Mengikut Seksyen 5, Akta 171, Majlis Daerah Padang Terap sebagai sebuah PBT berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan tadbirnya

  • Memantapkan jentera pentadbiran Majlis dari segi produktiviti yang berkualiti.
  • Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infra struktur.
  • Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.
  • Memperkukuhkan kewangan Majlis.
  • Menyelia perkhidmatan kebersihan dan sisa pepejal.
  • Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.
  • Pengindahan kawasan.
  • Menimbang dan meluluskan lesen-lesen premis perniagaan.
  • Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.
  • Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang.
Skip to content