Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Halaman Web Majlis Daerah Baling.

Majlis Daerah Baling merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan Daerah Baling sebagai Pusat Pertumbuhan yang maju dan kawasan persekitaran yang bersih, indah, sejahtera serta tersusun. Pada masa ini, maklumat merupakan sumber terpenting dalam kita membuat perancangan dan keputusan serta dalam merencanakan sesuatu misi. Kini, laman web merupakan media untuk kita berinteraksi bagi mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.

Pada tahun ini, MDB telah berjaya melaksanakan pelbagai program dan projek-projek awam demi memberikan perkhidmatan masyarakat yang lebih baik. Ini selaras dengan visi dan objektif MDB yang digariskan bersesuaian dengan dasar ekonomi dan pembangunan kerajaan.

Komitmen MDB dalam menggalas dasar kerajaan sangat tinggi. Ini dapat dilihat dalam penglibatan pelbagai program-program kerajaan pusat dan kerajaan negeri dari pelbagai sektor samada sudut pembangunan ekonomi, pelancongan, alam sekitar, kebudayaan, keselamatan dan lain-lain.

Selain itu, Majlis Daerah Baling telah menerima pengiktirafan 5 bintang (star-rating) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sesungguhnya, pengiktirafan tersebut kelak adalah untuk memperakui kekuatan yang dimiliki dan komitmen serta nilai yang ada di MDB.

Semoga dengan penganugerahan itu akan memberikan motivasi dan kekuatan kepada seluruh anggota pekerja dan masyarakat amnya.

Akhir kata, bersama-samalah kita meneruskan kecemerlangan dan sentiasa bekerjasama serta memberikan yang terbaik agar MDB cemerlang dan sejahtera, Insya Allah

Sekian, terima kasih

(YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP.,AMK.,AMN.,BCK.)

Yang Dipertua
Majlis Daerah Baling

Skip to content