusan Fast Lane akan diberikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mengemukakan permohonan.

2.    Permohonan cadangan pemajuan bagi Projek Impak Tinggi (high Impact Project) atau pelaburan-pelaburan besar daripada luar negara, kelulusan Fast Lane akan diberikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mengemukakan permohonan.

3.    Permohonan cadangan pemajuan bagi projek-projek pembangunan kerajaan yang dirujuk ke Majlis Daerah Padang Terap, kelulusan Fast Lane akan diberikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mengemukakan permohonan.

4.    Permohonan cadangan pemajuan yang lengkap bagi pemaju yang memilih Konsep Jual Kemudian Bina (JKB), kelulusan akan diberikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh mengemukakan permohonan.

Bahagian Penilaian

1.  Borang Pindah Milik (Borang I/J) yang lengkap akan diselesaikan dalam masa 1 hari

2. Permohonan pindaan nama dan alamat akan dikemaskinikan sebelum bil selanjutnya dikeluarkan

Skip to content