- Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil majlis
- Menyelia pengurusan hasil Majlis
- Menganalisa maklumat mengenai hasil-hasil Majlis dan membuat jangkaan hasil Majlis pada masa akan datang
SENARAI JABATAN
Menjadi Peneraju Pengurusan Perbandaran
Yang Dinamik Berwawasan Dan Mampan.
- Pejabat Yang Dipertua
- Unit Undang-undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam
- Unit OSC
- Jabatan Khidmat Pengurusan
- Jabatan Perbendaharaan
- Jabatan Perancangan Dan Landskap
- Jabatan Bangunan
- Jabatan Kejuruteraan
- Jabatan Pembangunan Masyarakat
- Jabatan Penguatkusaan
- Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
- Jabatan Kesihatan Persekitaran
- Bahagian Pengurusan Maklumat
EN HALIMIN BIN LAHAMING
(N44)
Pegawai Tadbir
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian Pengurusan Maklumat adalah memberi sokongan kepada jabatan-jabatan lain.
-
HUBUNGI KAMI
- 04 -4325225 (ext : )
- halimin@mpkk.gov.my
-
VISI JABATAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
MISI JABATAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
FUNGSI JABATAN
– Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan Operasi Majlis.
– Mengurus dan membangunkan Sumber Manusia dalam hal-hal yang berkaitan perkhidmatan, keperluan perjawatan, latihan berkaitan Perkhidmatan, perolehan dan keselamatan di Majlis Perbandaran Kulim.
- Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia di peringkat Majlis.
- Merancang, Mengurus dan Memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Majlis;
- Merancang, menggubal, menyelaras, pengurus, melaksana serta membangunkan kompetensi sumber manusia melalui perancangan Latihan serta mengemaskini pangkalan data latihan.
- Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
- Menguruskan hal-hal perkhidmatan, cuti, persaraan, kebajikan,perubatan, pinjaman, perkhidmatan kaunseling dan kemudahan warga Kerja Majlis
- Mengendalikan urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, dan pertukaran
- Menjadi Urus Setia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, MBJ, dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;
- Menyelaras maklumat data sumber manusia Majlis dan tadbir urus Majlis
Ts. MOHAMMAD DANIEL BIN SHUKOR
(F44)
Pegawai Teknologi Maklumat
-
VISI BAHAGIAN
Menjadi peneraju inovasi dan teknologi di Majlis Perbandaran Kulim untuk mencapai transformasi digital yang berdaya maju dan mewujudkan bandar pintar yang mampan
-
MISI BAHAGIAN
1. Meningkatkan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat di Kulim.
2. Memperkenalkan program latihan dan kesedaran ICT bagi meningkatkan literasi digital di kalangan penduduk dan kakitangan perbandaran.
3. Membangunkan infrastruktur teknologi yang canggih untuk menyokong rangkaian bandar pintar, termasuk penyediaan akses WiFi percuma di kawasan-kawasan awam.
4. Memperkenalkan aplikasi dan perkhidmatan digital yang memudahkan penduduk dan perniagaan dalam urusan harian
5. Menyokong pertumbuhan industri teknologi tempatan dengan memudahkan penubuhan pusat inovasi dan mendorong usahawan tempatan dalam bidang teknologi.
6. Memastikan keselamatan dan keselamatan data serta privasi individu diutamakan dalam semua projek ICT.
7. Berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk universiti, syarikat teknologi, dan badan kerajaan untuk mencapai matlamat transformasi digital dan bandar pintar.
-
FUNGSI BAHAGIAN
- Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Majlis;
- Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui
- Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
- Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
- Memantau, mengurus dan menilai kemudahan ICT pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.
PUAN HASNITA BINTI MOHD HASHIM
(N44)
Pegawai Tadbir
-
VISI BAHAGIAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
MISI BAHAGIAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
FUNGSI BAHAGIAN
- Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi/ fungsi serta pemantapan perjawatan di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan di peringkat Majlis
- Melaksanakan kajian pemantapan skim perkhidmatan, serta norma perjawatan Majlis
- Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MPKK
- Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan pengurusan kualiti seperti Pensijilan MS ISO, EKSA, MyPortfolio, MPK, pengurusan Inovasi, Penarafan Bintang, pensijilan-pensijilan kualiti yang lain, penyertaan anugerah-anugerah diperingkat Negeri dan Kebangsaan juga memantau piagam pelanggan Jabatan
- Menyediakan Program /Aktiviti bagi Pembangunan imej korporat dan rebranding MPKK
NUR ERMYANTI AZREEN BINTI MOHAMAD NASIR
(N29)
Penolong Pegawai Tadbir
-
VISI BAHAGIAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
MISI BAHAGIAN
– akan dikemaskini kemudian-
-
FUNGSI BAHAGIAN
- Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis.
- Menguruskan bilik-bilik mesyuarat Majlis (tempahan, penyediaan, kemudahan dan keceriaan bilik).
- Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat luar, cek, notis Majlis melalui pos, courier dan serahan tangan.
- Menguruskan kuarters Majlis (pegawai, kakitangan dan pekerja).
- Mengurus hal ehwal pejabat – menetapkan dan memastikan pegawai hadir mesyuarat peringkat Negeri atau Persekutuan.
- Menguruskan Pembersihan dan penyelenggaraan Ibu Pejabat.
- Menguruskan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
- Menguruskan percetakan dan franking surat-surat Majlis.
- Menguruskan dan menyelaras pergerakan Pemandu dan Kenderaan Rasmi Jabatan
- Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis
PUAN CHE MURSHIHA BINTI MAKHTAR, BCK.
(W48)
Akauntan
-
VISI JABATAN
Meneraju pengurusan kewangan yang cekap dan efisyen dengan mengekalkan kestabilan kedudukan kewangan MPKK.
-
MISI JABATAN
Pengurusan kewangan majlis yang baik dengan mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh di samping memastikan mpkk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
-
OBJEKTIF JABATAN
- Memantapkan kedudukan kewangan majlis
- Mempelbagaikan sumber hasil majlis
- Meningkatkan keberkesanan dan tadbir urus kewangan
-
FUNGSI JABATAN
- Fungsi Bahagian Perolehan dan Aset
- Mengurus dan menyelaras perolehan melalui tender awam, sebut harga dan pemintaan pembelian dan pesanan tempatan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan peraturan perolehan.
- Memaklumkan pekeliling perbendaharaan yang berkaitan dengan perolehan
2. Fungsi Bahagian Akaun
- Mengendali, mengurus dan memastikan sistem perakaunan Majlis berjalan dengan lancar dan bertepatan dengan peraturan kewangan
- Menyediakan penyata kewangan tahunan dan bulanan dalam masa yang di tetapkan
3. Fungsi Bahagian Hasil
IR TARMYMY BIN CHE ANI
(J48)
Jurutera
-
OBJEKTIF JABATAN
Objektif Jabatan Kejuruteraan adalah untuk mengawasi pelaksanaan cadangan pembangunan / penyelenggaraan, kemudahan awam dan kemajuan projek. Jabatan ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada orang awam seperti kemudahan lampu jalan, penyelenggaraan parit dan longkang, penyelenggaraan jalan, menyediakan kemudahan pasarana yang lain seperti pembinaan dewan orang ramai dan gerai-gerai hak milik majlis.
-
FUNGSI JABATAN
- Memproses permohonan pelan kejuruteraan (pelan jalan parit, pelan parit, pelan kerja tanah dan )memproses permohonan pelan kejuruteraan (pelan jalan dan parit, pelan kerja tanah dan pelan lampu jalan).
- Bekerjasama dengan jabatan teknikal jabatan kerja raya, jabatan pengairan dan saliran, tenaga nasional berhad dan telekom (m) berhad yang bersangkutan dengan pembangunan infrasruktur.
- Bertanggungjawab untuk mengawasi perlaksanaan kerja-kerja tapak supaya tidak menimbulkan kacauganggu kepada orang awam.
- Memproses permohonan untuk merentang kabel telekom, paip gas dan tnb.
- Membuat pemantauan berkaitan aduan banjir lumpur dan tanah runtuh yang berpunca daripada projek pembangunan baru.
EN AHMAD SHAKIR BIN ARUS, BCK.
(U44)
Pegawai Kesihatan Persekitaran
-
VISI JABATAN
Untuk menjadikan kawasan perbandaran Kulim sebagai bandar yang sihat dan sejahtera menjelang tahun 2021
-
MISI JABATAN
- Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran melalui program kawalselia, operasi dan penglibatan masyarakat.
- Menambahkan ruang dan peluang ekonomi kepada masyarakat Kulim.
- Meningkatkan perkhidmatan kawalan penyakit berjangkit dan kesihatan awam.
- Meningkatkan tahap perkhidmatan pengurusan kesihatan persekitaran
-
OBJEKTIF JABATAN
- Memastikan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sentiasa berada di tahap yang optimum.
- Melaksanakan program-program kesihatan persekitaran melalui penglibatan masyarakat, NGO dan swasta.
- Melaksanakan penggubalan dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesihatan persekitaran dan perlesenan dengan lebih berhemah.
- Meningkatkan tahap pengetahuan , sikap dan amalan yang baik kepada pemegang lesen dan peniaga kecil.
- Meningkatkan tahap pengetahuan sikap dan amalan berkaitan kesihatan carakerja kepada kakitangan.
-
FUNGSI JABATAN
EN BADRULHILMI BIN SULAIMAN
(KP44)
Pegawai Penguatkuasa
JABATAN PENGUATKUASAAN
-
HUBUNGI KAMI
- 04 -4325225 (ext : )
- badrulhilmi@mpkk.gov.my
-
VISI JABATAN
Menjadi peneraju penguatkuasaan undang-undang Perbandaran yang dinamik, berwawasan dan mapan menjelang 2021
-
MISI JABATAN
- Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang melalui perancangan dan pelaksanaan yang strategik, penglibatan masyarakat yang menyeluruh dalam memahami dan mematuhi undang- undang dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat
-
PIAGAM PELANGGAN
-
OBJEKTIF JABATAN
- Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang / akta. Termasuk undang-undang kecil yang diwarta dan diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Kulim.
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berhemah terhadap orang ramai.
- Memberikan nasihat undang-undang kepada orang ramai ke tahap pemahaman yang maksimum.
- Melayani pelanggan yang di kompaun dengan penuh bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
- Mengambil tindakan segera ke atas segala aduan yang berkaitan penguatkuasaan .
- Menguatkan prinsip “MEMBETULKAN KESALAHAN” sebelum tindakan operasi penguatkuasaan dijalankan.
-
FUNGSI JABATAN
- Menerima aduan dan mengambil tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan
- Menjalankan rondaan dan pemeriksaan di semua kawasan kawalan termasuk menyertai operasi penguatkuasaan
- Membuat pemeriksaan lesen iklan dan premis tred perniagaan, perindustrian dan penjaja.
- Mengawasi penjaja dikawasan larangan yang menjaja tanpa lesen.
- Memastikan penjaja beredar/sementara tidak meninggalkan peralatan perniagaan selepas waktu perniagaan.
- Membuat rondaan dan pemeriksaan kenderaan berat di kawasan taman perumahan.
- Memantau pembinaan bangunan baru dan tambahan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis
- Menguatkuasakan undang-undang tempat letak kereta.
- Memastikan semua kenderaan mempamerkan kupon letak kereta Majlis.
- Mengawasi petak letak kereta dan lalulintas.
- Mengeluarkan kompaun bagi kenderaan yang melanggar undang-undang.
- Mengurus kupon letak kereta, stiker bulanan, stiker tahunan dan petak khas.
- Menyelenggara petak letak kereta.
- Menyediakan laporan kutipan bulanan hasil letak kereta
- Menguruskan surat menyurat, fail-fail, rekod-rekod, dan stor jabatan.
- Mengawalselia sistem rekod dan pengkalan data serta merekabentuk sistem baru.
- Menguruskan kakitangan dan rekod perkhidmatan.
- Tugas-tugas pentadbiran am dan mesyuarat.
- Penyediaan jadual tugas Jabatan Penguatkuasaan.
- Penyediaan laporan prestasi bulanan Jabatan Penguatkuasaan .
- Menguruskan pengeluaran notis peringatan bayaran kompaun.
- Perhubungan jabatan-jabatan luar untuk mendapatkan maklumat.
- Penyediaan dokumen kepada Jabatan.
- Membuka kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan.
- Menerima dan menyelaras Aduan Awam.
- Mengurus rekod bayaran kompaun kesalahan
- Perkhidmatan kaunter
- Key-in data kompaun kesalahan.
- Semakan rekod kompaun terdahulu .
- Mengurus kenderaan jabatan.
- Kawalan dan pemantauan CCTV
PMgr SR FAUZIAH BINTI ABDUL MUTALIB , BCK
(W44)
Pegawai Penilaian
-
VISI JABATAN
Memastikan setiap pegangan di dalam Daerah Kulim dikenakan cukai taksiran selaras dengan perkhidmatan yang disediakan berkualiti, selesa, sejahtera dan adil bagi seluruh masyarakat Kulim amnya
-
MISI JABATAN
Kami menjamin nilaian /taksiran dibuat dengan adil dan saksama
-
OBJEKTIF JABATAN
1, Menyelaras dan mengemaskini kelulusan Pelan Perancangan Gunatanah dan kelulusan Pelan Bangunan :-
- Pelan kawasan Pembangunan Perumahan, Perniagaan & Indstri.
- Pelan Komplek Perniagaan
- Pelan Rumah Sesebuah/Banglo
- Pelan Kampung-kampung Baru & Tersusun
- Pelan Bangunan Kerajaan PersekutuaN
- Pelan Bangunan Kerajaan Negeri
- Pelan Bangunan Majlis
2. Memproses Nilaian Taksiran mengikut kategori kegunaan Tanah dan Bangunan.
3. Memproses kemasukan data pegangan bercukai ke komputer dan Mesyuarat Bulanan MPK bagi tujuan:-
- Pengesahan Cadangan Nilaian Tahunan dan kadar kutipan
- Penetapan Tarikh kuatkuasa
- Permakluman jumlah taksiran kepada pembeli/pemilik/pelanggan
4. Mendengar Rayuan dan Bantahan jika terdapat masalah berbangkit.
5. Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Majlis.
6. Menyemak serta memproses Pindah Milik Pegangan bercukai.
7. Memproses Permohonan Carian Rasmi Pegangan Bercukai.
8.Mengemaskini/Penyelenggaraan rekod /maklumat pegangan bercukai .
9. Membuat laporan dan penyelaras Jernal Lapor Kosong , Lapor Roboh/runtuh.
-
FUNGSI JABATAN
TUAN HAJI MOHD NAZRI BIN HARUN, AMN.,BCK.
(J44)
Arkitek
-
VISI JABATAN
-
MISI JABATAN
Ke arah merealisasikan bandar dinamik dan lestari dengan mengimbangi aspek kemampanan pembangunan fizikal,pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti dan sosio ekonomi.
-
OBJEKTIF JABATAN
Mewujudkan perbandaran yang sejahtera dengan mengawal perancangan dan pembangunan fizikal serta menguatkuasa kawalan pembangunan bagi mencapai persekitaran yang kondusif untuk kehidupan
-
FUNGSI JABATAN
TPr HAJI HAMZAH BIN AB HALIM, AMN., BCK., PJK.
(J48)
Pegawai Perancang Bandar
-
VISI JABATAN
Merealisasikan Kulim Bandar Teknologi Tinggi dan mampan
-
MISI JABATAN
Meningkatkan Keindahan, Kemajuan Dan Keselamatan Bandar Melalui Perancangan Pembangunan Yang Mampan dan Pintar Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Penduduk
-
FUNGSI JABATAN
- Mengatur, mengawal, merancang pemajuan dan kegunaan kesemua tanah-tanah dan bangunan-bangunan di persekitaran kawasannya.
- Menjalankan peruntukan-peruntukan seperti yang dikehendaki di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan lain-lain Akta yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan.
- Menyediakan pelan-pelan pemajuan dan merumuskan polisi-polisi serta strategi-strategi sebagai tuju arah dalam kawalan perancangan dan pemajuan.
- Mengumpul dan menyusun data-data penyelidikan, tinjauan dan mengurus data / maklumat spatial (GIS) untuk dijadikan bahan rujukan untuk kegunaan Jabatan serta kajian-kajian/ penyelidikan ke atas rancangan pemajuan dan hal-hal kawalan pembangunan.
- Memastikan setiap keputusan berhubung dengan kelulusan perancangan mengambilkira pertimbangan terhadap aspek-aspek sosial, ekonomi, politik dan fizikal.
- Mewujudkan suasana perkhidmatan perancangan bandar secara sistematik
- Merancang dan melaksanakan projek-projek pengindahan bandar serta taman-taman awam dan kemudahan rekreasi/sukan termasuk taman permainan kanak-kanak dan padang sukan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim.
- Memproses dan meluluskan pelan landskap.
- Menyelenggara landskap, pokok teduhan dan aduan awam.
- Membangunkan pengindahan Bandar dari segi landskap dan kemudahan rekreasi.
- Merancang dan mengawal pembangunan landskap
- Merancang dan melaksana program pembangunan landskap.
PUAN MUNIRA BINTI ABDUL RAHIM
(S32)
Penolong Pegawai Penerangan
-
OBJEKTIF
- Mewujudkan perhubungan baik antara jabatan dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan.
- Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui bahan promosi, media elektronik dan cetak.
- Memastikan aduan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan MPKK diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki dan mendapatkan maklum balas pelanggaN.
- Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui dan menerima perkhidmatan jabatan diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
-
FUNGSI
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN
- Menyediakan Perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Helpdesk bagi memastikan sistem penerimaan dan sambutan pelanggan di tahap yang membanggakan dengan etika melayani pelanggan terbaik serta menyediakan maklumat serta saluran sebenar untuk pelanggan yang memerlukan jenis perkhidmatan..
- Menjadi Pusat/ Kaunter/ Helpdesk sebagai tempat rujukan oleh orang awam untuk mendapatkan informasi dan pertanyaan..
- Menjalankan kajian kepuasan pelanggan dan menyediakan secara keseluruhan Laporan Analisa Maklum Balas Kepuasan Pelanggan (MKP) mengenai perkhidmatan MPKK setiap tahun
- Mengurus dan menganalisa peti cadangan MPKK
- Mengurus dan mengendalikan Program Hari Bertemu Pelanggan/ Kaunter Bergerak MPKK
SEKSYEN ADUAN AWAM
- Mengurus dan mengendali aduan awam pelanggan yang diterima dalam kawasan pentadbiran MPKK.
- Mengurus dan mengendali aduan awam yang diterima dari saluran lain seperti Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Agensi yang berkaitan.
- Memastikan semua aduan diterima, dicatat dan direkodkan di dalam Sistem e-aduan MPKK tanpa gagal.
- Memastikan semua aduan yang diterima diberi maklum balas pengesahan penerimaan aduan dan memberikan maklum balas tindakan penyelesaian aduan mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa gagal.
- Memastikan setiap aduan berulang diberi Surat Peringatan/ Borang Tindakan Pembetulan kepada Jabatan berkenaan untuk tindakan pembetulan.
- Menyemak dan mengesahkan status penyelesaian aduan bagi tujuan penutupan aduan dalam sistem e-aduan MPKK.
- Menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat J/K Pengurusan Aduan Awam.
- Menyediakan laporan aduan secara bulanan.
- Membuat lawatan lokasi aduan bagi aduan yang kitikal/ aduan yang memerlukan pemantauan semula
SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM
- Mengurus perhubungan di antara MPKK dengan pihak Media.
- Merancang, melaksana dan menyelaras program-program promosi dan publisiti bagi aktiviti rasmi MPKK.
- Mengurus penyediaan teks ucapan Majlis-Majlis Rasmi MPKK.
- Menghebahkan aktiviti Majlis yang berkaitan serta mendapat liputan media seperti kempen-kempen serta program-program majlis memberi impak yang positif melalui saluran-saluran media.
- Memantau isu berbangkit mengenai MPKK melalui pelbagai saluran media.
- Mengurus permohonan maklumat dari organisasi/pihak luar berkaitan pengurusan/perkhidmatan MPKK.
- Mengurus, menyelaras dan mengesahkan maklumat mengenai MPKK bagi tujuan penerbitan bahan cetakan/siaran.
ENCIK MOHD SYARIZAL BIN ISHAK
(W44)
Juruaudit
-
VISI
-sedang dikemaskini-
-
MISI
-sedang dikemaskini-
-
OBJEKTIF
- Memastikan penemuan audit diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh pihak jabatan yang diaudit dalam pengetahuan pihak Pegawai Atasan.
- Mengukuh dan memastikan piawai yang digunakan untuk keberkesanan kerja-kerja pengauditan.
- Menguji sistem kawalan dalaman yang digunakan bagi memastikan ianya berkesan dan dipatuhi.
- Memastikan sistem perakaunan dan rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak Pengurusan Atasan mendapat maklumat yang saksama, cepat dan efisien.
- Mewujudkan kakitangan yang terlatih, bebas, objektif dan beretika dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
-
FUNGSI
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta Kawalan Dalaman Majlis Perbandaran Kulim.
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
- Mengkaji aktiviti Majlis diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji aset dan kepentingan Majlis dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
- Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
- Melaporkan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan membuat susulan terhadap kemajuan tindakan perkara yang telah dibangkitkan;
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Yang Dipertua; dan
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) dan di Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU), jika perlu.
PUAN HAJAH SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD AKHIR, AMN., BCK.
(L44)
Pegawai Undang-undang
-
OBJEKTIF
- Memberi nasihat perundangan kepada Yang Dipertua, Majlis, Pegawai dan semua jabatan di bawah Majlis Perbandaran Kulim agar setiap tindakan yang diambil bertepatan dengan peruntukan undang-undang demi menjaga kepentingan Majlis.
- Mencadang, mengkaji dan menggubal undang-undang kecil yang baharu dan seterusnya mengubahsuai serta meminda undang-undang kecil yang telah lapuk dan tidak bersesuaian dengan matlamat pembangunan Majlis Perbandaran Kulim.
- Memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana orang, badan dan syarikat yang tidak mematuhi mana-mana undang-undang induk dan undang-undang kecil yang diterimapakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Kulim.
-
FUNGSI
- Memberi khidmat nasihat hal ehwal perundangan.
- Menggubal, meminda dan/ atau memansuhkan undang-undang kecil.
- Menyedia/ menyemak dan/ atau menterjemah draf perjanjian demi menjaga kepentingan Majlis.
- Menyediakan Surat Perwakilan Kuasa anggota Majlis Perbandaran Kulim.
- Mengkompaun kesalahan.
- Menjalankan pendakwaan di Mahkamah Majistret Kulim bagi kesalahan- kesalahan yang dilakukan di bawah peruntukkan undang-undang yang diterima pakai oleh Majlis Perbandaran Kulim.
- Menyediakan maklumat dan menapis semua afidavit berkaitan kes sivil.
- Mewakili Majlis bersama panel peguam dalam pengurusan dan perbicaraan kes-kes sivil.
- Menyedia dan/ atau menyemak draf perintah, arahan dan notis perundangan.
- Menjalankan penyelidikan dan carian kes perundangan melibatkan pihak berkuasa tempatan.
- Mengadakan pendidikan perundangan kepada anggota Majlis.
- Memproses tuntutan kecil.
- Melaksanakan dan mendokong program-program kualiti yang ditetapkan oleh Majlis.