MAKLUMAN PENUTUPAN PASAR KAMPUNG BERJAYA MULAI 28 MEI 2021 SEHINGGA 01 JUN 2021
Demi mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 lanjutan dari peningkatan kes baharu positif Covid-19 di Kampung Berjaya dan Mergong.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memutuskan untuk melaksanakan arahan penutupan operasi perniagaan Pasar Kampung Berjaya mulai tarikh 28 Mei 2021 sehingga 01 Jun 2021.
Segala kesulitan amatlah dikesali. Bersama-sama kita memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Sekian, harap maklum.
ARAHAN
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR