Jabatan Bangunan
Peneraju kecemerlangan pengurusan dan kesejahteraan pembangunan perbandaran selaras dengan visi dan misi Majlis Perbandaran
Kulim.
 
MISI
Ke arah merealisasikan bandar dinamik dan lestari dengan mengimbangi aspek kemampanan pembangunan fizikal,pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti dan sosio ekonomi.
 
 
OBJEKTIF JABATAN
Mewujudkan perbandaran yang sejahtera dengan mengawal perancangan dan pembangunan fizikal serta menguatkuasa kawalan pembangunan bagi mencapai persekitaran yang kondusif untuk kehidupan.
 
 
FUNGSI UTAMA JABATAN
 
1. Bertanggungjawab untuk memproses permohonan-permohonan  bagi cadangan mendirikan bangunan dan memberi ulasan supaya selaras dengan peruntukkan akta dan undang-undang yang diterimapakai.
 
2. Melaksana dan menguatkuasa peruntukkan-peruntukkan yang termaktub di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ( UBBL 1984 ) serta lain-lain akta yang bersangkutan.
 
3. Menyemak dan menyelaras serta mempertimbangkan permohonan-permohonan bagi sijil layak menduduki ke atas bangunan baru serta CCC.
Jabatan Kejuruteraan

OBJEKTIF JABATAN KEJURUTERAAN

Objektif Jabatan Kejuruteraan adalah untuk mengawasi pelaksanaan cadangan pembangunan / penyelenggaraan, kemudahan awam dan kemajuan projek. Jabatan ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada orang awam seperti kemudahan lampu jalan, penyelenggaraan parit dan longkang, penyelenggaraan jalan, menyediakan kemudahan pasarana yang lain seperti pembinaan dewan orang ramai dan gerai-gerai hak milik majlis.

 

BAHAGIAN INI BERTANGGUNGJAWAB BAGI :

– Memproses permohonan pelan kejuruteraan (Pelan jalan Parit, Pelan Parit, Pelan Kerja Tanah Dan )MEMPROSES PERMOHONAN PELAN KEJURUTERAAN (PELAN JALAN DAN PARIT, PELAN KERJA TANAH  DAN PELAN LAMPU JALAN).

– BEKERJASAMA DENGAN JABATAN TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, TENAGA NASIONAL BERHAD  DAN TELEKOM (M) BERHAD YANG BERSANGKUTAN DENGAN PEMBANGUNAN INFRASRUKTUR.

– BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGAWASI PERLAKSANAAN KERJA-KERJA TAPAK SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN KACAUGANGGU KEPADA ORANG AWAM.

– MEMPROSES PERMOHONAN UNTUK MERENTANG KABEL TELEKOM, PAIP GAS DAN TNB.

– MEMBUAT PEMANTAUAN BERKAITAN ADUAN BANJIR LUMPUR DAN TANAH RUNTUH YANG BERPUNCA DARIPADA PROJEK PEMBANGUNAN BARU.
Jabatan Kesihatan Persekitaran
VISI
Untuk menjadikan kawasan perbandaran Kulim sebagai bandar yang sihat dan sejahtera menjelang tahun 2021.
 
MISI
– Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran melalui program kawalselia, operasi dan penglibatan masyarakat.
– Menambahkan ruang dan peluang ekonomi kepada masyarakat Kulim. 
– Meningkatkan perkhidmatan kawalan penyakit berjangkit dan kesihatan awam.
– Meningkatkan tahap perkhidmatan pengurusan kesihatan persekitaran.
 
 
 OBJEKTIF
 
– Memastikan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan  pembersihan awam sentiasa berada di tahap yang optimum.
– Melaksanakan program-program kesihatan persekitaran melalui penglibatan  masyarakat, NGO dan swasta.
– Melaksanakan penggubalan dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesihatan persekitaran dan perlesenan dengan lebih berhemah.
– Meningkatkan tahap pengetahuan , sikap dan amalan yang baik kepada pemegang lesen dan peniaga kecil.
– Meningkatkan tahap pengetahuan sikap dan amalan berkaitan kesihatan carakerja kepada kakitangan. 
 
 
FUNGSI BAHAGIAN 
 
Bahagian Pelesenan
1. Merancang, mengatur, menyelaras ,melaksana, memproses dan menilai semula semua  aktiviti  pelesenan penjaja, perniagaan makanan dan lesen perniagaan bukan makanan.
2. Menjalankan pemeriksaan untuk tujuan pelesenan dan memastikan semua syarat-syarat kesihatan persekitaran dan kesihatan am dipatuhi oleh pengusaha premis.
 
 
Bahagian Premis Makanan.
1. Memproses dan meluluskan permohonan lesen premis makanan
2. Menguruskan operasi pemeriksaan lesen premis makanan
3. Menyelaras, memantau dan membuat pemeriksaan pematuhan syarat lesen premis makanan di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan MPKK
 
 
Bahagian Kesihatan Persekitaran Dan Inspektorat
1. Merancang, mengatur, menyelia , melaksana dan menilai semula semua  aktiviti  pengurusan / kawal selia sisa pepejal dan syarikat konsesi.
2. Merancang, mengatur, melaksana dan menilai semula semua  aktiviti Kesihatan Pekerjaan Majlis.
Jabatan Khidmat Pengurusan

EN HALIMIN BIN LAHAMING
Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

Jabatan Khidmat Pengurusan merupakan nadi kepada Majlis Perbandaran Kulim yang memberi sokongan kepada jabatan-jabatan lain. 
 
Terdapat 4  bahagian utama di Jabatan Khidmat Pengurusan iaitu:
 
 

FUNGSI

– Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan Operasi Majlis.

– Mengurus dan membangunkan Sumber Manusia dalam hal-hal yang berkaitan perkhidmatan, keperluan perjawatan, latihan berkaitan Perkhidmatan, perolehan dan keselamatan di Majlis Perbandaran Kulim.

——————————————————————————————

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

  1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia di peringkat Majlis.
  2. Merancang, Mengurus dan Memantau  pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Majlis;
  3. Merancang, menggubal, menyelaras, pengurus, melaksana serta membangunkan kompetensi sumber manusia melalui perancangan Latihan serta mengemaskini pangkalan data latihan.
  4. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
  5. Menguruskan hal-hal perkhidmatan, cuti, persaraan, kebajikan,perubatan, pinjaman, perkhidmatan kaunseling dan kemudahan warga Kerja Majlis
  6. Mengendalikan urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, dan pertukaran
  7. Menjadi Urus Setia bagi  Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, MBJ, dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;
  8. Menyelaras maklumat data sumber manusia Majlis dan tadbir urus Majlis

——————————————————————————————

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

  1. Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Majlis;
  2. Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui
  3. Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
  4. Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
  5. Memantau, mengurus dan menilai kemudahan ICT pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

——————————————————————————————

BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

  1. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi/ fungsi serta pemantapan perjawatan di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan di peringkat Majlis
  2. Melaksanakan kajian pemantapan skim perkhidmatan, serta norma perjawatan Majlis
  3. Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MPKK
  4. Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan pengurusan kualiti seperti Pensijilan MS ISO, EKSA, MyPortfolio, MPK, pengurusan Inovasi, Penarafan Bintang, pensijilan-pensijilan kualiti yang lain, penyertaan anugerah-anugerah diperingkat Negeri dan Kebangsaan juga memantau piagam pelanggan Jabatan
  5. Menyediakan Program /Aktiviti bagi Pembangunan imej korporat dan rebranding MPKK

——————————————————————————————

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  1. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis.
  2. Menguruskan bilik-bilik mesyuarat Majlis (tempahan, penyediaan, kemudahan dan keceriaan bilik).
  3. Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat luar, cek, notis Majlis melalui pos, courier dan serahan tangan.
  4. Menguruskan kuarters Majlis (pegawai, kakitangan dan pekerja).
  5. Mengurus hal ehwal pejabat – menetapkan dan memastikan pegawai hadir mesyuarat peringkat Negeri atau Persekutuan.
  6. Menguruskan Pembersihan dan penyelenggaraan Ibu Pejabat.
  7. Menguruskan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
  8. Menguruskan percetakan dan franking surat-surat Majlis.
  9. Menguruskan dan menyelaras pergerakan Pemandu dan Kenderaan Rasmi Jabatan
  10. Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis
Jabatan Penguatkuasaan
PENGENALAN
 
Jabatan Penguatkuasaan adalah satu jabatan yang berperanan untuk:-
 
•Menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis.
•Menguatkuasa undang-undang di dalam kawasan pentadbiran Majlis dengan memberi nasihat, termasuk mengeluarkan notis dan kompaun.
•Mendidik orang ramai agar mematuhi dan menghormati undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis.
 
VISI
Menjadi peneraju penguatkuasaan undang-undang Perbandaran yang dinamik, berwawasan dan mapan menjelang 2015.
 
MISI
Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang melalui  perancangan dan pelaksanaan yang strategik, penglibatan masyarakat yang menyeluruh dalam memahami dan mematuhi undang- undang dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
 
PIAGAM PELANGGAN
1.Menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui tawaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di MPKK
2.Menyelesaikan permohonan tuntutan barang-barang sitaan dalam tempoh 1 hari selepas bayaran kompaun dijelaskan.
3.Pengeluaran Notis Kesalahan serta merta setelah kesalahan dikenalpasti.
 
OBJEKTIF JABATAN PENGUATKUASA
•Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang / akta. Termasuk undang-undang kecil yang diwarta dan diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Kulim.
•Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berhemah terhadap orang ramai.
•Memberikan nasihat undang-undang kepada orang ramai ke tahap pemahaman yang maksimum.
•Melayani pelanggan yang di kompaun dengan penuh bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
•Mengambil tindakan segera ke atas segala aduan yang berkaitan penguatkuasaan .
•Menguatkan prinsip “MEMBETULKAN KESALAHAN” sebelum tindakan operasi penguatkuasaan dijalankan.
 
FUNGSI JABATAN PENGUATKUASAAN
 
SEKSYEN
•Menerima aduan dan mengambil tindakan  pemeriksaan dan penguatkuasaan 
•Menjalankan rondaan dan pemeriksaan di semua kawasan kawalan termasuk  menyertai operasi penguatkuasaan 
•Membuat pemeriksaan lesen iklan dan premis tred perniagaan, perindustrian dan penjaja.        
•Mengawasi penjaja dikawasan larangan yang menjaja tanpa lesen.  
•Memastikan penjaja beredar/sementara tidak meninggalkan peralatan perniagaan selepas waktu perniagaan.
•Membuat rondaan dan pemeriksaan kenderaan berat di kawasan taman perumahan.   
•Memantau pembinaan bangunan baru dan tambahan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis
 
UNIT LETAK KERETA
•Menguatkuasakan undang-undang tempat letak kereta
•Memastikan semua kenderaan mempamerkan kupon letak kereta Majlis
•Mengawasi petak letak kereta dan lalulintas
•Mengeluarkan kompaun bagi kenderaan yang melanggar undang-undang
•Mengurus  kupon letak kereta, stiker bulanan, stiker tahunan dan petak khas
•Menyelenggara petak letak kereta
•Menyediakan laporan kutipan bulanan hasil letak kereta
 
UNIT PENTADBIRAN
•Menguruskan surat menyurat, fail-fail, rekod-rekod, dan stor jabatan
•Mengawalselia sistem rekod dan pengkalan data serta merekabentuk sistem baru 
•Menguruskan kakitangan dan rekod perkhidmatan                                             
•Tugas-tugas pentadbiran am dan mesyuarat
•Penyediaan jadual tugas Jabatan Penguatkuasaan                  
•Penyediaan laporan prestasi bulanan Jabatan Penguatkuasaan .  
•Menguruskan pengeluaran notis peringatan bayaran kompaun 
•Perhubungan jabatan-jabatan luar untuk mendapatkan maklumat 
•Penyediaan dokumen kepada Jabatan 
•Membuka kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan 
•Menerima dan menyelaras Aduan Awam.
•Mengurus rekod bayaran kompaun kesalahan     
•Perkhidmatan kaunter               
•Key-in data kompaun kesalahan               
•Semakan rekod kompaun terdahulu 
•Mengurus  kenderaan jabatan
•Kawalan dan pemantauan CCTV
Jabatan Penilaiaan & Pengurusan Harta
VISI
Memastikan setiap pegangan di dalam Daerah Kulim dikenakan cukai taksiran selaras dengan perkhidmatan yang disediakan berkualiti, selesa, sejahtera dan adil bagi seluruh masyarakat Kulim amnya
 
MISI
Kami menjamin nilaian /taksiran dibuat dengan adil dan saksama
 
OBJEKTIF JABATAN
 
1.Menyelaras dan mengemaskini  kelulusan Pelan Perancangan Gunatanah  dan kelulusan Pelan Bangunan :-
 
– Pelan kawasan Pembangunan Perumahan, Perniagaan & Indstri
– Pelan Komplek Perniagaan
– Pelan Rumah Sesebuah/Banglo
– Pelan Kampung-kampung Baru & Tersusun
– Pelan Bangunan Kerajaan Persekutuan
– Pelan Bangunan Kerajaan Negeri
– Pelan Bangunan Majlis
 
2.Memproses Nilaian Taksiran mengikut kategori kegunaan Tanah dan Bangunan.
 
3.Memproses kemasukan data pegangan bercukai ke komputer dan Mesyuarat Bulanan MPK bagi tujuan:- 
– Pengesahan Cadangan Nilaian Tahunan dan kadar kutipan 
– Penetapan Tarikh kuatkuasa
– Permakluman jumlah taksiran kepada pembeli/pemilik/pelanggan  
 
4.Mendengar Rayuan dan Bantahan jika terdapat masalah berbangkit. 
 
5.Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian  Majlis.
 
6.Menyemak serta memproses Pindah Milik Pegangan bercukai.
 
7.Memproses Permohonan Carian Rasmi Pegangan Bercukai. 
 
8.Mengemaskini/Penyelenggaraan rekod /maklumat pegangan bercukai .
 
9.Membuat laporan dan penyelaras  Jernal Lapor Kosong , Lapor Roboh/runtuh.
 
 
FUNGSI BAHAGIAN
 
Bahagian Cukai Taksiran
1.Meyediakan Nilaian Tahunan bagi pegangan baru 
2.Menyediakan Senarai Nilaian.
3.Menyediakan Kertas Kerja Mesyuarat J/kuasa Tetap
4.Mengemaskini dan kemasukkan maklumat pegangan bercukai. 
5.Semakan Caruman Membantu Kadar (CMK) 
6.Penyediaan Notis Pemberitahuan Cukai Taksiran(Jadual C)
7.Mendengar Rayuan dan Bantahan 
 
 
Bahagian Semakan Cukai Taksiran
1.Mengemaskini rekod maklumat/ data pegangan bercukai.
2.Menyediakan Senarai Nilaian pindaan/tambahan
3.Penyediaan Notis Pemberitahuan Cukai Taksiran(Jadual B)
4.Menyiasat/lawat periksa bangunan roboh dan terbakar.
5.Memproses Permohonan Remisi bagi bangunan yang tidak diduduki.(Lapor kosong)
6. Penyediaan jernal dan Kertas Kerja Jadual A (Hapuskira)
7.Menyiasat aduan berkaitan Cukai Taksiran.
 
Bahagian Pentadiran dan Perkhidmatan Kaunter
1.Merekod surat – menyurat.
2.Memproses carian rasmi pegangan bercukai 
3.Memproses permohonan pindah milik pegangan 
4.Memproses permohonan Lapor Kosong pegangan
5.Perkhidmatan kaunter.
Jabatan Perancangan dan Lanskap

VISI
Menjadikan Kulim Bandar Dalam Taman Menjelang 2021

MISI
Meningkatkan Keindahan Bandar Melalui Perancangan Landskap Yang Berkesan, Penanaman Pokok Teduhan, Penyediaan Landskap Kejur,  pencahayaan bandar serta tingkatkan Kerjasama Agensi Kerajaan, Pihak Swasta Dan Penglibatan Masyarakat Demi Kesejahteraan Rakyat.

Fungsi Jabatan

1. Memproses dan meluluskan pelan landskap

2. Menyelenggara landskap, pokok teduhan dan aduan awam

3.Membangunkan pengindahan Bandar dari segi landskap dan     kemudahan rekreasi

4. Merancang dan mengawal pembangunan landskap

5. Merancang dan melaksana program pembangunan landskap

6. Menyediakan kemudahan riadah yang lengkap dan memenuhi kehendak semasa

7. Khidmat nasihat teknikal landskap

Jabatan Perbendaharaan
MENERAJU PENGURUSAN KEWANGAN YANG CEKAP DAN EFISYEN DENGAN MENGEKALKAN KESTABILAN KEDUDUKAN KEWANGAN MPKK 
 
MISI
PENGURUSAN KEWANGAN MAJLIS YANG BAIK DENGAN MENGEKALKAN KEDUDUKAN KEWANGAN YANG KUKUH DI SAMPING MEMASTIKAN MPKK TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT
 
OBJEKTIF
•MEMANTAPKAN KEDUDUKAN KEWANGAN MAJLIS
•MEMPELBAGAIKAN SUMBER HASIL MAJLIS
•MENINGKATKAN KEBERKESANAN DAN TADBIR URUS KEWANGAN 
 
FUNGSI BAHAGIAN
 
Fungsi Bahagian Perolehan dan Aset
 
•Mengurus dan menyelaras perolehan melalui tender awam, sebut harga dan pemintaan pembelian dan pesanan tempatan.
•Memberi khidmat nasihat berkaitan peraturan perolehan 
•Memaklumkan pekeliling perbendaharaan yang berkaitan dengan perolehan
 
 
Fungsi Bahagian Akaun
 
•Mengendali, mengurus dan memastikan sistem perakaunan Majlis berjalan dengan lancar dan bertepatan dengan peraturan kewangan 
•Menyediakan penyata kewangan tahunan dan bulanan dalam masa yang di tetapkan 
 
 
Fungsi Bahagian Hasil
 
•Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil majlis 
•Menyelia pengurusan hasil Majlis 
•Menganalisa maklumat mengenai hasil-hasil Majlis dan membuat jangkaan hasil Majlis pada masa akan datang 
Bahagian Komunikasi Korporat

EN MOHD SYARIZAL BIN ISHAK
Pengarah, Unit Audit Dalam (W44)

OBJEKTIF JABATAN AUDIT DALAM
 
• Memastikan penemuan audit diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh pihak jabatan yang diaudit dalam pengetahuan pihak Pegawai Atasan
• Mengukuh dan memastikan piawai yang digunakan untuk keberkesanan kerja-kerja pengauditan
• Menguji sistem kawalan dalaman yang digunakan bagi memastikan ianya berkesan dan dipatuhi
• Memastikan sistem perakaunan dan rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak Pengurusan Atasan mendapat maklumat yang saksama, cepat dan efisien
• Mewujudkan kakitangan yang terlatih, bebas, objektif dan beretika dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
 
 
OBJEKTIF Audit Kewangan
 
• Memastikan bahawa pembayaran-pembayaran dibuat dengan teratur dan adalah dibenarkan menurut Arahan Perbendaharaan, hasil-hasil adalah dikenakan dan dipungut dengan betul dan harta modal dikira dan dikawal dengan sepatutnya
• Memastikan sistem perakaunan dan rekod-rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh mendapatkan maklumat yang tepat, cepat dan efisien
 
 
OBJEKTIF Audit Pengurusan
 
• Memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan dan penggunaan sumber-sumber Majlis
• Memastikan hasil-hasil dan faedah-faedah dicapai bagi setiap program yang telah dijalankan dengan mengadakan penilaian prestasi terhadap program yang dilaksanakan oleh Majlis
• Membantu pihak pengurusan dalam bidang perancangan operasional dan kawalan
• Mengkaji / menganalisa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara melalui teguran audit
 
 
FUNGSI JABATAN AUDIT DALAM
 
• Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta Kawalan Dalaman Majlis Perbandaran Kulim;
• Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
• Mengkaji aktiviti Majlis diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
• Mengkaji aset dan kepentingan Majlis dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
• Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
• Melaporkan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan membuat susulan terhadap kemajuan tindakan perkara yang telah dibangkitkan;
• Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Yang Dipertua; dan
• Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) dan di Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU), jika perlu.
Bahagian Audit Dalam
Bahagian Pusat Setempat (OSC)

Ketua Bahagian OSC (J44)

PUSAT SETEMPAT (OSC)

Pusat setempat (OSC) telah dilancarkan pada 13 April 2007 dan digunapakai sepenuhnya di Negeri Kedah pada bulan Julai 2007. Surat JPBD(IP) 185/656/11 Jld.10 bertarikh 12 April 2007. Pusat Setempat (OSC) adalah untuk menyelaras, menyemak dan memproses permohonan pelanggan selaku PSP untuk pelan pembangunan yang melibatkan Jabatan-Jabatan berikut di Majlis Perbandaran Kulim:-

1.   Jabatan Perancangan dan Lanskap;
2.   Jabatan Kejuruteraan;
3.   Jabatan Bangunan;
4.   Jabatan Penilaian; dan
5.   Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Pusat Setempat juga berperanan menerima dan mengedarkan pelan-pelan permohonan yang memerlukan ulasan-ulasan dan sokongan jabatan-jabatan teknikal luaran yang berkaitan seperti:-

1.  Pejabat Tanah Dan Daerah Kulim;
2.  Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Negeri Kedah Darul Aman;
3.  Jabatan Pengairan Dan Saliran;
4.  Jabatan Kerja Raya;
5.  Jabatan Alam Sekitar, N. Kedah;
6.  Syarikat Air Darul Aman (SADA);
7.  Indah Water Konsortium (IWK);
8.  Tenaga Nasional Berhad;
9.  Telekom Malaysis Berhad;
10.Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia;
11.Perbandanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam;
12.Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja; dan
13.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi pemohon yang ingin membuat pemajuan pembangunan untuk permohonan pelan perumahan, institusi, komersial, kilang, menara pemancar dan banglo sesebuah dan lain-lain perlu mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pihak Urusetia Pusat Setempat (OSC). 

Bagi pemajuan baru dan tambahan yang melebihi 300 meter persegi, pelan-pelan yang perlu dikemukakan adalah;-

  • Pelan Kebenaran Merancang;
  • Pelan Kerja Tanah / Pelan InfrastruktuR;
  • Pelan Bangunan;
  • Pelan Lanskap; DAN
  • Pelan Penamaan Taman, Jalan dan menomborkan rumah / bangunan.

Permohonan kelulusan boleh dibuat secara serentak / berasingan atau berselisih. Walau bagaimanapun, bagi permohonan Kejuruteraan (Pelan Jalan Parit dan Pelan Kerja Tanah) pihak Urusetia menyarankan supaya mengemukakan pelan-pelan tersebut secara serentak. Setelah pelan pemajuan diluluskan, pihak pemohon perlu mengemukan permohonan Borang Perakuan Berperingkat (Borang G1-G21) untuk serta Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) kepada pihak Majlis.

http://www.epbt.gov.my/osc/

http://osc-online.mpkk.gov.my/eOSC/first.page

http://www.epbt.gov.my/osc/Borang/OSC3.0_Manual_Agensi.pdf

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kulim telah ditubuhkan dan beroperasi  pada Julai 2007. Unit Pusat Setempat (OSC) merupakan unit yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam mendapatkan kelulusan bagi permohonan pemajuan.

Matlamat Jabatan

Matlamat penubuhan Pusat Setempat adalah untuk memendekkan norma masa proses permohonan secara serentak cadangan pemajuan, sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, permohonan pemajuan secara satu persatu juga diterima di kaunter OSC.

Objektif Jabatan

  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan pelan-pelan lain;
  • Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek Bina Kemudian Jual, Impak Tinggi, Pelaburan Asing serta Kerajaan dalam tempoh 4 bulan dan Jual Kemudian Bina dalam tempoh 6 bulan; dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Fungsi Jabatan

Fungsi-fungsi utama unit adalah seperti berikut;-

  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan kebenaran merancang;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan bangunan;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan kejuruteraan;
  • Menyelaras permohonan kelulusan permohonan pelan senitaman;
  • Menyelaras permohonan kelulusan Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC);
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;
  • Menyelaras pengemaskinian Portal OSC; dan
  • Menyediakan pelaporan berkela kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Negeri.

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa OSC

  • Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat;
  • Membuat tempahan bilik mesyuarat dan memastikan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat disediakan;
  • Mengumpul dan menyelaras semua kertas-kertas perakuan permohonan pemajuan daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan untuk diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPK;
  • Menghantar surat panggilan mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat diadakan;
  • Menentukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat;
  • Mencatit dan menyediakan minit mesyuarat 3 hari selepas mesyuarat ;
  • Memastikan edaran minit mesyuarat 3 hari sebelum mesyuarat;
  • Mengangkat minit mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh untuk makluman pada setiap bulan; dan
  • Melaporkan status dan prestasi pelaksanaan OSC kepada Jawatankuasa.
Bahagian Undang-Undang
OBJEKTIF UNIT UNDANG-UNDANG
 
1.Memberi khidmat nasihat dan pandangan perundangan serta menjaga hak dan kepentingan MPKK.
 
2.Menyedia, menggubal, mengemaskini serta memperbaharui semua peruntukkan Undang-Undang Kecil yang digunapakai dan diwartakan oleh Majlis.
 
3.Menguatkuasakan dan melaksanakan Undang-Undang termasuk Undang-Undang Kecil yang diwarta dan diterimapakai.
 
4.Memberi nasihat serta membantu Jabatan-Jabatan lain di dalam mengatasi masalah-masalah yang melibatkan isu perundangan.
 
5.Membantu Majlis di dalam penyediaam dokumen-dokumen perjanjian.
 
 
FUNGSI UTAMA UNIT UNDANG-UNDANG
 
A. FUNGSI UTAMA KHUSUS.
 
1.Menjalankan pendakwaan;
2.Membuat penggubalan undang-undang kecil/ peraturan/ kaedah dan perintah serta pindaan;
3.Menyelia dan menyelenggara kes-kes tuntutan sivil;
4.Menjalankan, menyelenggara dan mengemaskini tuntutan tunggakan cukai taksiran;
5.Menyedia, menyemak dan menterjemah kontrak/ perjanjian.
 
B.FUNGSI UTAMA UMUM UNIT UNDANG-UNDANG
 
1.Pentadbiran Am Pejabat
2.Pengurusan Kewangan
3.Penguatkuasaan Undang-Undang
Skip to content