HUTAN LIPUR PUNCAK JANING

Hutan Lipur Puncak Janing terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Kasai, Tulang Daing, Meranti Tembaga serta Palma.

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, , berkhemah, trek jogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

LOKASI :

Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah.

AKTIVITI :

  • Bersiar
  • Mandi-manda
  • Berenang
  • Berkelah
  • Mendaki gunung
  • Berkhemah
  • Berkayak

PENGKALAN TOK MAS

Pengkalan Tok Mas telah ditubuhkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pak Cik Yeh. Nama Pengkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pengkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Setia Diraja Mahadzir Bin Khalid. 

LOKASI :

Jalan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :

  • Dewan orang ramai
  • 2 bilik tandas
  • 5 tempat rehat/riadah
  • Tapak khemah
  • Gelanggang Sepak takraw
  • Padang untuk sukaneka

AKTIVITI :

  • Berkayak
  • Berakit
  • Kem/kursus
  • Sukaneka
 

JERAM TOK DIN

Jeram Tok Din adalah satu nama yang wujud sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini nama tersebut dikekalkan. Pada dahulu kala, tempat peranginan tersebut hanyalah tempat kanak-kanak di kampung tersebut bermain. Pada ketika itu, Jeram Tok Din tidak menjadi tumpuan orang ramai dan hanya menjadi tumpuan orang Kampung di situ sahaja. Sehingga akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah telah dibawa melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi popular di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.

LOKASI :

Kawasan Kampung Pinang, Jalan Empangan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :

  • Tempat Rehat
  • Tempat Riadah

AKTIVITI :

  • Berakit
  • Berkayak
  • Berkelah

CHAROK BATANG PADI

Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu adalah Charok Batang Padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Mung Gajah. Tetapi kampung yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu. Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut pada suatu ketika dulu, apabila air empangan surut penduduk sekitar terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut memang wujud pada suatu ketika dahulu. Selepas dari kejadian itu, nama carok tersebut dikekalkan dengan nama “Charok Batang Padi”. Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang di Daerah Padang Terap.

LOKASI :

Kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 KM dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort,

KEMUDAHAN :

  • Anjung rehat yang selesa
  • Tandas

AKTIVITI :

  • Sebagai tempat memancing
  • Pangkalan Nelayan Tasik Pedu.

 

Skip to content