Gunung Baling 

Waktu Operasi Pejabat Pendakian Gunung Baling :

Ahad – Rabu :  Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Khamis     :  Jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang 

Bayaran Permit Pendakian :

WARGANEGARA MALAYSIA RM5.00
BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA RM15.00

SIJIL PENDAKIAN DIBERIKAN!!!

Waktu Pendakian :

1.    Jam 4.00 pagi 
2.    Jam 5.00 pagi
3.    Jam 7.00 pagi
4.    Jam 8.00 pagi  
5.    Jam 9.00 pagi

** TIDAK DIBENARKAN BERMALAM DI PUNCAK!!!

Para Pendaki Dikehendaki Mematuhi Syarat-Syarat Seperti Berikut :-

1.    Para Pendaki perlulah mengisi borang perakuan diri yang telah dilampirkan untuk rekod pihak pengurusan dan makluman kepada pihak berwajib;

2.    Hendaklah menggunakan petunjuk arah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Pendakian Gunung Baling :-
i)    1-10 orang pendaki : 
RM 70.00 (1 orang Petunjuk Arah)
ii)    Harga Promosi Pembukaan Semula Bagi Bayaran Petunjuk Arah :
RM60.00 (1 orang Petunjuk Arah)

3.    Hendaklah membuat tempahan selewat-lewatnya 3 hari sebelum aktiviti pendakian dijalankan;

4.    Pendakian dihadkan sehingga 300  orang SAHAJA pada satu hari;

5.    Jumlah maksimum pendaki di puncak 100 orang SAHAJA pada satu masa;

6.    Pastikan anda bersedia dengan kelengkapan pendakian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki;

7.    Hendaklah memastikan kebersihan dititikberatkan sepanjang masa pendakian.

Sila klik untuk muat turun borang pendakian 

http://www.mdbaling.gov.my/ms/md-baling/sumber/muat-turun-borang/borang-pendakian-gunung-baling

 

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content