SOALAN LAZIM
- Bilakah tempoh tamat lesen?
Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.
- Lesen saya diluluskan dalam bulan November tahun 2006. Bilakah tamat lesen tersebut?
Lesen anda akan tamat pada 31 Disember 2006.
- Saya ingin membuat tambahan rumah. Apakah syarat-syaratnya?
Sila kemukakan permohonan dengan menyertakan plan bangunan yang dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.
- Saya ingin memohon gerai untuk berniaga. Bagaimanakah caranya?
Iklan gerai yang kosong akan disiarkan di papan kenyataan di Pejabat MDPT dan Laman Sesawang Rasmi MDPT.
- Bilakah cukai pintu perlu dijelaskan?
1 Januari sehingga 28 Februari untuk penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos untuk penggal kedua setiap tahun.Kalau melebihi tarikh akhir setiap penggal maka pemilik akan dikenakan denda.