Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Baling berfungsi dalam melaksanakan dasar-dasar dan strategi berikut ke arah pembangunan yang terancang antaranya ialah :
- Rancangan Struktur Majlis Daerah Baling (1992 – 2010)
- Rancangan Struktur Negeri Kedah (2001 – 2020)
- Pelan Tindakan Kedah Maju (2001-2010)
- Menyediakan peta penggunaan tanah yang komprehensif.
- Mencadangkan program-program dan garis panduan pembangunan.
- Menyelaraskan pembangunan di seluruh kawasan Majlis Daerah Baling.
- Melibatkan orang awam di dalam perancangan tempatan.