Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MBAS sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBAS adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976Apakah akan terjadi jika tidak membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
Jika anda membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan dikenakan Jumlah Terhutang Denda Lewat yang dikenakan RM 00.00 hingga RM 100.00 RM 2.00 RM 00.00 hingga RM 200.00 RM 4.00 RM 00.00 hingga RM 300.00 RM 6.00 Pertambahan setiap RM 100.00 dikenakan caj RM 2.00 Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.
Waran ini membolehkan pegawai MBAS yang diberi kuasa: Merampas (mensita) harta alih yang ada di dalam bangunan Melelong bangunan/tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.
Jika pemilik masih belum membayar tunggakan cukai taksiran, adakah Majlis boleh menahan permohonan pemilik untuk hal-hal lain yang berkaitan?
Ya, Majlis boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:- Kelulusan pelan bangunan.
- Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
- Kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan (OC).
Kelulusan pelan susunatur.
Apakah syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis kosong?
Bagi memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan dengan menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, MBAS dalam masa tujuh (7) hari dari mulanya tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai taksiran boleh dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:- Cukai taksiran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh pulangan balik hasil dituntut.
- Bangunan adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA Telah memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan hendaklah diisi dan dikembalikan.
Tempoh yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan kalendar Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa (‘tenant’) telah dibuat melalui iklan dalam surat khabar atau paparkan papan kenyataan ‘UNTUK DISEWA’ hendaklah diletakkan dihadapan premis
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan dijelaskan?
Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau kaunter pembayaran.Modul e-pembayaran di bawah OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.
Apakah sub modul OSC Online?
Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :- e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.
- e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
- e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan.
- e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan.
- e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan.
- e-tanya = pre-consultation secara online.
- e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
-bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan.
Apakah modul-modul utama OSC Online?
2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walaubagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online mengunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan mengunakan kaedah yang sama.Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?
Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran.Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage.
Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya , dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.
Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara onlineAdakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi. e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.Bila salinan cetak (hardcopy) dikemukakan?
Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.Adakah salinan cetak (hardcopy) masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission.Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?
Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon.Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri.
Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.
Siapakah pemohon kepada OSC Online?
Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang dan juruukur tanah.Apakah tindakan yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar atau tidak sesuai didiami?
Sila tulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, MBAS bagi membolehkan bangunan ini dikeluarkan daripada Senarai Nilaian. 23. 24. Bolehkah cukai taksiran diberi pengecualian? Mengikut Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai taksiran boleh dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata:Sebagai tempat awam untuk sembahyang. Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen Bagi sekolah awam Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains, sastera atau seni halus.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan membeli, atau menjual harta?
Semak dengan MBAS bagi memastikan tiada tunggakan cukai taksiran pegangan tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta tersebut.Memaklumkan kepada MBAS dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan.
Jika anda gagal, pihak MBAS boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik harta.
Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
Ya, premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai taksiran. Cukai taksiran adalah perlu dibayar tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik hasil.Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar?
Kaunter Hasil, Majlis Bandaraya Alor Star, Jalan Kolam Air,05675 Alor Star Tel: 04-7332499- Tunai
- Cek
- Bank Draf
- Kad Kredit – Visa & Mastercard
- Wang Pos
- Kiriman Wang Bayaran melalui Bank Agen Setempat:
Bank Simpanan (BSN), Jabatan Bekalan Air (JBA), Telekom, MBf ’Call N Pay’, POS Malaysia, Maybank2U.com & CIMB Clicks.- Tunai
- Cek
- Bank Draf
- Kad Kredit – Visa & Mastercard
- Wang Pos
- Kiriman Wang
Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran?
Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari. Kedua 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. OgosBilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan?
Bil-bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat keputusannya?
Boleh, para pemilik perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan dengan syarat bayaran cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada MPSP terlebih dahulu.Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
Keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik secara bersurat.Bolehkah pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai?
Jika pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan ‘Surat Kuasa’ yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawata nkuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.Apa yang dimaksudkan dengan Notis Kadaran?
Notis Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
Rumah yang diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai “Nilai Sewa”. Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan diandaikan “kosong dan untuk disewakan” dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekata.Bagaimanakah Nilai Tahunan ditentukan?
Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula: Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan.Bagaimanakah kadar (%) ditentukan?
Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan?
Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar (%)Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBAS memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri.Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.