Panduan
Kadar Taksiran Dikenakan Oleh Majlis Daerah Baling Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Jenis Hartanah Yang Dikenakan Cukai
Kadar Taksiran Dikenakan Ke Atas Pegangan Seperti Berikut :
• Rumah Kediaman
• Harta Perdagangan (Kedai, Kilang, Hotel Dan Sebagainya)
• Harta Industri (Kilang, Pelabuhan Dan Sebagainya)
• Tanah
Penentuan Cukai Kadaran
Kadar Taksiran Untuk Harta-Harta Berkadar Ditentukan Berdasarkan Kepada Formula Seperti Berikut :
Kadar Taksiran = Nilai Tahunan X Kadar %
• Penentuan “Kadar %”
Secara Umumnya Kadar % Ditentukan Mengikut Keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, Atau Kos-Kos Tahunan Yang Ditanggung Oleh Majlis Dalam Bentuk Kos Pentadbiran, Kos Perkhidmatan Dan Kos Pembangunan.
• Penentuan “Nilai Tahunan”
Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 Bulan
Anggaran Sewa Kasar Bagi Rumah Ditentukan Berasaskan Rumah-Rumah Sejenis Yang Berdekatan. Setiap Rumah Mempunyai “Nilai Sewa” Tanpa Mengira Samada Rumah Tersebut Diduduki Sendiri, Disewakan Ataupun Rumah Ditinggalkan Kosong Kerana Gagal Disewakan.
Bantahan Terhadap Notis Kadaran
Seseorang Yang Terkilan Dengan Cadangan Nilai Tahunan Di Dalam Notis Kadaran, Bantahan Boleh Dibuat Melalui Surat Yang Dialamatkan Kepada Majlis Daerah Baling.
Mesyuarat Rayuan Cukai
Pemilik Hartabenda Yang Membuat Bantahan Diberi Peluang Menghadirkan Diri Di Hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai Dalam Mesyuarat Rayuan Cukai Bagi Mengemukakan Alasan-Alasan Kepada Bantahannya. Sekiranya Pemilik Tidak Dapat Hadir Dalam Mesyuarat Tersebut, Pemilik Boleh Mewakilkan Orang Lain Bagi Pihak Dirinya Dengan Syarat Wakil Tersebut Hendaklah Mengemukakan ‘Surat Kuasa’ Yang Telah Ditandatangani Oleh Pemilik Tersebut.
Pemberitahuan Keputusan Bantahan
Keputusan Bantahan Ke Atas Nilai Tahunan Akan Dimaklumkan Kepada Setiap Pemilik Hartabenda Berkadar Melalui Surat.
Rayuan Semula Setelah Keputusan Diterima
Jika Pemilik Masih Tidak Berpuas Hati Dengan Keputusan Yang Dibuat Oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai, Pemilik Boleh Merayu Kepada Mahkamah Seksyen Dengan Cara Usul Permulaan. Walaubagaimanapun, Pemilik Perlu Membayar Terlebih Dahulu Amaun Cukai Kadaran Yang Telah Diputuskan Itu Kepada Majlis Daerah Baling.(Syarat Ini Diperuntukan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976)
Menjelaskan Cukai Kadaran
Pemilik Diminta Membayar Cukai Kadaran Sebaik Sahaja Bil Tersebut Diterima Dari Bahagian Penilaian Majlis Daerah Baling.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi
Encik Rozali B. Mustapa
Penolong Pegawai Penilaian
Tel: 04-4701800