NOTIS PEMBERITAHUAN
KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN
SEMUA PERNIAGA YANG BERNIAGA DI KIOS MDPT DAN PENIAGA YANG BERNIAGA DI HADAPAN KFC KUALA NERANG DIBENARKAN MENJALANKAN OPERASI SEMULA.
Peniaga hendaklah mematuhi garis panduan seperti berikut:
(a) Mengambil suhu pekerja setiap masa;
(b) Memastikan pekerja memakai topeng muka (face mask) setiap masa;
(c) Memastikan pekerja dan pelanggan yang mempunyai gejala seperti kerap batuk dan selesema tidak dibenarkan untuk berkerja atau memasuki premis;
(d) Menyusun atur meja dengan jarak 2 meter antara meja lain;
(e) Mewajibkan pelanggan mencuci tangan menggunakan sabun atau menggunakan hand sanitiser;
(f) Mencatatkan nama, suhu badan dan nombor telefon pelanggan yang hadir di dalam premis perniagaan;
(g) Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM;
(h) Mengamalkan jarak 1 meter antara pelanggan semasa pembelian;
(i) Elakkan sentuhan terus ketika berhubung dan berurusan. Contoh: dengan menggunakan kotak/raga kecil ketika menerima/memberi baki duit kepada pelanggan atau menggalakkan bayaran secara elektronik; dan
(j) Melakukan proses nyah kuman dan pembersihan di kawasan premis sebelum dan selepas operasi.
A. Arahan ini hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Pembukaan Semula Sektor Ekonomi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP
TARIKH: 14 JUN 2020
SENARAI SYARAT DAN PERATURAN
LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN