Logo ini mula digunakan secara rasmi mulai 1hb Jun 2004.

Biru Muda

Menggambarkan Daerah Baling yang menjanjikan harapan dan keceriaan

Biru Tua

Menandakan Gunung Baling yang menjadi mercu tanda Daerah

Merah

Menggambarkan pembangunan pesat Daerah Baling Kedah Darul Aman

Kuning

Menggambarkan Negeri Kedah yang menjadi negeri jelapang padi dan di bawah naungan Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

Segi Lapan

Menggambarkan lapan mukim yang terletak di Daerah Baling

Skip to content